Friday, August 30, 2013

2 Lagi Buffered Earning Dari Nuffnang, Terima Kasih RHB, Dove & Digi

Assalamualaikum,

Biasalah kalau hujung bulan macam ni, saja suka-suka buka laman web Nuffnang untuk lihat jumlah kutipan terkini duit hasil dari berblogging. Alhamdulillah, rezeki lagi bila dapat 2 lagi iklan dari Dove dan juga Digi. Terima kasih kerana memilih blog aku sebagai medium untuk menyiarkan iklan. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang promosi Dove, boleh klik sini https://www.facebook.com/DoveHairMalaysia


Semoga iklan Dove & Digi berlari-lari (running) lama di blog ini :)

Oh! Terima kasih juga buat RHB yang menyiarkan iklan sejak dari bulan May 2013 lagi. Alhamdulillah mungkin kerana sekarang ini sedang berlangsung peraduan di laman web RHB (baca sini http://www.rhb.com.my/Whats_New/cards/gear-up-for-our-100-year-celebration/ )
Ada hadiah kereta untuk dimenangi..Perghhhh best tuuu


Alhamdulillah..Walaupun bayaran tak banyak (jika dibandingkan dengan blogger otai tetapi cukup menggembirakan hati aku dah). Usaha bertahan di dalam dunia blogging sudah membuahkan hasil. Biar lambat asal dapat duit. Pada teman-teman blogger yang baharu sahaja menceburkan diri ke alam blogging, jangan mudah berputus asa. Sentiasa jadikan blog kita sebagai tempat rujukan / memberi maklumat yang berguna, Insya Allah bahagia apabila membahagiakan orang lain.

Bak kata Prof. Dr. Muhaya, dalam setiap apa yang kita lakukan, niatkan diri ikhlas kerana ALLAH bukannya untuk mencari penghargaan manusia. Bila mengharapkan penghargaan manusia, silap sedikit akan rasa dikhianati, kecewa, dipergunakan dan macam-macam lagi. Tetapi kalau kita niatkan kerana ALLAH, walau diuji, dicela, dicaci kita akan terus meneruskannya kerana yakin dengan kekuasaan ALLAH :) Jangan putus dalam mencari keredhaanNYA

Oklah, setakat ini sahaja, salam Jumaat buat semua, selamat berhujung minggu dan jangan lupa singgah jenguk ruang pengiklanan SOHO Direktori dimana di sini menghimpunkan segala jenis perniagaan yang ada di Malaysia. Bagi mereka yang ingin menempah ruangan iklan, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app/ viber : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

2 comments:

wan rokiah said...

Alhamdulillah..rezeki di pagi jumaat...bisa membuatkan cikgu semakin bahagia..napok senyum pun makin lebar doh tu cikgu....

Tihara said...

tahniah, best nya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015