Assalamualaikum,
Beberapa hari yang lepas aku kongsikan kegembiraan aku apabila salah seorang pelajar kelas asas blog, fanpage dan beriklan di Mudah.my menyatakan kegemberiaan beliau apabila iklan pertama produk mereka telah disiarkan oleh pihak laman Mudah.my beberapa jam selepas memasukkannya ke dalam internet. Alhamdulillah, suami kepada pelajar aku juga meninggalkan komen yang pembantu-pembantu mereka tidak mendapat rehat dek kerana sambutan yang menggalakkan. Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Laman Mudah.my sekarang ini memang tidak seperti dahulu lagi. Memang sekejap sahaja iklan akan disiarkan. Kalau dulu, tersalah letak perkataan sikit pun iklan sudah tidak terima. Memang memberikan tekananlah! Tapi sekarang hanya mengambil masa beberapa jam sahaja iklan kita sudah disiarkan ke laman Mudah tidak kira waktu. Jadi, adalah sangat merugikan jika kita tidak gunakan peluang yang ada untuk beriklan secara percuma memandangkan laman Mudah.my sangat terkenal bagi penduduk Malaysia ini.
Tapi sudah tentulah persaingan sudah tinggi juga di laman Mudah.my sendiri. Terdapat berpuluh-puluh ribu atau mungkin boleh cecah ratus ribu iklan yang dikeluarkan dalam sehari. Jadi, kebarangkalian untuk iklan kita dilihat adalah sangat rendah (melainkan kita beriklan di negeri yang tidak ramai penduduknya). Oleh sebab itu, Mudah.my telah memperkenalkan sistem premium dimana kita perlu membeli jumlah kredit untuk digunakan untuk mengekalkan iklan kita di atas dan supaya mudah untuk dilihat oleh pelanggan. Kredit bermula dari RM50 - RM1000.00 mengikut kemampuan kita. Bayaran boleh dilakukan secara paypal, kad kredit, maybank2u dan juga melalui cek. Bergantung kepada tuan punya iklanlah kan, selalunya iklan akan disiarkan secara percuma selama sebulan tapi mungkin dalam masa beberapa hari sahaja iklan kita akan berada di muka hadapan laman Mudah.my.
Bagi mereka yang mahu menggunakan 3 saluran untuk memasarkan produk iaitu blog, fanpage dan beriklan di Mudah.my, bolehlah mendaftar kelas bersama-sama dengan aku. Insya Allah, aku akan ajar langkah dem langkah untuk memasukkan iklan dan membuat promosi menggunakan 3 saluran yang masih lagi percuma tanpa perlu mengeluarkan modal apa pun. Tapi modal nak belajar kena keluarkan lah derrrrr. Ini maklumat tentang yuran :
Daftar di sini : Borang Tempahan
Laluan iklan :
Inilah mak andam yang digunakan semasa majlis perkahwinan adik ipar aku tempoh hari. Pakej yang ditawarkan memang berbaloi-baloi dan masih lagi murah jika dibandingkan dengan mak andam yang lain. Jika berminat boleh hubungi tuan punya (nak panggil mak andam pun macam dah tak releven) perancang perkahwinan ini : Pn Normaslini di talian 013-3730916 (tempahan sekitar Kelantan sahaja).
Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan