Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 31 Oktober 2013

Diari Bekerja Dari Rumah : Duit Masuk Tak Kira Waktu

Assalamualaikum,

Hari ini lambat sedikit bersiaran, gara-gara kepenatan. Malam tadi banyak kali juga terjaga dari tidur. Biasalah, kalau setiapkali en suami "out station" pasti aku tak lena tidur. Anak-anak pun sama, adalah sorang dua yang akan terjaga menangis tengah malam. T___T"

Tapi tidak mengapa kerana hari ini en suami sudah pulang. Lepas ini bolehlah tidur lena semula. Ok berbalik kepada ajuk di atas, sejak berhenti kerja dan bekerja dari rumah ini memang aku akui duit masuk tak kira waktu. Cewah, bunyi macam banyak aje tapi bukanlah begitu. Semuanya bergantung kepada rezeki yang Allah telah tentukan kepada aku. Ada hari masuk RM2 sahaja (setelah ditolak modal ataupun mendapat komisen jualan), ada hari mendapat RM100 dan ada hari dapat RM100+ pun ada! Masih belum tahap mendapat RM1000+ sehari lagi tapi doa-doakan lah ya :P

Apa yang penting adalah usaha yang berterusan. Kalau usaha biasa-biasa sudah pasti pulangan pun biasa sahaja, kalau usaha luar biasa akan dapat pulangan juga luar biasa & kalau super luas biasa, laaaagiiilah masyuk pulangannya. Aku tengok ramai yang berniaga akan kecundang di awal lagi kerana kurangnya ilmu dan persediaan dalam berbisnes. Harus diingatkan, memulakan bisnes bukanlah semudah membuat kopi 3 in 1 atau menaip status di facebook tetapi ianya memerlukan komitmen masa dan usaha yang berterusan. Mengimbas kembali kenangan di awal aku memulakan bisnes online, setiap hari tidur dalam pukul 2,3 pagi dan esoknya keluar bekerja macam biasa. Nak buat macamana, dah minat kan, bila kita melakukan apa yang kita minat, Insya Allah tidak akan merasa penat:)

Alhamdulillah sekarang ini walaupun sudah tidak mempunyai pendapatan yang tetap (masuk setiap hujung bulan) tetapi aku bersyukur masih ada lagi rezeki yang masuk hampir setiap hari dan hujung minggu. Kelas Asas Blog & Fanpage yang aku ajar pun pelajarnya sudah makin bertambah. Awal-awal dahulu hanya ada beberapa orang kini sudah melebihi 50 orang. Syukur tak terhingga kerana Allah tunjukkan jalan dan ketemukan insan hebat seperti kak Masayu Ahmad (pengasas Akademi Bekerja Di Rumah) dan juga Master Lyna Noh (seorang businesswoman yang berjaya) yang telah banyak membantu aku dalam mendapatkan pelajar.

Perniagaan hujung minggu aku pun semakin mendapat sambutan. Minggu lepas sahaja ada 3 tempahan untuk majlis harijadi bertemakan Cars, Angry Bird dan juga Princess. Ada yang aku buat penghantaran dan ada juga yang aku hantar menggunakan khidmat Gdex (semalam hantar hari ini pelanggan sms sudah terima). Boleh baca entri ini sebagai rujukan :
http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/10/tema-parti-harijadi-yang-paling.html
Alhamdulillah ya Allah, tiada alasan lagi untuk aku berhenti berusaha. Perniagaan makanan sunah dan buku online juga mendapat sambutan. Terima kasih buat kawan-kawan yang banyak memberikan sokongan dengan membeli produk jualan aku. Selain itu, aku juga menjual kerepek dan keropok segera, jangan tak tahu en suami pula yang bersungguh bawa ke pejabat untuk dijual :)

Pada yang bertanya macamana mahu mulakan bisnes dari rumah, jawapan aku adalah bersegeralah bermula. Tak payah nak tunggu ada kedai fizikal yang besar, ada produk sendiri atau laman web yang cantik baru mahu bermula. Sebaliknya bermulalah dari kosong dan carilah ilmu sebanyak mungkin. Berikut aku kongsikan beberapa tips untuk panduan :

- Gunakan blogspot dan facebook dahulu. Kerana ianya adalah percuma. Sekiranya mahu gunakan laman web berdaftar rasanya dikenakan bayaran untuk membeli domain. Aku sendiri sudah menggunakan blogspot sebagai platform niaga aku selama 4 tahun sehingga sekarang. Banyak jasanya tau :) Kalau mahu cepat carilah sifu (boleh daftar kelas asas blog & fanpage di bawah kelolaan aku) atau belajar sendiri. Tapi kalau belajar sendiri lambatlah sikit nak pandai :P

- Pelbagaikan produk. Iya, kalau nak cepat kaya (eh!) bukan kalau nak pelbagaikan sumber wang masuk, elok jual banyak benda. Tak tahu nak jual apa? Ada 101 Idea Home-Based Bisnes (ebook) yang boleh di beli di sini (sekarang harga promosi lagi RM30 lepas 30/11/2013 ni sudah jadi RM50) jadi rugi tak beli awal-awal tau :) Sebagai contoh, aku sendiri jual macam-macam dan sentiasa mencari peluang untuk menjual produk baru, tetapi selalunya aku akan jual apa yang aku suka aje; maksudnya di sini bukan semua produk aku nak jual tau.

- Usaha yang berterusan sangat perlu juga. Jangan harap sekali kita jual orang akan terus beli. Ianya akan mengambil masa juga. Ramai yang kecundang apabila produk yang dijual tidak mendapat sambutan atau ditolak oleh pelanggan. Sebab itulah pentingnya kita berada di dalam kumpulan yang saling memberikan sokongan. Apabila kita rasa lemah semangat, terus sifu dan kawan-kawan akan bagi kata semangat. Iya, inilah yang berlaku di dalam group Akademi Bekerja Dari Rumah. Boleh baca sini untuk keterangan lebih lanjut : http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

- Banyakkan memberi tanpa mengharapkan balasan. Ini yang aku belajar daripada sifu aku di mana mereka banyak memberi pengetahuan tanpa mengharapkan balasan atau memaksa kita membeli produk mereka. Sebagai contoh, sekiranya kita menjual kerepek, jadinya berikan dulu sampel-sampel percuma supaya orang boleh rasa kerepek kita. Sekiranya kita menjual produk kesihatan, sentiasa berkongsi maklumat di blog dan juga fanpage. Apa lagi, kalau mahu daftar kelas, carilah saya ya :)


Hari tu baru nak lelapkan mata, tiba-tiba dapat email yang mengisi borang di dalam blog. Alhamdulillah terus aku balas ke no. telefonnya dan berhasillah sebuah urusan jual beli. Mudah bukan? Tapi nak buat semua ini haruslah kena ada sifu juga ya, apa kata daftar kelas asas blog & fanpage di mana aku akan ajar cara-cara membuat sebuah blog, fanpage di facebook, membuat link di antara keduanya dan membuat borang pesanan di blog juga.

Menyusul nanti kelas asas blog, fanpage dan iklan Mudah.my pula. Sekarang dalam proses menyiapkan modul. Alhamdulillah Allah sentiasa berikan aku idea untuk terus mecari peluang berbakti dan sekaligus menjana RM dari rumah. Iya, semuanya harus bermula dari bawah, tiada istilah jalan pintas untuk berjaya :)

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^