Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percutian. Papar semua catatan

Khamis, 11 Disember 2014

Perlu Ke Percutian Keluarga?

Assalamualaikum,

Seronoknya bila tengok kawan-kawan pergi bercuti sempena cuti sekolah. Tak kisahlah dekat atau jauh, yang penting cuti-cuti sekolah ini dipenuhi dengan aktiviti bersama dengan anak-anak. Kami pun insya Allah akan mula bercuti hari Sabtu ini. Kali ini kami memilih untuk ke Sabah pula. Kalau tahun lepas kami kembara ke Hatnyai & Krabi melalui jalan darat, tapi kali ini terbang jauh lagi merentasi Laut China Selatan untuk ke Sabah negeri bawah bayu pula.

Kalau dulu pada tahun 2012 kami (aku, adik ipar, Haziq, Husna & Ashraf) bersama Kak Na, anak-anak Kak Na & orang gaji mereka ke sana menggunakan jalan laut dan darat. Kami dari Labuan naik speed bot ke Menumbok kemudian sewa teksi MPV bersama pemandu untuk bawa kami jalan-jalan ke Kota Kinabalu & Kundasang. Pengalaman yang pahit dan manis semuanya ada belaka. Bila aku baca balik entri-entri lama sepanjang percutian di sana memang membuatkan hati ini menangis untuk pergi lagi. Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk jejakkan kaki sekali lagi di sana tapi kali ini lebih bermakna kerana kami pergi lengkap sekeluarga.

Sebenarnya tiket penerbangan KL - KK sudah ditempah beberapa bulan yang lepas lagi. Kalau tak silap, Malaysia Airlines ada buat promosi harga tiket murah masa tu. Selepas aje tempah tiket kapal terbang, en suami terus tempah hotel pula. Bukan apa, musim cuti sekolah ni risaulah kan kot-kot hotel penuh jadi semua persediaan kami dah buat awal-awal lagi. Tapi tinggal part mengemas baju aje, alaaaaahai.....*sila sambung sendiri*

Sepanjang berada di sana nanti kami telah menyewa sebuah kereta Proton Saga untuk bergerak ke sana ke mari. Hermmm, sebenarnya aku masih belum rancang lagi nak bawa anak-anak pergi mana ni tapi rasanya macam nak pergi ke tempat-tempat yang kami masih belum singgah lagi masa trip pertama 2 tahun lepas. Insya Allah, jika diizinkan Allah nanti nak pergi ke Pantai Tanjung Aru, Jesselton Point dan beberapa tempat lagi di Kundasang dan Ranau. Itupun kalau askar-askar terutamanya prebet Aaliyah memberikan kerjasama dengan baik. Kalau tak, alamat dia berkampung dalam bilik hotel lah jawab dia :)


Kenapa kami memilih Sabah lagi? Pertama sekali kerana mahu bawa anak-anak naik kapal terbang (penerbangan KL-KB tak boleh nak kira sebab sekejap sangat). Mana tahu tahun depan ada rezeki kita pergi jauh sikit lagi ke. Siapa tahu kan? ~dare to dream


Kali ini aku mencadangkan kepada en suami untuk berada 2 malam di Kundasang. Jenuh juga nak cari hotel yang memenuhi budget kami dan boleh memuatkan semua ahli keluarga dalam bilik. Nanti aku kongsikan hotel apa yang kami tempah ya. Banyak hari juga duduk baca komen-komen dalam laman Agoda & Tripadvisor, sekali tempah hotel yang dalamnya tak ada TV. Mati kutulah 2 malam nak duduk hanya dengar bunyi cengkerik sahaja *krik*krik*krik*

Tapi yang bagusnya boleh nak eratkan hubungan sesama keluarga. Ehem ehem family bonding time! Bukan husband & wife bonding time ya. Kalau nak romantik harus pergi bercuti tanpa askar-askar. Kalau tak, jangan haraplah nak duduk rapat-rapat. Sudah tentu ada sahaja yang akan mencelah T_____T"

Mungkin juga ianya waktu yang sesuai untuk aku fokus siapkan ebook sulungku?? Hermmm, banyaklah andaiannya tapi tak kisahlah apa-apa pun. Yang penting kami selamat dan boleh enjoy percutian ini. Doakan kami ya?


Gambar ini diambil dari kereta semasa balik kampung hari tu. Kalau orang Pantai Timur mesti tahu kawasan ini adalah laluan lebuhraya Karak dan bangunan tu kalau tak silap di kawasan Bukit Tinggi. Hermm, kat sini pun tak pernah sampai lagi. Insya Allah, tahun depan kalau ada rezeki kita masukkan dalam slot cuti-cuti hujung minggu pula.


Ini pula gambar di laluan Merapoh Kuala Lipis semasa kami dari Gua Musang mahu ke KL. Subhanallah! Cantik kan pemandangan.

Pada pendapat aku, sebenarnya penting juga sekali setahun kita bawa anak-anak bercuti. Takde lah anak-anak duduk di rumah hanya menghabiskan masa menonton Tv dan bermain sahaja. Sekurang-kurangnya kita juga ada masa untuk diluangkan bersama mereka. Bagi yang sibuk bekerja macam en suami ni, memang best sangatlah jika dapat bercuti meluangkan masa bersama kami semua. Selalunya en suami tukang bayar (taja) aje percutian kami tapi kali ini en suami ada sekali. Yeay!

Macam tahun lepas, kembara ke Hatnyai & Krabi. Walaupun penat tapi bila kenang balik alahai rindunya mahu keluar bercuti bersama anak-anak. Alhamdulillah, mereka juga "happy" bila boleh tidur di hotel. Tak kisahlah hotel berapa bintang yang penting kelainan dari bilik mereka yang sentiasa bersepah tu :P Anak-anak aku ni, hari tu masa kami balik kampung sempena perkahwinan Mokla, dapat tidur di homestay budget pun sudah cukup happy sampaikan pukul 2 pagi pun masih terlompat-lompat atas katil lagi. Hermm, budak-budak..Perut kenyang memang gembira lah kan?

Sebenarnya kami tak pernah letakkan target untuk bercuti di mana-mana tapi kalau ada rezeki lebih memang nak bawa anak-anak pergi jauh sikit untuk kenal negara orang. Lepas baca buku Ulu Yam Di Liverpool, eh tetiba berasa begitu semangat untuk memiliki dream book sendiri. Lepas ini mahu memasang impian tempat yang ingin dilawati pada tahun 2015 pula. Siapa tahu kan Allah akan makbulkan impian kita. Yang penting kena rajin usaha jangan malas-malas.

Oklah, dah mula dah ceramah motivasi aku ni. Sebelum korang meluat baca baiklah hamba mengundurkan diri dulu. Nantikan update kisah kembara bumi Sabah dari aku nanti. Semoga Allah lindungi perjalanan kami pergi dan balik. Yang penting niat kami nak bagi anak-anak keluar melihat kebesaran Allah, semoga dapat melihat lagi gunung Kinabalu di hadapan mata. Aku doakan semoga kawan-kawan semua pun boleh bercuti membawa anak-anak juga. Bestnya bila tengok kawan-kawan blogger bercuti di Korea, Phuket, Switzerland, Turki, Vietnam dan pelbagai tempat lagilah. Itu rezeki masing-masing. Semoga Allah redha dengan pilihan kita. Aamin

Bye:)

Ahad, 8 Disember 2013

Percutian Ke Hat Yai & Krabi Melalui Jalan Darat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersiaran dari bumi gajah putih iaitu Thailand. Satu pengalaman yang baru bagi aku kerana kali ini kami mengambil keputusan untuk mengembara bersama kereta baru kami sahaja. Teruja, gembira dan rasa bersyukur kerana telah menempuhi perjalanan yang selamat. Nanti-nanti lah aku kongsikan balik pengalaman kami, sekarang ini kami sedang berehat di dalam bilik di Krabi :)


Perjalan dari Shah Alam bermula malam Sabtu lagi, setelah berhenti beberapa kali untuk tidur, akhirnya dalam pukul 5 pagi kami selamat sampai di Pekan Changlun sebelum bertolak ke Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam pada pukul 7 pagi. Di Kompleks Imigresen Thailand yang sangkut lama sedikit rentetan kebanjiran manusia yang ingin masuk ke Siam. Bayangkan dalam pukul 10 pagi baru kami dapat siap semua urusan dan meneruskan perjalanan ke Hat Yai. Persinggahan pertama adalah Pekan Hat Yai. Alhamdulillah sempat berkunjung ke pasar terapungnya (gambar di entri akan datang)


gambar di atas diambil dari Google

Kami sampai agak lewat, jadi memang penuh dengan manusia. Aku tak berkesempatan pun membeli dari bot. Tapi sempat juga merasa nasi kerabu Hat Yai dari gerai jualan yang ada di bawah khemah yang disediakan. Memang terlalu banyak godaan makanan dan buah-buahan yang cukup menarik dan sedap di sini. Harga pun boleh tahan murahnya!

Pagi tadi kami bertolak dari Hat Yai ke Krabi yang memakan masa hamper 5 jam perjalanan. Kalau ikutkan sepatutnya hanya mengambil masa 4 jam tetapi biasalah bila mengembara bersama anak-anak ini kena banyak berhenti untuk makan (padahal mak bapa anak-anak yang lapar). Kami singgah di satu perkampungan Muslim untuk makan tengahari dan solat jamak di salah sebuah masjid di sini. Dalam pukul 3 petang, kami selamat tiba di hotel iaitu di kawasan Pantai Ao Nang, Krabi.

Nantilah aku buat entri seterusnya bagaimana untuk mengembara ke sini melalui jalan darat. Terima kasih kepada blogger-blogger lain yang banyak memberikan tips dan berkongsikan cerita di dalam blog tentang pengalaman masing-masing. Dapat juga aku jadikan rujukan dan panduan sebelum kami bermusafir ini. Biasalah mengembara bersama anak-anak kecil ini memang encabar terutama dari segi mental dan fizikal. Tapi kalau kami duduk di rumah pun sama sahaja. Jadi, cuti sekolah ini Alhamdulillah berpeluang mengembara jauh sedikit. Anak-anaklah paling seronok sekali sebab dapat tidur hotel:)

Oklah, bye! Esok nak menyusuri Pantai Ao Nang pula. Kami mungkin tidak ke pulau kerana iainya bukan tujuan asal kami ke Krabi. Tunggulah Azzam besars edikit baru boleh bawa anak-anak untuk melakukan aktiviti "lompat pulau" :P

P/S : Rasanya duduk di Hat Yai lagi best sebab di situ banyak tempat untuk shopping dan kebanyakan penduduk muslim. Di Krabi ni ramai mat salleh aje, macam tak bestlah nak duduk lama-lama!

Oklah bye!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^