Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 28 Januari 2015

Pascabanjir Di Kg Karangan, Kuala Krai

Assalamualaikum,

Sebenarnya Jumaat yang lepas aku sekeluarga balik ke kampung. Kali ini en suami yang ajak, siap mohon cuti lagi. Bukan selalu en suami nak bercuti dengan kerelaan hati jadis ebagai isteri yang solehah memahami, mohler kita ikut balik sekali. Siap memontengkan anak-anak 2 hari lagi. Memanglah tak elok tapi awal tahun takpe kan? *alasan*

Tujuan utama adalah untuk melihat sendiri kesan pascabanjir di kampung pengasuh kami. Kesian juga pada Aini, sejak berlakunya banjir memang tak dapat nak balik ke kampung. Awal-awal dapat tahu, menangis juga lah dia minta nak balik hantar pakaian kepada keluarganya di kampung. Itupun setelah mendapat perkhabaran dari keluarganya yang rumah mereka agak teruk juga terkena tempias banjir. Tapi mendengar adalah tidak sama dengan melihat dengan mata kepala sendiri kan?

Pagi Jumaat kami bertolak sebelum subuh lagi dan berhenti solat subuh di Petronas Gombak. Selepas itu perjalanan diteruskan sehingga pukul 11 pagi kami dah sampai di Gua Musang dan singgah di rumah ibubapa mertua adik en suami iaitu di Paloh, Gua Musang. Selepas solat Jumaat kami konvoi 2 kereta memasuki ke Kampung Karangan melalui jalan Simpang Lakloh. Sebaik sahaja masuk ke dalam jalan kampung hati tersentuh, memang teruk sangat kerosakan harta benda yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya mampu melihat dan mengalirkan air mata sahaja, semoga Allah membalas segala ujian kesabaran penduduk di sini dengan setinggi-tinggi ganjaran :(

Sejak mengambil Aini tinggal dengan kami, sudah 2 kali kami sekeluarga ke rumah Aini di sini. Allahu akbar, suasana benar-benar berubah. Jika sebelumnya, keliling rumah Aini dipenuhi dengan pokok menghijau tapi kini yang tinggal hanya debu-debu dan selut kekuningan. Rumah Aini berhadapan dengan jalan, jadi memang berdebu sangat-sangat (bukan sikit tapi banyak), setiapkali kereta pacuan 4 roda melalui kawasan depan rumahnya maka habuk-habuk akan berterbangan. Allah! Sungguh aku tak dapat nak bayangkan jika aku yang berada di situ bersama anak-anak. Mak Aini sudah beberapa hari demam lantaran cuaca yang kering dan berhabuk.

Meluangkan masa selama hampir sejam berada di situ cukup membuatkan hati aku tersentuh dan sebenarnya lebih terpegun dengan kekuatan mereka. Sedikit pun tidak ada rasa sedih atau kata-kata marah atau menyalahkan sesiapa. Tak reti nak bagitahu macamana tapi memang aku kagum dengan ketabahan mak ayah Aini. Tambah-tambah ayah Aini yang begitu suka membuat lawak. Kami dijamu dengan air milo dan makanan dari bantuan banjir. Terasa di situ kami pula adalah mangsa banjir dan mereka adalah penderma. He he he

Tabahnya mereka, pengalaman banjir kali ini diceritakan kepada kami. Betapa banyak kemusnahan harta benda di rumah mereka yang tak punya apa. Allah, aku tertampar lagi. Sebenarnya kami datang tak bawa apa-apa kerana sepanjang perjalanan tidak berjumpa kedai yang sesuai untuk beli makanan / minuman. Malunya aku;(

Aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil dari telefon S5. Itupun hanya ambil dari dalam kereta. Keadaan di sana memang sangat-sangat berhabuk dan dipenuhi dengan debu selut yang berterbangan. Ya Allah, semoga nanti KAU hantarkanlah hujan agar dapat membasahi dan mencucikan rumah mereka.


Ini sebelah rumah Aini, dulunya dipenuhi pokok kini sudah berubah wajah.



Kami nampak banyak perkakas rumah berada di atas pokok. Gambar ini diambil di hadapan rumah Aini di mana raga plastik berada di atas pokok. Ayah Aini sempat bergurau dengan kami "Mak Aini basuh kain atas pokok" Nak tergelak ada nak menangis pun ada :(



Inilah rupa rumah Aini pandangan tepi. Kalau tak silap, rancangan Halaqah Sabtu ini ada menyiarkan kesan pascabanjir di sini. Jangan lupa saksikannya ya. Rumah Aini yang bahagian belakang (kayu) runtuh dan jika tahun-tahun sebelumnya jika banjir, mereka akan mengangkut barang-barang ke atas loteng di situ. Tapi siapa sangka banjir tahun 2014 menyaksikan rumah itu pecah dan runtuh dibawa arus deras Sungai Kelantan yang ada di belakang rumah mereka.



Gambar-gambar di bawah adalah sepanjang jalan dari Kg Lakloh masuk terus ke Kg Karangan. Jika dulu, kampung-kampung ini tidak pernah aku ketahui sejarah kewujudan mereka di dalam peta negeri Kelantan tapi kini, aku sudah tahu di mana lokasi mereka. Semua ini rezeki dari Allah. Kami tak pernah terfikir untuk mengambil Aini tinggal bersama dengan kami tapi aku percaya segala apa yang berlaku ianya semua di atas perancangan YANG MAHA KUASA. Terima kasih juga kepada Kak Na yang menjadi orang tengah yang menghubungkan antara kami dan keluarga Aini.










Hati ini menangis kerana kami tak mampu melakukan apa-apa. Apalah daya kami, kalau boleh nak bantu semua tapi terus terang kami tak mampu. Hampir seluruh rumah penduduk kampung di sini runtuh dan ada yang tinggal di dalam khemah. Memang tak boleh nak bayangkan bagaimana mereka mengharungi hari-hari yang mendatang di mana sejuknya waktu malam dan panasnya waktu tengahari. Allahu akbar :(

Petang itu kami meneruskan perjalanan balik ke Tumpat. Memang sepanjang perjalanan boleh nampak rumah-rumah yang pecah, ada yang tiang di sini tapi rangka rumah di sana. Macam-macam kesan pascabanjir yang menyayat hati. Betapa bersyukurnya kerana menjadi insan yang terselamat tapi betapa malunya untuk mengeluh dengan kekurangan hidup kerana sebenarnya mereka lebih diuji jauh teruk dari apa yang kita rasa kita diuji :( Nanti aku kongsikan lagi gambar sekitar di Kampung Manjor yang teruk terjejas. Kami hanya mampu menolong sekadar yang mampu sahaja. Selebihnya hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah. Semoga mereka tabah menghadapi hari-hari yang mendatang, semoga mereka selamat dan semoga ujian ini merapatkan lagi mereka kepada Sang Pencipta.

Maghrib kami masih lagi di Kuala Krai, kami teruskan perjalanan dan apa yang aku perhatikan setiap masjid atau surau di Kelantan sangat meriah dengan tetamu. Bagusnya ujian ini membawa mereka lebih rapat lagi ke masjid. Ada ramai juga sukarelawan yang memilih untuk menumpang di masjid dan surau. Sekali lagi hati aku menangis kerana tak mampu untuk menjadi seperti sukarelawan yang datang jauh-jauh demi untuk membantu rakyat Kelantan. Ya Allah, baik hatinya mereka, datang dengan semangat yang tinggi untuk menolong. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik mereka ini.

Semoga apa yang berlaku di Kelantan ini menjadi pengajaran buat kita semua. Segala apa yang kita miliki semuanya milik Allah dan segala apa kerosakan yang berlaku di atas muka bumi juga adalah berpunca dari tangan-tangan kita juga. Wallahu a'lam.

Assalamualaikum & bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^