Wednesday, September 3, 2014

Hasil Berblog

 Assalamualaikum,

Tahun ini sudah masuk 5 tahun aku berblog. Seingat aku, blog ini dibina pada awal tahun 2009 dan blog ini mengisahkan tentang kehidupan aku dan bisnes aku. Pada yang mengikuti blog aku mungkin akan tahu yang dulu-dulu sewaktu mula-mula berpindah ke rumah kami, aku suka kongsikan gambar deko rumah aku yang tak seberapa ini. Memang tidak layak untuk masuk ke dalam majalah Impiana mahupun mana-mana majalah tapi dah memang perangai aku yang suka berkongsi idea dan tips deko rumah. TAAAPIIII itu dulu lah, di mana anak-anak aku masih dua orang (senang nak jaga). Sekarang ini?? Nak tengok rumah sendiri pun rasa macam tak nak sebabnya terlalu bersepah dan tak terurus! T_____T"

Tak sangka pula malam tadi aku terima email seperti di bawah ini :



Teruja sangat-sangat! Terus aku jawab "YES" tanpa berfikir panjang. Sekali bila dapat email balas dari Helen ini, mak aih..banyak benar soal jawab yang nak kena buat. Terus angin malas aku datang:P
Tapi kan, lepas aje masuk baca di sini : ikeafamilylivemagazine.com/my terus teruja balik. Bayangkan kalau rumah aku yang dipilih untuk dimasukkan di dalam slot majalah ini? Tak ke glemer rumah Che Senah walaupun hakikatnya keadaan rumah dah macam hazabedah!

Apa yang aku mahu utarakan (wah! ayat) atau dalam erti kata lainnya "highlight"kan di sini yang jangan malas untuk berblog kerana dari blog kita mungkin akan dikenali oleh seluruh dunia (siapa tahu kan?). Dengan blog juga kita senang untuk dijejaki juga. Yang penting jangan malas untuk kemaskini (update) entri dan jangan lupa untuk sentiasa positif dan berkongsi tanpa mengharapkan balasan. Memang awal-awal kita tidak akan dikenali tapi berkat usaha tanpa mengenal penat jemu aku yakin insya Allah suatu hari nanti nama kita akan disebut-sebut juga.

Oh, kat bawah ini email dari team Zalora :


Tapi lepas aku balas diorang senyaplah pula. Takpelah, kalau diorang tak nak kita jangan paksa. Yang penting aku suka kongsikan dengan pembaca blog aku apa yang aku suka dan apa perkara yang membuatkan aku bahagia.

Macam sekarang, sebagai seorang surirumah yang mempunyai 5 orang anak, sudah pastilah blog aku berkisar mengenai kehidupan aku dan anak-anak, apa yang aku suka lakukan (sudah semestinya berniaga online dan mengajar online di ABDR), masakan, tempat menarik yang kami telah pergi dan apa jua aktiviti kekeluargaan yang kami lakukan bersama ahli keluarga yang lain memang aku suka kongsikan di dalam blog ini.

Alhamdulillah terima kasih buat mereka yang sudi ikuti blog aku dan baca kisah aku yang tak seberapa ini. Jika mahu tahu lebih lanjut tentang panduan untuk berniaga offline dan online khas buat surirumah boleh ikuti blog ini : www.zailamohamad.blogspot.com. Insya Allah di sini aku akan kongsikan tips-tips dan panduan yang aku buat sepanjang berniaga online mahupun secara offline.

Pada mereka yang meninggalkan komen di blog ini, ampun dan maaf jika aku tidak berkesempatan untuk membalas setiap komen. Insya Allah jika ada masa, aku akan balas setiap darinya. Terima kasih diucapkan kerana sudi untuk baca dan "follow" blog aku yang tidak seberapa ini :)

Akhir kata, buat semua ingatlah kata-kata ini "USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN"!! Eh!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015