Wednesday, September 25, 2013

Diari Suri Bekerja Di Rumah : Usaha Itu Tangga Kejayaan

Assalamualaikum,

Hari ini nak kongsikan kejayaan protege-protege aku menjual produk masing-masing. Alhamdulillah, tumpang bangga dengan mereka. Aku faham bagaimana perasaan bilamana mendapat pelanggan pertama itu. Gembira, teruja semuanya bercampur dalam satu! Ini bermulanya satu pengalaman baru di dalam apa yang kita kerjakan. Insya Allah semoga selepas ini akan menyusul peluang dan pelanggan yang lain.

Memperkenalkan protege aku seorang ibu kepada 5 orang anak yang masih bekerja tetapi sedang mengintai peluang untuk menjadi suri sepenuh masa pada tahun hadapan. Baru sahaja mendaftarkan diri iaitu di dalam bulan September ini juga. Boleh baca coretan kehidupan Pn. Azhana di sini (Tips Suri Bekerja Di Rumah)

Alhamdulillah beberapa hari yang lepas beliau PM aku di facebook;-


sudah berhasil menjual beg yang dimuatkan dalam blognya. Boleh tengok entri ini : http://azhanaam.blogspot.com/2013/09/beg-cath-kidston-cantik-dan-murah.html

Seorang lagi protege aku juga blognya telah berjaya menduduki tangga teratas pencarian google untuk produk yang dijualnya iaitu Emorra be Slymm. Alhamdulillah, tumpang gembira aje :)


Boleh singgah tengok apa yang menarik di blog Pn. Nor Azizainani di sini
http://norazizainani.blogspot.com/2013/09/testimoni-kelas-asas-blog-fan-page.html


Hari ini pula berjaya mendapat jualan pertama dari dalam talian. Wah! ada orang lain yang tumpang seronok yaaa. Iya, kami memang macam ini, saling bantu-membantu dan memberikan motivasi antara satu sama lain. Padahal kalau kira semuanya pun berniaga kan? Tidak mengapa, di dalam kelas asas blog & fanpage semua tujuan kami sama sahaja iaitu mencari rezeki melalui perniagaan dalam talian dan dalam masa yang sama menjalinkan ikatan silaturrahim antara kami. Alhamdulillah, kawan dapat biz pun dapat :)

Pada yang berminat untuk menyertai kelas, pendaftaran adalah sepanjang masa. Jom mulakan langkah pertama untuk mengembangkan bisnes yang ada. Belajar dahulu cara-cara asas membuat blog dan fanpage, kemudian membuat pautan antara satu sama lain. Selain itu berpeluang juga menyertai Akademi Bekerja DiRumah yang sudah melepasi 120 blog kaum suri bekerja di rumah mahupun yang masih bekerja. Sangat bagus dalam menaikkan trafik blog juga.

Sebelum bermula, boleh analisa dulu apa perniagaan yang sesuai dijalankan, mahu berniaga sendiri atau jadi dropship. Kalau tiada produk kita ada sediakan belaka. Semuanya atas usaha masing-masing. Mulakan langkah mensasarkan target harian, bermula dari RM10 sehari, naikkan lagi ke RM20 sehingga kalian berpuas hati. Siapa yang berusaha, Insya Allah akan berjaya.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015