Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 14 April 2014

Gembiranya Bila Dapat Makan Cupcakes Sedap!

Assalamualaikum,

Sejak mengandung anak kelima ni, lidah rasa nak makan yang manis-manis aje. Eh, pantang betul kalau ada orang tayang gambar cupcakes dalam facebook, harus terliur. Sebenarnya teringin nak makan kek cawan red velvet yang adik ipar kawan aku buat dulu, tapi sudah hilang nombornya pula. Nasib baiklah satu hari tu ternampak tauke kedai kek Are-T Homemade Cookies ada buat jualan "Fast Sale" katanya, terus aku tempah cepat-cepat :)

Yang pasti kena hantar ke rumah sebab aku ni jenis malas nak pergi ambil. HAHAHA Tapi takpelah kan sebab nanti aku bayar juga kos penghantaran. Zaman sekarang ni semua kena bayar tau, bukan berkira tapi sebab aku pun peniaga juga jadi aku tahu semuanya harus diambil kira dalam modal.

Hari Sabtu yang lepas tuan kedai datang hantar betul-betul depan pintu pagar rumah. Ya Allah, sedapnya kek cawan ni;-


Nanti kalau ada rezeki nak ulang tempahan lagi. Hari tu aku beli pun sebab mulut ni teringin nak makan benda manis-manis. Sambil-sambil tu nak gembirakan anak-anak juga. Haziq, Husna, Ashraf & Azzam memang suka sangat-sangat sampai sayang nak makan!

Ini gambar dari fanpage;-


1) melty choc cadbury with vanila cream cheese
2) butter cake with strawberry cream cheese
3) salted caramel 
4) sweet n lovely blueberry with blueberry cream cheese
5) delicious red velvet with cream cheese
6) marvelous oreo with oreo cream cheese

Semua pun aku rasa kecuali red velvet tu. Yang menjadi kesukaan aku adalah nombor 1, 2 dan nombor 6. En suami suka nombor 1, anak-anak pula suka yang nombor 6. Iyalah, selera setiap orang tak akan sama kan?

Pada yang berminat untuk tempah, boleh like fanpage nya di sini (Are-T Homemade Cookies) dan boleh tanya sendiri tokei di situ.

Laluan iklan :


Alhamdulillah, nantikan satu lagi produk asli dari Johor iaitu pes mee bandung segera yang sedap meletops katanya. Insya Allah akan masuk dalam kedai maya aku nanti. Bagi sesiapa yang mahu mencuba boleh tempah di sini : Borang Tempahan.

Ejen dropship juga sedang dicari untuk jualan bulan puasa nanti. Mari-mari daftar sekarang dan jom kita usaha sama-sama untuk cari duit poket untuk hari raya nanti :)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^