Tuesday, April 15, 2014

Senarai Produk Makanan Untuk Jualan Di Bulan Puasa

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini aku nak umumkan antara produk yang akan dijual sepanjang menjelang puasa dan hari raya nanti. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi ejen jualan, boleh lah tinggalkan email di ruangan komen di bawah.

Antara produk yang diyakini akan laku keras adalah :

1) Pes segera nasi arab : Ada 2 pilihan iaitu Nasi mandy kambing yaman & nasi mandy ayam saudi. Setiap kotak lengkap dengan rempah & beras basmathi. Jadi, tak payah dah nak beli beras asing-asing. Sekotak juga boleh dimakan untuk 5-6 orang. Tempah di sini : Borang Tempahan


2) Pes segera mee bandung meletops : Pes siap hanya perlu dimasak bersama air rebusan daging sahaja. Cukup-cukup senang untuk menyediakannya. Setiap pek beratnya lebih kurang 500gm dan boleh dimakan oleh 5-6 orang. Untuk tempahan isikan borang : Borang Tempahan


3) kerepek tempe : Sangat sesuai dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja. Bagi penggemar tempe, bolehlah beli untuk stok bulan puasa ya, buat sahur dikala tak sempat untuk menyediakan juadah. Cepat dan senang! Berat lebih kurang 300gm. Untuk tempahan isikan borang : Borang Tempahan


4) Pretzel : Ini pula untuk kudapan atau boleh dihadiahkan sebagai hamper kepada kawan-kawan. Memang terkenal produk ini. Jadi jangan lupa untuk dapatkannya melalui aku ya.


Setakat ini, ini sahaja produk makanan yang bakal aku jual pada bulan puasa & hari raya nanti. Kalau tak mahu kehabisan stok, memang kena tempah siap-siap lah. Nak raya puasa ni rasanya memang stok akan cepat habis kerana ramai yang akan pilih untuk beli pes segera aje. Maklumlah cepat dan senang! Terutamanya bagi ibu yang bekerja.

Untuk tempahan sila isikan borang sahaja dan nanti aku akan sms untuk proses pembayaran. Bagi warga Shah Alam, penghantaran percuma sekitar Kota Kemuning.

Laluan iklan :


Kurma badam juga akan distok kembali sempena bulan puasa ini. Boleh tempah di sini : Borang Tempahan.

Aku juga menyediakan khidmat hamper kurma untuk diberikan kepada tetamu atau jemaah masjid. Boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats app : 012-3228651
Facebook : Gedung Barangan Sunnah Online Anda

1 comment:

hanim shanim said...

Assalam...sis nak tanya mini pretzel cookies tu beli kat mn ya sbb sy ada jg tanya kedai2 bakery diorg xde jual...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015