Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 12 Mei 2014

Penangan Nasi Arab Lagi ; Ejen Nasi Arab Shah Alam

Assalamualaikum,

Aduh mahu pengsan rasanya! Sibuknya ambo sekarang ini hinggakan nak update blog pun sudah semput. Maafkan daku duhai pembaca setia (eh! ada ke pembacanya?). Alhamdulillah, sejak bulan lepas tempahan pes segera nasi arab ini semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Hinggakan stok masuk dalam masa satu hari aje sudah habis. Hi hi hi Stok dalam 50 kotak aje, bukannya ratus-ratus tapi syukur pada Allah, sejak aku nekad untuk memulakan bisnes jualan pes nasi arab ini, 130 kotak sudah terjual tak sampai dalam tempoh sebulan pun :)

Terima kasih pada ejen-ejen sekitar Malaya yang tak henti-henti melakukan promosi. Inilah dinamakan keberkatan, sama-sama merasa akan hasilnya :)


Gambar sesi penghantaran hari Sabtu yang lepas. Alhamdulillah ada sebahagian sudah pun menerima tempahan masing-masing. Kalau tempahan dalam 1-4 kotak aku akan menggunakan khidmat Poslaju Malaysia tetapi sekiranya lebih, semua akan dihantar menggunakan khidmat Citylink bagi menjimatkan kos penghantaran. Ada juga yang minta untuk COD (cash on delivery) tapi bergantung kepada temapahan juga. Sekiranya banyak (melebihi 10 kotak) aku boleh hantarkan tetapi jika kurang baik guna POslaju atau Citylink sahaja kerana ianya lebih menjimatkan kedua pihak. Maklumlah kalau hanya nak hantar sekotak ke sekitar Bangi. Tol sahaja dari Shah Alam ke Bangi dah cecah RM10 pergi dan balik, itu belum masuk duit minyak kereta estima lagi. Jadi, jom gunakan khidmat Poslaju sahaja di mana setiap penghantaran bawah 500gm hanya RM7 sahaja :)

Oklah, laluan iklan yaaaa ;-


Promosi MRS sempena hari ibu dan juga hari guru/ Memang jimat lagi menjimatkan. Bagi yang bermiant untuk tempahan boleh hubungi :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Gudang Barangan Sunnah & Produk Muslim Online

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^