Assalamualaikum,
Minggu lepas, aku telah dijemput oleh Desiree untuk menghadiri satu majlis yang dipanggil "Zespri Fun Cook-Off" di Bayan Indah Culinary Resort, Kuala Lumpur. Tapi sayang sebab aku tak berpeluang pergi kerana majlis ni berlangsung pada hari bekerja iaitu pada 4hb Julai 2013, memang susah nak pergi memandangkan tiada siapa yang boleh menjaga anak-anak aku.
Tapi Desiree berbaik hati untuk berkongsikan serba sedikit tentang majlis yang berlangsung hari tu. Memang tersangatlah jealous bila tengok gambar-gambar aktiviti yang dilakukan pada hari tersenut. Macam rugi sangat-sangat kalau tak pergi!
Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk memperkenalkan kebaikan buah kiwi dan mencuba pelbagai resepi yang lazat menggunakan buah kiwi Zespri. Elok sangatlah nak puasa ni dan hari raya ni, bolehlah kita cuba yaaaa:)
Jom layan gambar-gambar sekitar majlis berlangsung :-
Duta Zespri iaitu Greenie & Goldie yang menyambut ketibaan media
Lai Kim Tee, Pengurus Pemasaran Zespri (Malaysia) sedang menerangkan bagaimana kiwi ditanam secara semulajadi
Indra Balaratnam, konsultan dietician sedang menerangkan kebaikan dan khasiat buah kiwi untuk dimakan terutamanya semasa bulan Ramadan nanti
Chef selebriti Rohani Jelani sedang menunjukkan cara-cara untuk memotong buah kiwi
Ahli media sedang bekerja di dapur, memotong dan mencuba resepi baru menggunakan buah kiwi Zespri
Setelah berpenat lelah memasak, tibalah masa untuk menikmati hasil masakan sendiri dan juga air tangan dari chef selebriti Rohani Jelani
Buat pengetahuan semua, berpuasa memang banyak melatih umat Islam untuk menahan diri dari lapar dan dahaga di waktu siangnya tapi bila berbuka puasa, Masya Allah, makanan apa tak makan, semua rasa nak makan. Tapi tahukah anda, ada juga beberapa penyakit yang akan berlaku sekiranya kita tidak pandai menjaga makan sempena puasa nanti. Antaranya :
1) Sembelit : berlaku kerana pergerakan perlahan najis melalui kolon menyebabkan lama-kelamaan najis akan mengeras dan menyebabkan sembelit. Ini boleh dielakkan dengan memakan banyak sayuran hijau dan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti buah kiwi. 1 biji buah kiwi Zespri (saiz sedang) mengandungi 2gm kandungan fiber dalam bentuk larut dan tidak larut. Kedua-dua bentuk fiber ini sangat penting dalam membentuk pergerakan usus yang lancar.
2) Rasa Senak di dalam perut : berlaku kerana terlebih makan makanan yang bergoreng, berlemak dan pedas. Berpuasa boleh menambahkan asiditi (acidity) dalam perut justeru itu menyebabkan seseorang berasa senak dan tidak selesa. Ini boleh dielakkan dengan mengamalkan diet yang seimbang, tidak terlebih mengambil kuantiti makanan dan banyakkan meminum air masak. Buah kiwi segar Zespri boleh membantu mengurangkan rasa senak kerana ianya mengandungi actinidin, enzim semulajadi yang membantu dalam penghadaman protein makanan tenusu, daging dan sebagainya.
3) Lesu : berlaku hampir kepada semua orang yang berpuasa. Simpton seperti lemah, penat, tidak bertenaga dan pening terutamanya apabila bangun dari tempat duduk adalah biasa terjadi teutamanya apabila menghampiri waktu berbuka puasa. Penyebab utama adalah kurang meminum air dan tidak mengambil garam yang secukupnya di dalam diet semasa bersahur dan buka puasa. Penyelesaiannya adalah dengan mengambil air secukupnya dan pastikan memakan buah kiwi Zespri segar yang mengandungi banyak khasiat dan kandungan vitamin.
4) Dehidrasi : berlaku sekiranya tidak meminum air secukupnya semasa bersahur. Oleh itu kita digalakkan mengambil sebanyak 8 gelas air semasa bersahur bagi mengelakkan dehidrasi yang boleh menyebabkan kelesuan dan pening kepala.
5) Kandungan gula dalam darah yang rendah : selalunya berlaku kerana tempoh perbezaan waktu makan. Ianya harus diperhatikan sekiranya terdapat sindrom seperti pening, hilang tumpuan, berpeluh, menggigil dan tidak boleh melakukan tugas harian. Untuk mengelakkannya, ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit semasa berbuka dan banyakkan makan buah-buahan juga boleh menaikkan kandungan gula di dalam darah. Lagipun ianya adalah pilihan yang lebih sihat berbanding dengan mengambil makanan yang manis dan berlemak.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh kita amalkan untuk bersahur / berbuka puasa :
- Menyediakan buah kiwi segar yang disejukkan untuk sahur dan berbuka nanti sebagai menggantikan makanan manis seperti kuih muih.
- Tambahkan ketulan buah kiwi yang dicincang ke dalam bijiran penuh bijirin sebagai penambah manisan secara semulajadi.
- Campurkan kiwi segar dengan yogurt asli untuk bersahur
- Kisar buah kiwi dengan yogurt dan susu untuk menghasilkan smoothie. Boleh juga tambah bijirin lain bagi menambahkan sumber fiber ke dalam smoothie.
- Sediakan jus segar kiwi sebagai minuman penyegar untuk berbuka puasa.
- Sentiasa sediakan buah kiwi sebagai buah-buahan pilihan semasa berbuka puasa nanti.
Bila baca khasiat buah kiwi, terus rasa tak sabar nak beli buat stok sempena puasa nanti kan? Jangan lupa dapatkan jenama Zespri yang semestinya kaya dengan vitamin dan sumber fiber. Di bawah ini ada beberapa resepi hebat menggunakan buah kiwi sebagai ramuan utama menu tersebut. Sila-silakanlah mencubanya!!
jem buah kiwi Zespri
asam pedas ikan bersama kepingan kiwi
Zespri kiwifruit pastries dengan yogurt
Selamat mencuba & selamat menyambut Ramadan Kareem..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan