Friday, August 22, 2014

Tips Memilih Stroller : Beruntung Aaliyah Dapat Kereta Baru

Assalamualaikum,

Kami ni walau sudah ada 5 orang anak (alhamdulillah) tapi setiapkali terima kedatangan orang baru, ada sahaja barang yang kena beli. Maklumlah, kadang-kadang barang baby yang dah lama tidak digunakan akan mula rosak dan kotor. Jadi, macam kasihan pula nak bagi si kecil guna. Hujung minggu yang lepas, kami berjaya (yeay!) keluar ke shopping mall Subang Parade hanya semata-mata mahu belikan stroller untuk Aaliyah. Sambil-sambil itu, cari juga car seat yang berpatutan kerana car seat lama sudah pun lunyai dikerjakan abang-abang Aaliyah.

Ingat tak entri yang pernah aku kongsikan dulu? Klik sini >> Tips Memilih Stroller, masa tu kami belikan stroller jenama Sweet Cherry yang bertayar 3 pada Ashraf. Komen aku, stroller ini tidak mesra ruang, sangat berat dan susah untuk buka dan lipat (sampai sekarang pun rasanya aku masih belum dapat melipat stroller ini tanpa bantuan en suami). Harganya boleh tahan juga iaitu sekitar RM300. Sekarang ini stroller itu masih ada lagi di rumah cuma keadaannya yang kotor (habuk dan tahi cicak) membuatkan kami memutuskan untuk membeli yang baru sahaja buat Aaliyah (ini kes aku malas nak basuhlah ni :P)

Mula-mula kami ke butik Mothercare, stroller dari jenama Mc Larren (ke macamana ejaannya) memang ada sale cuma harga selepas potongan pun masih cecah ribu-ribu (kalau tak silap paling murah pun berharga RM700 tapi corak designnya sangat-sangat simple) dan jenama Mothercare ada juga yang berharga sekitar RM300 ke RM400. Aku berkenan juga tetapi en suami yang kurang berkenan. Maklumlah en suami ini sangat cerewet dalam pemilihan barangan terutamanya tentang harga. HAHAHA :P

Jadi kami ke Parkson dan alhamdulillah jumpa stroller ini jenama Mother Love ke apa namanya. Yang bagusnya sekarang ini tengah sale dari harga RM700+ ke RM500+ dan paling best bila didatangkan sekali dengan car seat. Alhamdulillah, setel 2 perkara. Tak payah susah-susah nak fikir dah :)


Bahagian car seat depan tu boleh dibuka dan diletakkan ke dalam kereta. Warna yang ada hanya warna merah sahaja tapi ok lah kan, sesuai untuk anak perempuan gittew :) Jenama ini katanya dari Paris tapi kilang di China (biasa lah tu!)


Terus letak Aaliyah dalam tu. Ya Allah lega rasanya sebab sekarang ini minah ini dah cecah berat 4.2kg (semalam timbang di hospital). Mana tak tercabut lengan mama dia nak dukung, sudahlah baby carrier tak ada (eh semua tak ada!). Selesai buat bayaran terus bergegas pulang.

Minggu selepas itu kami ke Subang Parade sekali lagi untuk beli baju anak-anak. Sebenarnya nak habiskan kupon RM50 yang dapat masa beli stroller tempoh hari. Yang kelakarnya, masing-masing tak tahu cara nak buka balik stroller tersebut. Maka berangkutlah kami ke bahagian stroller Parkson untuk cari adik jurujual tersebut. Manual ada tapi tak faham. HAHAHA Sejak dah ada anak 5 ni otak makin lembablah pula nak terjemahkan gambarajah :P

Alang-alang berada di sana, sempatlah belikan anak-anak baju. Bertuahlah korang ya, semua dapat bahagian masing-masing. Mama aje yang tak dapat sebab masa tu Parkson dah nak tutup. T___T"


Gigih en suami memilihkan selipar untuk anak kesayangannya :)


Seorang tolak stroller seorang tolak troli. Macam inilah kami kalau keluar membeli-belah, terpaksa gunakan bantuan troli untuk letakkan Azzam. Kadang-kadang Ashraf pun letak dalam troli sebab risau dia lari sana sini.


Kebelakangan ini risau betul dengan berita kehilangan dan penculikan kanak-kanak. Hari itu tajuk Wanita Hari Ini pun ada menyentuh tentang berita kehilangan kanak-kanak yang semakin meningkat tahun ini. Jadi mak ayah zaman sekarang memang tidak boleh lalai walau sesaat pun. Kami yang anak 5 ini memang fobia sangat-sangat bila keluar membeli-belah, maklumlah anak-anak aku ini memang terlampau aktif dan jenis suka berlari entah ke mana-mana. Mama dia selalu aje menyinga dalam pasaraya tu, sebab itu paling lama kami boleh bertahan hanya 2 jam sahaja. Itupun hanya pergi dan tuju bahagian yang nak beli sahaja dan terus pulang. Sedih kan?

Oklah, sambung lagi. Mood berblog memang ada tapi masa aje yang tak cukup. Hu hu hu Maafkan daku ya. Nak menulis perkongsian pengalaman berniaga di bulan puasa pun masih belum siap-siap lagi. Doakan semoga lepas ini lebih pandai menguruskan masa. Maklumlah ada anak kecil ini jadual sudah tidak sama macam dulu.

Bye!

1 comment:

mummY daniSha said...

huhuuu...akak...pejam celik dah 5 anak akak....macam cepat je rase....huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015