Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label ebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ebook. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mac 2015

Ada Apa Bulan April Ni?

Assalamualaikum,

Selain dari GST, bermula esok kami di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) akan melakukan promosi pakej ebook seperti berikut :


Harga sebenar : RM25 + RM30 + RM25 = RM80


Harga sebenar : RM25 + RM30 + RM50 = RM105

Jika berminat boleh dapatkan melalui :

Emel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Selamat menempuh era GST. Beringat dalam berbelanja :)

Isnin, 9 Mac 2015

Peluang Beriklan di Blog Ini


Assalamualaikum,

Kepada sesiapa yang ingin meletakkan iklan produk / servis / kedai online mahupun offline di blog ini, sila dapatkan ebook sulung aku "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES" pada harga RM25 dan aku akan membuat review / ulasan secara percuma dan diletakkan "entri melekat / teratas" selama 24 jam di blog ini.

Trafik blog ini melebihi 1500 kunjungan trafik pada setiap hari. Insya Allah, blog ini dan beberapa blog aku yang lain di sini juga merupakan tangga carian pertama carian Google & Bing. Untuk mendapatkan ebook ini boleh tempah di sini : BORANG TEMPAHAN atau Whats App ke 012-970 6828 sekarang!

Jumaat, 27 Februari 2015

Bakal Terbit : Ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes


BAKAL TERBIT MAC INI

Assalamualaikum,

Bismillah & alhamdulillah. Sempena dengan hari Jumaat penuh keberkatan ini, aku umumkan di sini kegembiraan aku kerana insya Allah ebook sulung yang akan mengandungi perkongsian pengalaman aku selama hampir 6 tahun berniaga online & offline serta hampir 3 tahun juga menyandang gelaran surirumah bakal terbit di pasaran peminat ebook.

Bagi yang mengikuti blog aku pasti tahu yang aku seorang yang suka berniaga. Sejak menceburkan diri menjadi blogger pada tahun 2009, aku sudah mula berjinak-jinak menjual tudung dan kain ela melalui online. Pelbagai pahit manis pengalaman berbisnes telah aku harungi sehingga lah pada tahun 2012 aku memutuskan untuk melepaskan kerjaya demi anak-anak dan keluarga. Menjadi surirumah bukanlah kerjaya yang pernah terlintas di fikiran aku tetapi sesungguhnya perjalanan hidup ini sudah Allah aturkan begitu cantik sekali.

Bermula dengan dunia blog aku menemui blog Pn. Masayu, kemudian mendapat buku "Jana RM dari Rumah" dan kemudian saat aku berhenti kerja dan buntu kerana masih tiada pendapatan sampingan, Pn Masayu mengajak aku bersama-sama jemaah surirumah online yang lain berniaga bersama. Alhamdulillah, selepas itu dengan tertubuhnya Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) sedikit sebanyak banyak merubah kehidupan aku sebagai seorang surirumah yang asalnya tidak punya pendapatan sampingan yang tetap.

Kini setelah hampir 3 tahun bergelar surirumah yang bekerja dari rumah, telah banyak perubahan positif yang aku nampak di dalam diri. Jadual harian semakin terisi dengan pelbagai aktiviti dan yang penting kini walaupun berada di rumah aku boleh menjana pendapatan sendiri secara konsisten setiap bulan (iya selagi berusaha sudah pasti akan ada rezekinya). Berapa angkanya? Biarlah aku sahaja yang tahu tapi ianya sekadar angka sahaja kerana apa yang bagusnya adalah aku tidak perlu keluar rumah seawal pagi dan bersesak-sesak di dalam traffic jem (aku seorang yang penakut untuk memandu namun sekiranya terpaksa kena memandu juga) dan percaya atau tidak aku seorang yang pemalas untuk keluar bekerja. He he he

Alhamdulillah Allah berikan aku peluang untuk berada di rumah bersama anak-anak. Melakukan kerja rumah, menjaga anak, memarahi anak dan menguruskan rumahtangga sendiri. Oh! sekarang ini ditambah lagi dengan kehadiran Aini yang sedikit sebanyak banyak memudahkan urusan kerja aku juga. Syukur ya Allah, semua ini adalah nikmat yang tak pernah aku terlintas aku akan dapat. Saat aku menghantar surat perletakan jawatan, apa yang aku fikir hanya mahu menjaga anak "bongsu" aku si Ashraf sendiri sahaja. Serik dengan pelbagai dugaan anak sakit, anak masuk hospital, taska cuti taska tak cukup pekerja dan macam-macam lagi. CUKUP!!! Hanya di situ sahaja.

Kini, syukur atas nikmat Allah, walau masih belum kaya raya duduk goyang kaki dalam rumah banglo 5 tingkat, aku bahagia bersama suami dan anak-anak. Semoga kebahagiaan ini berkekalan dan percaya atau tidak, kita kena lah berusaha untuk mencari kebahagian dan mendapatkannya. Kalau tak ada duit pun tak akan bahagia, cinta zaman sekarang tidak akan tersemai hanya dengan perkataan "I LOVE YOU SAHAJA" Cinta zaman sekarang memerlukan wang ringgit demi membeli sebuah rumah yang selesa, pendidikan yang terbaik buat anak-anak.

Justeru itu, aku menulis perkongsian kisah hidup aku bagaimana aku  berniaga melalui online dan offline tanpa perlu keluar rumah. Tanpa perlu bersusah-susah mengangkut anak-anak atau meninggalkan mereka kepada pengasuh. Semua nya akan menjadi mudah sekiranya kita mahu berusaha. Sekali lagi "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES"


========================================================================

Pendaftaran Kelas Asas Blog Bisnes dan juga instagram masih dibuka. 

Bersama Cikgu Aishah Hussein dan Zaila Mohamad dari Akademi Bekerja di Rumah
 


pada 7 Mac 2015 di Seksyen 16, Shah Alam.

Kelas untuk grup kecil (10 max).

Tinggal 8 tempat sahaja lagi.

Jumaat, 18 April 2014

Panduan Berpantang : Bersediakah Seorang Ibu Berpantang Sendirian?


Assalamualaikum,

Hari ini aku nak berbicara soal dalam pantang pula. Nak kongsi pengalaman aku berpantang sendiri di rumah sejak dari anak kedua lagi. Hanya Haziq sahaja aku sempat berpantang di kampung selama sebulan. Anak-anak seterusnya, hanya sendirian di rumah (sudah tentulah ditemani oleh suami dan anak-anak tercinta). Alasan aku suka berpantang sendiri adalah kerana mak aku sudah tua, jadi malas nak susahkan dia lagi. Lagipun, berpantang sendiri di rumah sendiri sebenarnya lebih baik kerana aku sudah biasa dengan keadaan rumah. Haziq pun sudah bersekolah jadi, lebih senang jika aku ada di rumah untuk menguruskan anak-anak.

Tapi masa awal-awal pantang, en suami memang meminta jasa baik mak mertua supaya datang menjaga aku dan anak-anak. Selalunya tugas mak mertua masakkan lauk pantang dan mandikan baby yang masih lembik ni. Apabila aku dah rasa tubuh makin sihat, mak mertua akan balik semula ke kampung atau ke rumah anak-anaknya yang lain. Tahun ini tak tahulah macamana memandangkan aku akan bersalin dalam bulan puasa. Nampak gaya kena cari "confinement lady" untuk bantu aku uruskan anak-anak jika mak mertua tak boleh datang. Kesian juga dekat mek (panggilan untuk mak mertua) sebab sudah tentunya bulan puasa ni mek nak pergi solat terawih di surau dekat rumahnya. Jadi mari kita fikirkan alternatif lain :)

Pendek kata semuanya harus dirancang dari awal lagi. Sama juga apabila kita mengetahui yang kita sudah mengandung, sepatutnya suami kena bersedia dari segi fizikal & mental sejak dari awal lagi. Kena fikirkan juga di mana isteri akan bersalin, jika bekerja adakah kompeni tempat bekerja akan menanggung kos rawatan bersalin? Aku dulu masa masih bekerja memang kompeni tanggung sebanyak RM1500 dan selebihnya kita yang bayar. Tapi sekarang ini sejak tidak bekerja, en suami lah yang harus menanggungnya :)

Katakan kos bersalin di hospital swasta adalah paling minimum RM2000 untuk bersalin secara normal, jadi suami perlu menyediakan tabungan dari awal kehamilan lagi iaitu dengan menyimpan dalam RM300 sebulan selama 9 bulan untuk memastikan penghujung kehamilan duit yang ada adalah RM2700. Sesuai untuk membeli kelengkapan bayi dan juga membayar segala kos rawatan bersalin di hospital swasta. Sekiranya mahu bersalin di hospital kerajaan, mungkin kos adalah separuh dari kos rawatan di hospital swasta.

