Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label SKII Face Treatment Essence. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SKII Face Treatment Essence. Papar semua catatan

Jumaat, 11 April 2014

Setelah Sebulan Memakai SKII Facial Treatment Essence


Imej dari sumber blog Hanis Zalikha

Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsikan pengalaman aku setelah hampir sebulan memakai SKII Facial Treatment Essence secara tidak sistematik. Kenapa? Maksudnya apabila ingat pakai apabila lupa tak pakai >____<!

Maklumlah aku ni kan jenis dot dot dot (malas nak tulis tapi sila fikir sendiri). Tapi syukur juga dapat muka yang jenis tak bermasalah. Cuba kalau jenis pemalas pastu muka pon dah tak cantik? Hohoho Ada yang dapat payung emas dari suami kang :P (minta dijauhkanlah, jadi baik sedar diri sebelum terlambat).

Oklah, terus pada isi penting. Nak bagitahu yang memang dah nampak kesannya sejak menggunakan produk ini hampir sebulan. Walau tidak konsisten memakainya setiap malam, kadang-kadang pagi selepas cuci muka aku akan pakai juga. Maklumlah, ai ni kan surirumah sahaja. Jadi, memang tak keluar rumah pagi-pagi tu sempatlah ambil beberapa titis treatment essence ni dan "dab dab dab" terus ke muka. Tak payah nak guna kapas bagai sebab lagi senang "air ajaib" ni nak meresap gitteww.

Siapa yang perasan? Sudah tentu lah empunya diri. Serius, kulit muka rasa lebih lembut dan licin. En suami pun tegur juga akan kelainannya tapi macam biasalah laki aku bukan jenis suka memuji-muji bini dia lebih-lebih. Takut terlebih muatan pula katanya! Ces!!

Balik ke kampung, Kak Na pun perasan. Katanya kulit muka aku nampak lebih cerah. Hamboiii, memanglah sebab ai kan dok rumah je, mana nak kena matahari. Tapi sebagai seorang adik yang perasan, memang bertambahlah tahap keperasanan aku ni :P

Kesimpulannya, memang aku berpuas hati dengan produk ini. Insya Allah, kalau ada rezeki nak beli pencuci muka dan tonernya pula. Tapi kena heret en suami sekali sebab nanti dia yang kena bayarkan. HAHAHA Oklah,sebelum ada orang yang muntah-muntah, baik i mengundurkan diri dulu. Bukan nak cakap muka dah berubah 100% jadi macam Fazura tapi sekurang-kurangnya takde dah kering kusam macam dulu lagi. Atau apakah kerana ianya seri ibu mengandung? Jeng jeng jeng.

Bye!

Maaf, tuan blog tak reti nak selfie tunjuk muka yang bulat macam pinggan tu. Takpelah, bukan untuk dijual pun SKII ni, pakai untuk suami juga :) Oh! Tapi aku ada nak kongsi satu sabun yang kompem best punya iaitu sabun beras pulut + kolagen. Insya Allah bila stok masuk aku masukkan dalam blog ini :)

Jom daftar jadi ejen jualan bisnes raya aku. Boleh isikan maklumat di sini : Borang Tempahan

Isnin, 3 Mac 2014

Nak Cantik Dengan SKII Facial Treatment Essence

Assalamualaikum,

Pagi ini aku nak bercerita tentang produk kecantikan sket. Akibat terpengaruh bila membaca entri ini (Dr. Halina's blog) aku sedikit sebanyak merasa tempiaslah juga apabila membaca apa yang ditulis oleh Dr. Halina tu. Ada benarnya kerana semakin kita menginjak dewasa (ehem ehem bukan tua ya) kulit muka dan seluruh tubuh badan pun akan mengalami perubahan juga. Tang bentuk badan toksah cerita lah, aku ni setiap kali lepas beranak sudah pasti lemak bertambah bertingket-tingket. Adoiii, sejak menjadi ibu kepada 4 anak ni tak dinafikan memang aku sudah tidak prihatin tentang kecantikan diri sendiri dah. Berbeza sangat di waktu bujang dahulu, sebut aje produk apa pasti semua aku pernah beli (walaupun pakai jarang-jarang sekali, HAHA)

Tapi satu hari di minggu yang lepas, (masa tu en suami "outstation") aku menggaru muka aku dan merasakan sesuatu yang kering seperti kulit menggelupas, terus aku pon tengok cermin muka yang pecah dua dan terkejut diriku apabila melihat kulit muka sendiri (selama ini jarang telek muka sendiri depan cermin sebab kalau mandi pun sekarang paling lama pun 10 minit aje di dalam tandas). Ternyata, muka aku kering dan menggelupas. Malu kat diri sendiri tau! Sekarang ini memang aku tak pakai apa-apa pun di muka, baik pelembab, pencuci apatah lagi nak skrub kulit muka buang segala daki yang ada kan. Haaaa, bila kulit muka dah jadi macam tu, mulalah kalut ribut kan?

Jadi aku pun terus whats app dekat en suami supaya membelikan SKII Facial Treatment Essence di Dubai. Manalah tahu kot-kot harga di sana lebih murah kan. Tapi aku pesan juga dekat en suami kalau harga mahal sangat tak payahlah beli. Alhamdulillah, en suami pun agaknya tak tahan tengok muka bini dia yang menggerutu ni jadi en suami pun belikan juga :) Terima kasih b! Insya Allah, aku akan pastikan terus memakainya sehingga habis. Setakat ini masih lagi konsisten memakainya dan walaupun bau nya agak kurang menyenangkan tapi lepas pakai tu memang kulit rasa best! Alah, yang macam dalam iklan tu, terus rasa lembab dan tegang! HAHA Habislah korang kutuk aku lepas ni :P

Selain dari mengamalkan SKII ini, aku juga berazam untuk lebih mendisiplinkan diri dalam memakan vitamin (makanan tambahan) dan dan amalkan pemakanan sunnah di rumah. Sekarang pun banyak makan kekacang, kurma dan minum air masak banyak-banyak. Susu macam tak boleh terima lagi tapi insya Allah daku mahu amalkan meminum susu kambing kerana khabarnya dengan mengamalkan susu kambing semasa hamil boleh mengelakkan bayi dari terkena jaundice. Jadi, apa salahnya kita mencuba kan? Setakat yang aku tengok, siapa-siapa yang mengamalkan susu kambing, memang bayi mereka tak kena jaundice (kuning) semasa dalam pantang.

Tak dinafikan menjadi surirumah memang membuatkan aku kurang menjaga kecantikan muka. Maklumlah, sekarang ini jarang sangat tepek bedak di muka. Kadang-kadang tidurdalam keadaan muka tak dicuci (maksud aku tak basuh muka dengan pencuci muka, letak toner kemudian pelembab). Tidur pula dalam bilik berhawa dingin, manalah muka tak jadi kering kan? Jadi sebelum en suami komplen baiklah kita jaga kecantikan muka luaran dan dalaman juga. Semuanya untuk suami juga kan :)

Oklah, nanti aku bagi testimoni selepas menggunakan produk ini selama 2 minggu. Nak juga tengok hasilnya kan?

Laluan iklan :


bagi yang mahu menempah, boleh beli di sini

Borang tempahan

Bagi sesiapa yang ingin beriklan di sini, sila email ke zailamohamad@yahoo.com atau sms ke 012-3228651.

Terima kasih


Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^