Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 14 September 2013

Ulasan Mengenai Akademi Bekerja Di Rumah


Assalamualaikum,

Bagi mereka yang mengikuti blog aku pasti tertanya-tanya juga apa itu Akademi Bekerja Di Rumah atau Dari Rumah. Aku pernah menerangkannya di sini http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/07/akademi-bekerja-di-rumah.html

Sekarang ini Akademi ini sudah mempunyai 7 orang tenaga pengajar dan telah berjaya menghimpunkan hampir 100 blog peserta dan juga tenaga pengajar di dalam Akademi ini. Alhamdulillah, dalam masa 2 bulan selepas penubuhan Akademi ini, kami telah berjaya menghimpunkan suri-suri yang bekerja di rumah mahupun suri bekerja yang masih memerlukan masa sebelum berhenti menjadi surirumah sepenuh masa. Boleh singgah baca blog kami di sini Akademi Bekerja Di Rumah

Sepanjang menjadi guru online di Akademi ini tentunya aku merasakan satu ukhwah yang terjalin di antara kami. Siapa sangka di antara guru-guru online ini tidak pernah bertemu mata tetapi kami dapat bekerja bersama di dalam satu pasukan yang saling bantu-membantu dan saling bertukar idea dalam mendidik protege. Wujud rasa saling hormat menghormati antara kami dan yang paling penting sifu utama kami iaitu Pn. Masayu pengasas kepada Akademi ini dan juga merupakan penulis buku Jana RM Dari Rumah (Panduan Bekerja Di Rumah WAHM SAHM SOHO) sangat-sangat membantu dalam memberikan kami motivasi untuk terus bekerja dengan lebih kuat lagi.

Alhamdulillah sejak berhenti kerja, Pn. Masayu terus memberikan aku peluang untuk "bekerja" di samping beliau dengan menjual rangkaian produk makanan sunnah dan juga buku-buku melalui kaedah "dropship". Dari sini juga aku telah memiliki pendapatan sampingan yang memberangsangkan bergantung kepada usaha aku membuat promosi. Aku diajar macamana untuk sentiasa melakukan promosi dan fokus kepada produk yang betul. Masya Allah, sepanjang berniaga online selama ini pun, rupa-rupanya aku masih ketinggalan dalam mengutip ilmu berniaga yang masih belum aku ketahui dan sedikit demi sedikit aku pelajari dari rangkaian kumpulan peniaga dropship makanan sunnah dan buku online.

Kemudian selepas itu aku beralih pula kepada menjadi guru online di Akademi Bekerja Di Rumah yang baru sahaja ditubuhkan. Segalanya memang berlaku dengan sangat pantas sekali. Pendaftaran demi pendaftaran berlaku dan yang paling seronoknya dalam bulan puasa yang lepas aku menerima hampir 30 orang pelajar dengan serentak. Alhamdulillah, Allah makbulkan juga cita-cita aku untuk menjadi seorang guru, walaupun bukanlah guru yang menyandang segulung ijazah perguruan tetapi guru online dalam kelas asas blog & fanpage bisnes yang sememangnya menjadi "passion" dalam diri aku. Bersandarkan kepakaran aku di dalam dunia blogging dan juga bisnes di dalam talian, aku menawarkan khidmat servis membantu mereka yang baru bertatih dalam dunia perniagaan online juga.

Selain dari menjalankan ukhwah yang baik dengan guru-guru online yang lain, aku juga telah membuka lembaran ukhwah baru yang terjalin antara aku dan pelajar-pelajarku. Masya Allah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Memang terasa indahnya ikatan yang terjalin ini. Pelajar-pelajar aku terdiri daripada pelbagai latarbelakang; ada yang surirumah sepenuh masa, ada yang masih bekerja namun mengintai peluang untuk berhenti dan tak lupa juga ada juga kaum Adam. Taraf pendidikan pun bukan calang-calang juga, dari SPM sehingga peringkat master pun ada. Semuanya sanggup mengenepikan semua itu dan bermula dari bawah. Terima kasih wahai pelajar-pelajarku, moga ukhwah yang terjalin ini akan kekal hingga bila-bila. Sesungguhnya aku tidak akan berada di tahap ini tanpa jasa kalian juga.

Langkah perjalanan aku di dalam Akademi ini masih jauh dan masih banyak lagi kelemahan yang aku perlu atasi. Tapi berbekalkan semangat dari kawan-kawan yang lain, Insya Allah aku akan terus mara ke hadapan lagi. Matlamat kami sebagai guru-guru online di Akademi ini untuk menjana lebih lagi pendapatan melalui 3 sumber iaitu pendaftaran kelas yang merupakan sumber pendapatan aktif iaitu menerima pendaftaran sepanjang masa, e-book sumber pendapatan aktif dan pasif dan yang terakhir melalui ruang pengiklanan di SOHO Directory yang merupakan pendapatan pasif sepanjang tahun.

Masih berbaki 3 bulan lagi untuk berusaha mencapai target. Bertuahnya kerana sentiasa dibimbing oleh sifu yang rajin "menarik" kami masuk ke landasan yang betul. Alhamdulillah, Akademi ini bukan sahaja sebagai tempat untuk kami bekerja tetapi juga membuka peluang baru kepada kami. Ada juga ahli Akademi yang ditawarkan menjadi penulis di ruangan majalah, ada juga yang mendapat liputan media tulis dan media massa, selain itu trafik blog masing-masing juga semakin meningkat dengan tertubuhnya laman peminat (fanpage) WAHM SAHM SOHO ini di mana kami dapat menyumbangkan hasil idea dan penulisan kami di sini.

Matlamat penubuhan Akademi ini adalah untuk memberikan peluang kepada kaum Hawa terutamanya surirumah agar menggunakan peluang yang ada untuk menambah pendapatan keluarga. Dengan kemajuan teknologi dan kemudahan internet yang ada melalui telefon mahupun komputer, seharusnya kaum suri tiada masalah untuk mengambil peluang membantu suami memperbaiki ekonomi keluarga. Di tambah pula dengan kos keperluan hidup yang makin meningkat ini, kaum suri harus keluar dari zon selesa dan bekerja dari rumah juga. Semuanya tetap sama seperti sebelum ini di mana kita masih berada di rumah menyiapkan makan pakai suami dan anak-anak, cumanya maju selangkah dengan mencari sumber pendapatan aktif dan pasif melalui blog dan fanpage.

Bagi yang berminat untuk berubah, jangan tunggu lama-lama lagi kerana ahli Akademi semakin bertambah dari hari ke sehari. Bagi yang minat menulis boleh terus mendaftar ke kelas asas blog & penulisan. Insya Allah di sini anda akan dibimbing oleh guru yang berpengalaman seperti Pn. Masayu Ahmad sendiri dan siapa tahu bakal menerbitkan e-book hasil penulisan diri sendiri. Bagi yang berminat untuk memulakan bisnes dalam talian pula boleh mendaftar di bawah aku. Insya Allah akan diberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga berjaya menyiapkan sebuah blog dan juga fanpage berniaga. Tentang tiada barang untuk dijual, kami juga ada menyediakan rangkaian produk makanan sunnah dan buku-buku. Selain itu, protege-protege aku yang lain juga bersedia menawarkan khidmat "dropship" produk mereka. Insya Allah, kalian tidak akan ketinggalan dan merasa dipinggirkan.

Tapi sebelum masuk mendaftar kelas asas blog & fanpage ini, tanya dahulu diri sendiri apakah mahu berubah untuk keluar dari zon selesa ke zon bekerja tanpa mengenal erti penat. Dalam apa juga perniagaan yang kita lakukan, fokus target dan usaha haruslah konsisten. Mana boleh sebuah empayar dibina dalam masa hanya seminggu dua, semuanya memerlukan masa tapi atas diri masing-masing samaada mahu bekerja keras atau bekerja pada kadar biasa-biasa sahaja. Semuanya atas diri masing-masing. Kalau rajin, Insya Allah pendapatan antara RM1k hingga tiada limit bakal menjadi milik anda!

Boleh mendaftar dengan menghubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Salam kasih sayang buat semua.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah



Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^