BAKAL TERBIT MAC INI
Assalamualaikum,
Bismillah & alhamdulillah. Sempena dengan hari Jumaat penuh keberkatan ini, aku umumkan di sini kegembiraan aku kerana insya Allah ebook sulung yang akan mengandungi perkongsian pengalaman aku selama hampir 6 tahun berniaga online & offline serta hampir 3 tahun juga menyandang gelaran surirumah bakal terbit di pasaran peminat ebook.
Bagi yang mengikuti blog aku pasti tahu yang aku seorang yang suka berniaga. Sejak menceburkan diri menjadi blogger pada tahun 2009, aku sudah mula berjinak-jinak menjual tudung dan kain ela melalui online. Pelbagai pahit manis pengalaman berbisnes telah aku harungi sehingga lah pada tahun 2012 aku memutuskan untuk melepaskan kerjaya demi anak-anak dan keluarga. Menjadi surirumah bukanlah kerjaya yang pernah terlintas di fikiran aku tetapi sesungguhnya perjalanan hidup ini sudah Allah aturkan begitu cantik sekali.
Bermula dengan dunia blog aku menemui blog Pn. Masayu, kemudian mendapat buku "Jana RM dari Rumah" dan kemudian saat aku berhenti kerja dan buntu kerana masih tiada pendapatan sampingan, Pn Masayu mengajak aku bersama-sama jemaah surirumah online yang lain berniaga bersama. Alhamdulillah, selepas itu dengan tertubuhnya Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) sedikit sebanyak banyak merubah kehidupan aku sebagai seorang surirumah yang asalnya tidak punya pendapatan sampingan yang tetap.
Kini setelah hampir 3 tahun bergelar surirumah yang bekerja dari rumah, telah banyak perubahan positif yang aku nampak di dalam diri. Jadual harian semakin terisi dengan pelbagai aktiviti dan yang penting kini walaupun berada di rumah aku boleh menjana pendapatan sendiri secara konsisten setiap bulan (iya selagi berusaha sudah pasti akan ada rezekinya). Berapa angkanya? Biarlah aku sahaja yang tahu tapi ianya sekadar angka sahaja kerana apa yang bagusnya adalah aku tidak perlu keluar rumah seawal pagi dan bersesak-sesak di dalam traffic jem (aku seorang yang penakut untuk memandu namun sekiranya terpaksa kena memandu juga) dan percaya atau tidak aku seorang yang pemalas untuk keluar bekerja. He he he
Alhamdulillah Allah berikan aku peluang untuk berada di rumah bersama anak-anak. Melakukan kerja rumah, menjaga anak, memarahi anak dan menguruskan rumahtangga sendiri. Oh! sekarang ini ditambah lagi dengan kehadiran Aini yang sedikit sebanyak banyak memudahkan urusan kerja aku juga. Syukur ya Allah, semua ini adalah nikmat yang tak pernah aku terlintas aku akan dapat. Saat aku menghantar surat perletakan jawatan, apa yang aku fikir hanya mahu menjaga anak "bongsu" aku si Ashraf sendiri sahaja. Serik dengan pelbagai dugaan anak sakit, anak masuk hospital, taska cuti taska tak cukup pekerja dan macam-macam lagi. CUKUP!!! Hanya di situ sahaja.
Kini, syukur atas nikmat Allah, walau masih belum kaya raya duduk goyang kaki dalam rumah banglo 5 tingkat, aku bahagia bersama suami dan anak-anak. Semoga kebahagiaan ini berkekalan dan percaya atau tidak, kita kena lah berusaha untuk mencari kebahagian dan mendapatkannya. Kalau tak ada duit pun tak akan bahagia, cinta zaman sekarang tidak akan tersemai hanya dengan perkataan "I LOVE YOU SAHAJA" Cinta zaman sekarang memerlukan wang ringgit demi membeli sebuah rumah yang selesa, pendidikan yang terbaik buat anak-anak.
Justeru itu, aku menulis perkongsian kisah hidup aku bagaimana aku berniaga melalui online dan offline tanpa perlu keluar rumah. Tanpa perlu bersusah-susah mengangkut anak-anak atau meninggalkan mereka kepada pengasuh. Semua nya akan menjadi mudah sekiranya kita mahu berusaha. Sekali lagi "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES"
========================================================================
Pendaftaran Kelas Asas Blog Bisnes dan juga instagram masih dibuka.
Bersama Cikgu Aishah Hussein dan Zaila Mohamad dari Akademi Bekerja di Rumah
pada 7 Mac 2015 di Seksyen 16, Shah Alam.
Kelas untuk grup kecil (10 max).
Tinggal 8 tempat sahaja lagi.
2 ulasan:
Tahniah Kak Zaila!!!!
Tahniah Zaila! Akak tumpang gembira all the way from England!
Catat Ulasan