Tuesday, September 2, 2014

Pendaftaran Tahun 1 2015 Sekolah Anak

Assalamualaikum,

Hari ini mendapat perkhabaran gembira yang Husna berjaya mendapat tempat di sekolah Haziq. Itupun setelah dibuat rayuan. Hu hu hu. Tahun ini memang banyak sungguh dugaan buat kami sekeluarga tapi Alhamdulillah, berkat doa yang berterusan, Husna akhirnya diterima juga di sekolah tersebut.

Alhamdulillah, memang kami gembira sangat-sangat sebabnya bila Husna satu sekolah dengan Haziq, takde lah kami pening kepala nak cari sekolah lain untuk Husna. Lagipun, memang sudah terlambat untuk daftarkan Husna ke sekolah kebangsaan kerana dari tahun lepas lagi kami tidak mendaftarkan Husna secara "online" untuk kemasukan ke sekolah kebangsaan yang terdekat. Syukur ya Allah, lepas ini abang Haziq pun mesti akan bertambah semangat untuk ke sekolah kerana sudah ada geng untuk pergi sekolah :) Harapnya Husna bolehlah jaga abang dia dengan baik (bukan abang yang jaga adik) HAHA :))


Gambar kenangan semasa hari ujian kelayakan untuk masuk sekolah. Difahamkan lebih daripada 400 pelajar yang datang mengambil ujian dan hanya separuh sahaja yang diambil. Memang sewaktu ujian diadakan aku ada juga curi-curi intai Husna, ternyata macam tak boleh jawab je T___T

Sebab itu bila keputusan keluar nama Husna tidak ada kami redha. Sebelum pulang beraya aku cepat-cepat tulis surat rayuan dan bagi beberapa alasan kenapa Husna patut bersekolah di situ dan Alhamdulillah akhirnya hari ini impian kami menjadi kenyataan. Syukur ya Allah, walaupun hanya sekadar panggilan kedua tapi ini amat bermakna bagi kami.


Semoga anak-anak kami akan menjadi generasi yang soleh dan solehah. Zaman sekarang memang risau sangat-sangat dengan gejala-gejala yang tak elok di sekolah mahupun di luar sekolah. Tapi sebagai ibubapa memang kita tidak boleh nak harapkan 100% tanggungjawab mengajar anak-anak kepada guru sekolah sahaja. Bagi kami, ini yang termampu kami bagi pada anak-anak iaitu menyediakan persekitaran sekolah yang baik buat mereka. Selebihnya kami hanya mampu berdoa pada Allah semoga anak-anak kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan seterusnya berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 buat seluruh rakyat Malaysia. Malam tadi kami baru aje balik bercuti dari kampung. Alhamdulillah walaupun hanya balik sekejap sahaja tapi cukuplah untuk menggembirakan hati anak-anak. Dapat bertemu dengan Tok Ayah, mok dan Mok Na membuatkan anak-anak tak sabar untuk pulang lagi ke kampung halaman pada cuti sekolah nanti. Insya Allah

Ok lah, bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015