gambar di atas : Bos kecil Ashraf sedang memeriksa kerusi SOHO mama yang baru!
Assalamualaikum,
Susahnya sekarang ni nak update blog, memang susah nak cari masa yang terluang. Alhamdulillah sebab sekarang ini kelas asas blog & fanpage yang aku kendalikan ni dah makin berkembang, rasa tak menang tangan pun ada tapi syukur juga sebab zaman internet ni, semua nota & kelas hanya diberikan secara online sahaja. Tak payah susah-susah nak keluar rumah jumpa mana-mana..hanya mengadap depan PC/handset sahaja, senang kan? :)
Sabtu yang lepas berjaya juga memujuk en suami untuk ke Ikea. Tipsnya hari Jumaat lagi dah siap-siap Whats App dekat en suami yang isterinya mahukan sebuah meja & kerusi baru untuk office kecilnya (SOHO : Small Office Home Office) sebab yang sekarang ini memang tak selesa, kalau duduk lama-lama mahu sakit pinggang, sakit bontot sakit lutut..cewah! macam-macam pula alasannya kan? Alhamdulillah en suami memangs eorang yang memahami so ke Ikea lah kami:)
Niat di hati memang nak beli kerusi & meja so hanya beli 2 benda ini sajalah. Kalau tambah barang lain nanti melebihi budget pula! Inipon sudah berhabis dalam RM500. Syukur atas rezeki menjadi guru online, dapat juga meng-upgrade pejabat sendiri. Takpe, pelan-pelan nanti tambah apa-apa yang patut..hihi
Gambar SOHO masih boleh dimasukkan di sini memandangkan meja masih belum dipasang lagi. Al maklumlah, daku hanya mengharapkan en suami yang pasang semuanya memandangkan daku ni memang tak pandailah bab-bab pasang memasang..hihi So kenalah bersabar sedikit memandangkan minggu bekerja en suami kepenatan bila balik dari kerja. Tak boleh nak paksa-paksa, kang ada yang "makan" kaki meja kang :P *gurau jelah*
Bagi kaum suri yang bekerja dari rumah memang digalakkan mempunyai ruang SOHO sendiri. Supaya senang untuk kita simpan segala rekod jual-beli & maklumat barangan.
Memperkenalkan satu lagi blog khusus untuk kaum usahawan mempromosikan barangan/perkhidmatan mereka. Klik di bawah ini :
Khas buat mereka yang ingin mempromosikan produk/barangan, boleh hubungi aku di
email : zailamohamad@yahoo.com
sms / whats app : 012-3228651
facebook : Zaila Mohamad
Sekarang ini ada lebih kurang 100 blog yang akan memasarkan iklan kalian di dalam blog mereka, jadinya akan memudahkan carian di dalam google mahupun ejen carian yang lain. Bagi yang berminat untuk menyiarkan iklan di sini, cepat-cepat PM aku
Salam kasih sayang buat semua:)
2 ulasan:
amek pembantu atau org gaji aka maid lah zaila..gaji dh masyukkkkkkkk amek lerr.......ringan sket bebanan
alhamdulillah zaila... seronok dgr org yg berjaya bekerja sendiri ni.. semakin berjaya hendaknyer
Catat Ulasan