Assalamualaikum,
Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah masuk hari ke 6 aku puasa ganti. Mula-mula agak risau juga takut pengsan mahupun pitam tapi sebenarnya itu hanya imaginasi aku sahaja. Ha ha ha
Alhamdulillah walaupun banyak kali juga tidak sedar sahur tetapi masih boleh bertahan lagi. Syaratnya, malam sebelum puasa itu aku kena minum 2 sudu jus kurma dan minum air masak banyak-banyak. Masa berbuka memang tak lalu sangat nak makan nasi tapi kalau minum air jangan cakaplah, sejag teh O suam itu ana yang punya :)
Masak untuk berbuka pun hanya yang ringkas-ringkas sahaja memandangkan keadaan diri yang "malas" untuk berada lama-lama di dapur. Jom tengok apa yang aku masak beberapa hari yang lepas;-
Ikan cencaru goreng sumbat sambal kelapa; boleh cari dalam blog ini resepinya aku pernah kongsikan dulu. Kalau ada ikan cencaru besar segar-segar, best sangat masak macam ni; nak goreng pun boleh nak bakar pon boleh:)
Seperti tertulis di pinggan ; Pinggan Pemakanan Sihat. Sayur air je pun tapi makan dengan nasi putih dan ikan goreng pun dah boleh naik selera. Aku masukkan bebola ikan dalam sayur supaya anak-anak suka.
Teh O lemon suam memang pembuka selera. Memang setiap hari inilah air pilihan aku untuk berbuka. Jangan tak percaya mak buyong yang habiskan semua ni :)
Kangkung goreng bersama ikan masin. Sedapnya bila diingat kembali, pedas dan masin. Ratah macam tu pun dah sedap!
Oklah, ini sahaja gambar makanan yang aku sempat ambil. Semua gambar diambil dengan menggunakan kamera telefon Samsung S5. Lawa kan? Nampak jelas macam kamera DSLR, padahal yang ni tak edit apa-apa pun.
Tak lama lagi sudah mahu puasa, dah habis ganti ke kawan-kawan semua?? Bye!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
3 ulasan:
sedapnya makanan... masak sendiri ke... waaa... jemput la visit saya punya blog...tq.. http://ainzakiahzaki.blogspot.com/
sedapnya masakan2 zaila ni :)
kecur air liur dah tngk makanan ni. Nsb baik blm posa lagi
Catat Ulasan