Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 24 Julai 2014

Memperkenalkan Puteri Kami : Nur Aaliyah Hafizah

Assalamualaikum,

Wah, lamanya tidak menulis di sini. Alhamdulillah, sebenarnya mahu kongsikan berita gembira yang sudah basi kerana sudah 3 minggu dahpun aku selamat melahirkan seorang lagi permata hati keluarga kami iaitu bayi perempuan yang kami namakannya Nur Aaliyah Hafizah.

Kelahiran anak ke-5 ini secara normal pada petang Jumaat 4hb Julai 2014 bersamaan dengan 6 Ramadan 1435H. Kalau ikutkan EDD sebenar adalah pada 17/7 tapi disebabkan kandungan aku mengalami masalah air ketuban yang berkurangan, maka Dr Siti menasihatkan aku supaya bersalin awal memandangkan baby sudahpun cukup matang dan bersedia untuk dilahirkan. Maka, tepat jam 4.12 petang, lahirlah bayi perempuan seberat 2.5kg disambut oleh Dr. Siti Mariam dan ditemani oleh en suami.

Alhamdulillah, lega rasanya :)




Muka masa baru keluar. Nampak macam besar tapi sebenarnya kecil je tuannya. Sudahlah kecil, ada jaundice pula tu T___T"

Oklah, nanti sambung balik, selamat berhari raya buat semua. Ampun maaf jika ada salah dan silap sepanjang aku berblog ini. Pada yang sudah bertolak pulang ke kampung halaman, hati-hati bila memandu!

Bye

4 ulasan:

muna mahdzar-fadaaq berkata...

Tahniah!
Your baby is so cute, alhamdulillah.
xoxo

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Zaila! Terlampau banyak berita sedih sejak kebelakangan ini, happy bila baca your wonderful announcement. Very cute baby girl! Selamat Hari Raya buat Zaila sekeluarga dari akak di England.

AziE berkata...

Tahniah Zaila. Selamat Hari Raya juga.

Tanpa Nama berkata...

tahniah sis. Pttlah dh lama x hapdate blog. Welcome new baby

tifaanvar

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^