Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 20 Ogos 2013

Kenangan Makan-Makan Di Restoran Saba' Cyberjaya

Assalamualaikum,

Petang Sabtu lepas, balik aje dari Ikea, en suami tiba-tiba ajak makan nasi arab. Iya, kami memang penggemar nasi arab, pantang dengar aje ada kedai nasi arab yang baru dibuka, confirm akan pergi cuba! Seingat aku Restoran Saba' adalah yang terawal dalam senarai kedai makan nasi arab. Memang femes sampaikan masa mengandungkan Ashraf (anak ke 3) aku beria nak makan nasi arab Saba' tapi sampai sudah tak berpeluang makan. Ingat lagi masa tu bulan puasa, hari-hari dok update status nak makan nasi arab Saba' hinggalah en suami bawa kami ke Cyberjaya tapi dugaan sungguh sebabnya sampai sudah kami tak jumpa jalan nak ke sana:( Last-last patah balik buka puasa telan air liur sahaja..huhuhu

Sampailah petang Sabtu haritu en suami cakap nak ke Saba' makan nasi arab. Ah sudah, memang berdebar-debarlah aku risau kenangan lama akan kembali lagi. Sudahlah masa tu sudah lewat petang, ini memang cari penyakit ni..Tapi memikirkan kecanggihan teknologi telefon pintar yang ada Wayze & google map, aku mengharapkan yang telefon en suami akan menunjukkan kami jalan ke sana. Kami berhenti solat maghrib di Petronas dan meneruskan perjalanan ke Cyberjaya dengan bersandarkan kepada google map sahaja. Memang sampai tempat yang dituju iaitu Cyberjaya tapi masalahnya bukannya terus ke restoran Saba' tapi hanya di Cyberjaya sahaja.

Nasib baiklah ada internet so google sahaja, keluarlah map untuk ke Saba'. Kalau ikutkan kena cari Jalan Semarak Api, berpusing-pusing kami mencarinya T__T" *memang kami ni jenis buta jalan juga*
Rupa-rupanya sudah 2,3 kali lalu kawasan restoran Saba itu..huhuhu


inilah rupa luaran restoran ini, memang jauh sedikit dari jalan luar so pada yang tak biasa memang akan tak jumpa *kami lah itteww*


ini pula peta yang jadi rujukan kami, letak di sini supaya nanti korang juga boleh refer bila nak ke restoran ini

Sampai-sampai aje, selepas en suami parking kereta, turun je Husna muntah di sebelah kereta..Ya Allah syukur sangat-sangat sebab keluar dari kereta baru dia muntah, kalaulah muntah dalam kereta, aku rasa ada yang buat amukan di parking lot itu juga..huhu Masa muntah tu dia tadah tangan dia so merasalah bawa anak jalan laju-laju masuk p toilet Saba'. Nasib baik ada adik ipar aku yang tolong bawakan Husna, masa tu aku pula kelam kabut pegang anak-anak yang lain T___T" *adatler ibu beranak ramai macam ni*

Depan restoran kena pula menunggu sebab penuh restoran dengan manusia. Alhamdulillah tak lama tunggu ada meja kosong. Terus cepat-cepat order nasi arab lauk kambing & ayam juga shawarma. Alhamdulillah juga sekejap menunggu, cepat-cepat makan sebab kelaparan:P HAHAHA

Lepas itu berlaku lagi insiden Husna muntah di depan meja jatuh ke lantai..Masa ni dalam hati rasa nak menangis pon ada. Ya Allah dugaan sungguh! Bukan sekali tapi dua kali dia muntah. Sudahlah di rumah sebelum ke Saba' si Haziq muntah juga, dua kali ulang alik ke tandas muntah! En suami syak karipap Ikea yang kami makan itu tidak bersih, ditambah pula anak-anak minum air berkarbonat (yang boleh refill banyak-banyak kali di Ikea tu) so sebab itulah anak-anak muntah. Betul juga teari en suami itu..Nasib baik Ashraf tak kena sebab masa kami sedang enak makan karipap Ikea Ashraf sudah ketiduran!

Memang lepas muntah mula-mula nampak Husna macam lesu sangat-sangat tapi lama-lama baru nampak ok..Insiden muntah masih belum berhenti lagi, disambung pula dengan adik baby Azzam yang muntahkan balik susu yang diminum (baby Azzam masih lagi menyusu badan aku so apa yang aku makan agaknya dia pun merasa sama). Ya Allah, dugaan lagi, masa tu aku tengah dukung Azzam, merasalah satu badan penuh dengan muntah Azzam, hermmmm lemak berkrim baunya :P *padahal masam macam bau yogurt, kalau yogurt masam sedap juga boleh makan, ini muntah..oh pleaseeeee*

So cepat-cepatlah kami makan & beredar. Masa bayar tu aku minta plastik lebih sebab nak buat bekalan dalam kereta nanti. Dalam hati tak putus berdoa agar janganlah Husna atau Haziq muntah dalam kereta baru tu kalau tak adalah amukan dari bapaknya menyalahkan aku membelikan karipap Ikea kepada anak-anak..huhu Alhamdulillah, malam itu disambung dengan baby Azzam muntah sekali lagi dan kami berdua cirit-birit T___T"

 tengok gambar ini bikin perut lapaaarrrrr

Sekian kisah kami anak beranak makan-makan di Restoran Saba' Cyberjaya. Pada pelanggan yang datang makan duduk di meja kami, ampun maaf andai ada kesan-kesan muntah yang pekerja Saba' tak nampak untuk bersihkan itu..Setahu kami, kami dah lap dengan tidu kesan-kesan yang nampak di mata kasar..hihihi Nak cepat-cepat lari keluar sebab rasa malu sangat-sangat. Ya Allah anak-anakku ini sungguh-sungguh menguji kesabaran mama & papa diorang..huhu

Moral dari cerita ini :

1) Lepas ini memang aku tak akan beli lagi karipap Ikea (suspek utama) sebab takde makan makanan lain dah sebelum itu

2) Lepas ini memang tak boleh bagi anak-anak suka-suka hati minum air berkarbonat (selalunya memang tak bagi pon tapi di Ikea mereka bebas mengambilnya sendiri)

3) Lepas ini kena pastikan perut diorang tak kosong sebelum keluar jalan-jalan. Pagi tu kami dah makan nasi lemak tapi anak-anak aku ni alahai, kalau nak makan pun berperang!

4) Lepas ini kena sediakan plastik dalam kereta in case kalau anak-anak nak muntah. Harap-harap sempatlah buka plastik tu..HAHAHA

5) Lepas ini nak g makan lagi di sini sebab nasi arab di sini memang sedap!!

Salam kasih sayang buat semua:)

4 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wahhhh sabojelah dugaan JJCM kali ni ..

Nurhayati berkata...

terasa kehuruharaan ko time tu hehe.. nasib supermak kan.. ujian semua tu. aku tak pernah makan karipap ikea, walaupun slalu ke sana..huhu dan air gas a big NO tu anak2.. sikit pun takleh sentuh. selain air kosong, air sirap je aku bagi. :)

WAN ROKIAH berkata...

nak try pi jugakk lah kat saba ni..kalu cikgu zaila wat gathering kelas asas blog lg best..bleh jumpa semua pelajar n cikgu nya..
in shaa Allah suatu hari nanti

Tanpa Nama berkata...

Nk tambah satu lagi moral of story :
Kalau bawak keta baru, pastikan jgn ada adegan muntah2 kt dlm...heheheee

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^