Sunday, December 8, 2013

Percutian Ke Hat Yai & Krabi Melalui Jalan Darat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersiaran dari bumi gajah putih iaitu Thailand. Satu pengalaman yang baru bagi aku kerana kali ini kami mengambil keputusan untuk mengembara bersama kereta baru kami sahaja. Teruja, gembira dan rasa bersyukur kerana telah menempuhi perjalanan yang selamat. Nanti-nanti lah aku kongsikan balik pengalaman kami, sekarang ini kami sedang berehat di dalam bilik di Krabi :)


Perjalan dari Shah Alam bermula malam Sabtu lagi, setelah berhenti beberapa kali untuk tidur, akhirnya dalam pukul 5 pagi kami selamat sampai di Pekan Changlun sebelum bertolak ke Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam pada pukul 7 pagi. Di Kompleks Imigresen Thailand yang sangkut lama sedikit rentetan kebanjiran manusia yang ingin masuk ke Siam. Bayangkan dalam pukul 10 pagi baru kami dapat siap semua urusan dan meneruskan perjalanan ke Hat Yai. Persinggahan pertama adalah Pekan Hat Yai. Alhamdulillah sempat berkunjung ke pasar terapungnya (gambar di entri akan datang)


gambar di atas diambil dari Google

Kami sampai agak lewat, jadi memang penuh dengan manusia. Aku tak berkesempatan pun membeli dari bot. Tapi sempat juga merasa nasi kerabu Hat Yai dari gerai jualan yang ada di bawah khemah yang disediakan. Memang terlalu banyak godaan makanan dan buah-buahan yang cukup menarik dan sedap di sini. Harga pun boleh tahan murahnya!

Pagi tadi kami bertolak dari Hat Yai ke Krabi yang memakan masa hamper 5 jam perjalanan. Kalau ikutkan sepatutnya hanya mengambil masa 4 jam tetapi biasalah bila mengembara bersama anak-anak ini kena banyak berhenti untuk makan (padahal mak bapa anak-anak yang lapar). Kami singgah di satu perkampungan Muslim untuk makan tengahari dan solat jamak di salah sebuah masjid di sini. Dalam pukul 3 petang, kami selamat tiba di hotel iaitu di kawasan Pantai Ao Nang, Krabi.

Nantilah aku buat entri seterusnya bagaimana untuk mengembara ke sini melalui jalan darat. Terima kasih kepada blogger-blogger lain yang banyak memberikan tips dan berkongsikan cerita di dalam blog tentang pengalaman masing-masing. Dapat juga aku jadikan rujukan dan panduan sebelum kami bermusafir ini. Biasalah mengembara bersama anak-anak kecil ini memang encabar terutama dari segi mental dan fizikal. Tapi kalau kami duduk di rumah pun sama sahaja. Jadi, cuti sekolah ini Alhamdulillah berpeluang mengembara jauh sedikit. Anak-anaklah paling seronok sekali sebab dapat tidur hotel:)

Oklah, bye! Esok nak menyusuri Pantai Ao Nang pula. Kami mungkin tidak ke pulau kerana iainya bukan tujuan asal kami ke Krabi. Tunggulah Azzam besars edikit baru boleh bawa anak-anak untuk melakukan aktiviti "lompat pulau" :P

P/S : Rasanya duduk di Hat Yai lagi best sebab di situ banyak tempat untuk shopping dan kebanyakan penduduk muslim. Di Krabi ni ramai mat salleh aje, macam tak bestlah nak duduk lama-lama!

Oklah bye!

2 comments:

wan rokiah said...

Konvoi sebuah kete je ke? atau banyak kete jugak?
nti share kos skali tau,,

Syakira Razak said...

macam seronok je cuti2 ke krabi.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015