Assalamualaikum,
Wah! Sejak ada periuk Noxxa makin galak Che La kita update entri resepi ya? Jangan jeles ya sebabnya aku ni tergolong dalam golongan yang pemalas nak memasak tapi apakan daya setiap hari terpaksa memasak :P Jadi, sejak ada periuk ajaib yang serba memudahkan kerja ni, maka tahap kerajinan tu bertambahlah sedikit ya. Nak-nak bila ada group Whats App yang berkongsikan resepi yang macam-macam. Antara nak buat dengan tak nak aje.
Kali ini aku kongsikan resepi mudah (bagi aku lah). Terima kasih kepada kawan dalam group Whats App yang sudi berkongsikan resepinya.
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 1 1/2 cawan air atau susu segar (aku gunakan susu segar)
- 1 biji telur
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk penaik
- sedikit pewarna kuning
Untuk inti
- kacang tanah kisar
- jagung dalam tin
- gula
- mentega
Cara-caranya :
Kisar semua bahan di atas (kecuali yang inti tu). Kemudian tuangkan ke dalam periuk Noxxa dan setkan mod stim selama 2 / 3 minit. Jangan tuang banyak sangat sebab nanti tebal sangat. Bila dah berbunyi tu angkat tutup dan masukkan jagung, gula, kacang tanah dan mentega. Kalau masih belum masak sambung stim lagi. Bila dah puas hati baru lipatkan dan angkat.
Aku tak boleh nak bagitahu masa stim yang tepat kerana ianya bergantung pada ketebalan adunan yang kita tuang tu juga. Untuk adunan di atas boleh dapat dalam 2 atau 3 keping bergantung kepada tahap tebal atau nipis apam balik tersebut.
Sekian sahaja resepi mudah Kak La untuk kali ini. Jomler beli periuk Noxxa ini melalui Kak La ya. Kalau nak sertai kutu pun boleh nak beli tunai pun boleh. Dapat masuk sekali geng memasak guna periuk ajaib ini. Maka, makin rajinlah kita memasak ya *walaupun sebenarnya hangat-hangat tahi ayam sahaja*
Jika berminat sila emailkan pertanyaan ke zailamohamad@yahoo.com / zailamohamad@gmail.com atau SMS / WA ke 012-970 6828 :) TQ
Mahu daftar kelas beriklan di blog, fanpage & Instagram? Boleh klik pautan ini : Mengapa Perlu Sertai Kelas Asas Blog & Fanpage Serta Beriklan Di Instagram
Terima kasih & bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan