Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 6 Mei 2014

Diari Suri Bekerja Di Rumah : Reward Diri Dengan Big Box Pizza Hut


Assalamualaikum,

Ahad yang lepas sesi me"reward" diri setelah berjaya menjaga anak-anak selama 4 hari tanpa en suami. Hi hi hi Cukup mengada padahal cakap aje yang aku ni sebenarnya malas nak masak! Kebetulan hari itu terasa seperti mahu makan KFC, mula lah cari nombor talian penghantaran tapi sedihnya bila KFC masih belum buat penghantaran lagi di kawasan rumah aku. Huh! Memang rugi ler sebab dah hilang salah seorang ppelanggan yang berpotensi untuk menaikkan jualan KFC hari itu.

Jadi, aku tukar kepada Pizza Hut kerana anak-anak lebih sukakan Pizza Hut dari Dominos. Entahlah, aku pun rasa sama juga kerana bagi aku Domino's hanya sedap pada pizza nya sahaja dan bukan pada menu ala carte yang lain. Lagipun sup cendawan Pizza Hut sedap, nak pula cicah dengan "garlic bread".

Aku order Big Box Pizza hari itu memandangkan dalam satu kotak itu semua jenis menu kesukaan anak-anak ada; ada 2 bekas sup cendawan, garlic bread, 1 pizza sederhana, 6 ketul kepak ayam, 1 set spaghetti bolognaise. Lepas itu aku tambah lagi 2 bekas sup cendawan, roti garlic bread dan 1 pizza saiz sederhana. Maklumlah risau budak-budak ni berebut, jadi mari kita lebihkan dari menangis sebab tak cukup makan kan:) Sekarang ini aku suka amalkan sistem "reward diri dan anak-anak" supaya mereka nanti akan dengar cakap bila aku terpaksa menjaga mereka sorang-sorang. Maklumlah, masa ni en suami takde jadi untuk menjadikan mereka lebih dengar cakap, kenalah bagi mereka sesuatu kan? :)

Alhamdulillah, sampai ke petang juga budak-budak ni dok ulang makan. Tapi akhirnya mama tewas juga kena masak memandangkan en suami akan tiba dari Vietnam pada malam tu. Aku hanya sediakan gulai ikan masin bersama nenas dan juga sambal udang. Walaupun makan agak lewat kerana menunggu en suami sampai dalam pukul 9 malam juga, tapi licin je en suami makan. Hi hi hi Misi menggemukkan suami sentiasa berjaya :)

Oklah, sehingga di sini sahaja coretan aku. Sekarang ini agak sibuk menguruskan bisnes bulan puasa. Alhamdulillah pencarian ejen sudah ditutup dan tempahan untuk nasi arab dan sambal kentang sentiasa dibuka.

Laluan iklan :


Dapatkan pelbagai set butang baju Melayu untuk hari raya nanti. Berminat untuk menjadi ejen jualannya?
Boleh hubungi Pn Nazariah melalui emailnya : nazariah_awang@yahoo.com

Bagi mereka yang ingin mengiklankan produk jualan, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Terima kasih.

2 ulasan:

tifaanvar berkata...

set combo pizza ni ade utk delivery saje ke?

Iela Fazielah berkata...

serisu..sgt sedap.. ila dah mkn dah... kenyang smapai santak perut

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^