Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 29 Januari 2015

Pascabanjir di Kg Manjor, Kuala Krai

 Assalamualaikum,

Sambungan lagi dari entri semalam. Di sini aku kongsikan gambar-gambar pascabanjir sekitar Kampung Manjor, Kuala Krai pula. Untuk pengetahuan, kampung ini adalah antara kampung yang paling terjejas teruk kesan dilanda arus deras air dari Sungai Kelantan pada banjir yang lepas.

Pertama sekali, gambar ini diambil dari dalam kenderaan kami dan ampun maaf andai terdapat gambar rumah pembaca blog aku ke yang terlibat sama. Sekadar berkongsikan gambar keadaan di sana. Semoga Allah menggantikan kerosakan ini dengan benda yang lebih baik lagi kepada mangsa-mangsa banjir semua. Aamin.


Ini adalah hadapan rumah Aini. Siapa Aini? Sila baca entri sebelumnya ya ;) Kami terus melalui jalan naik ke atas sana melalui jalan-jalan berdebu untuk masuk ke Kampung Manjor.


Kalau dulu aku tak pernah tahu ada sungai di belakang rumah Aini, tapi selepas kejadian banjir ini boleh nampak dah sungai yang berada betul-betul di belakang rumah Aini.

Masuk sahaja Kampung Manjor, boleh lihat kesan-kesan pascabanjir ibarat selepas dilanda tsunami. Kereta-kereta banyak yang terdampar pecah dan dipenuhi debu ;(


Gambar di bawah ini bukan ikut susunan ya. Aku hanya masukkan ikut rawak sahaja, tak larat nak susun dan tak mampu nak tengok lama-lama juga. Gambar yang diambil ini hanya menggambarkan sedikit sahaja dari apa yang betul berlaku di sana. Semoga mangsa-mangsa tabah, aku tengok ramai mangsa menjalani kehidupan seperti biasa dan kebanyakannya sedang sibuk membersihkan rumah dan harta benda masing-masing. Ada juga para sukarelawan yang menolong penduduk kampung mendirikan rumah baru dan ada juga yang menolong mereka membasuh kediaman yang teruk terjejas diliputi selut yang tebal ;(


Anak-anak mangsa di sini pakat duduk di tepian jalan dan sekiranya ada kereta mereka akan melambai-lambai. Maafkan kami dik, kami tidak bawa bekalan makanan kepada kamu. Tapi jangan risau, bekalan makanan untuk mangsa-mangsa banjir setakat yang aku perhatikan di rumah Aini dan kakak ipar memang mencukupi. Sekarang ini mereka memerlukan bantuan kewangan untuk membeli / membaiki perkakas elektrik yang rosak dan membina semula kediaman mereka. Ya Allah, semoga makin ramai dermawan yang akan terus-terus membantu mereka.













Bertuah mereka yang dipilih Allah untuk menerima ujian ini. Semoga dengan ujian dan musibah ini akan merapatkan lagi hubungan dengan Sang Pencipta. Bagi kita yang tidak terkena tempias banjir, ini adalah masa untuk muhasabah diri juga. Jika kita rasa kita susah, sebenarnya ada lebih ramai lagi yang JAAAAAAAUUUUUUUUH lebih susah dari kita. Sebolehnya janganlah selalu mencipta alasan atau menjadi orang-orang yang gagal untuk berubah. Gagal untuk merubah diri ke arah menjadi insan yang lebih baik. Kata-kata ini aku tujukan kepada diri aku juga ya.

Kami pulang ke Shah Alam pada hari Isnin yang lepas, sebelum meneruskan perjalanan aku berhenti singgah ke Manek Urai rumah kakak ipar dan sempat melihat keadaan di Manek Urai Lama di mana rumah saudara mara en suami ada yang teruk terjejas juga. Kami sampaikan bantuan yang hanya mampu kami berikan iaitu sedikit bantal, selimut, tuala, tikar dan sedikit wang. Saat itu hati menangis kerana tidak mampu untuk menolong semua mangsa banjir yang menunggu di tepi jalan di dalam khemah :(

Untuk keluarga Aini kami belikan seekor ayam dan sedikit sayuran hijau. Tapi lupa pula yang peti ais rumah mereka masih belum ada dan yang ada pun masih belum dibersihkan lagi. Harap-harapnya mereka dapatlah masak dan habiskan semua. Tak tahulah bila pula kami boleh balik ke kampung lagi.

Oklah, bagi yang berkemampuan, jangan lupa hulurkan sumbangan kepada badan-badan NGO mahupun mereka yang dipercayai. Sehingga bertemu lagi. Semoga kita semua disayang Allah :)

1 ulasan:

Tie HT berkata...

simpati sangat dengan mangsa banjir,
moga Allah tabahkan hati dan dimurahkan rezki

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^