Selain itu penting juga untuk mengetahui jenis makanan yang boleh dimakan atau tidak boleh bagi mengelakkan rasa sakit atau orang tua panggil "bentan" semasa berpantang. Seingat aku, semasa berpantangkan Husna aku terkena bentan di mana badan menggigil dan demam panas. Masa tu tak tahulah tersilap makan apa sebab aku ni bukannya berpantang sangat :P (pecah rahsia)

Kelengkapan untuk sikecil juga jangan dilupa. Selalunya aku guna sahaja kelegkapan yang sebelumnya seperti barut perut baby, tuala, lmapin, tilam. Ada sesetengah aje yang perlu dibeli tambah. Maklumlah aku kan beranak selang setahun :P Jadi jangan membazir. Peralatan untuk ibu-ibu dalam berpantang pun kena beli siap-siap seperti ubat-ubatan, bengkung dan tungku. Kalau boleh cari tukang urut dan buat tempahan siap-siap. Pendek kata, semua nak kena dirancang sebelum bersalin lagi. Semasa tempoh berpantang adalah tempoh ibu berehat dan memberikan tumpuan kepada ahli baru dalam keluarga. Ya Allah, tak sabarnya nak bersalin :P

Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari ebook yang sesuai untuk bacaan sebagai persediaan sebelum berpantang. Boleh tempah ebook di bawah pada harga RM30 sahaja. Tawaran sah hingga Ahad ini. Sebabnya nanti akan dapat pula ebook resepi pantang selepas membuat ulasan ebook Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden. Mudah bukan?


Tempah di sini : BORANG PESANAN

Boleh baca ulasan Pn Nur Bahirah yang telah membeli ebook tersebut :

Keterujaan setiap ibu bapa dalam mempersiapkan barang-barang keperluan bayi penting, namun harus diingatkan juga persiapan diri ibu dan bapa atau suami dan isteri itu sendiri juga seiring pentingnya seperti ilmu mengenai bayi, pengetahuan mengenai keibubapaan, panduan-panduan semasa berpantang, tips-tips berguna dan lain-lain lagi, agar setiap perjalanan menempuhi fasa-fasa menjadi ibu, ayah dan bayi menjadi lebih sempurna dan lebih teratur.

Wah..panjangnya muqhadimah...hehe...sebenarnya saya nak berkongsi kelebihan ebook yang baru saya beli dan baca. Ebook berpantang ini keseluruhannya memang lengkap dengan ilmu dan panduan lengkap semasa hamil, persediaan melahirkan, semasa berpantang dan seterusnya selepas berpantang, dan apa yang penting terdapat tips dan panduan untuk suami menjaga saya sepanjang berpantang.

Memandangkan saya dan suami bercadang untuk berpantang dirumah sendiri, jadi kami perlulah bersedia dari segala hal. Bak kata suami " Belajar2 la berdikari sendiri, sampai bila kita nak harapkan mak jaga". Bila direnung-renungkan sejenak...Betul..betul..betul...hehe

Okeh berbalik kepada cerita ebook tadi, bagi yang ingin mendapatkan panduan dan rujukan yang lengkap boleh menempah ebook berpantang dilink dibawah dengan harga yang sangat berbaloi-baloi. Bagi saya, tak rugi anda membeli kerana ianya boleh disimpan dan menjadi bahan rujukan untuk masa-masa akan datang.

Sumber : http://zaravitacorner.blogspot.com/2014/04/panduan-lengkap-buat-suami-dan-isteri.html

Jangan lupa tempah sekarang!

Khamis, 27 Februari 2014

Mahu 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu Secara Percuma Tak?

Assalamualaikum semua,

Khas bagi pembaca blog aku yang sedang mengandung dan bakal melahirkan anak. Tidak kira lah kelahiran pertama, kedua, ketiga atau keberapa kerana aku ada sebuah ebook iaitu 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu yang sangatlah best kerana di dalamnya ada dimuatkan 44 resepi untuk orang-orang yang berpantang ni. Yang tak berpantang pun boleh amalkan juga jika mahu sihat dan kurus bergaya :)

Kalau mahu ebook ini secara PERCUMA (capslock sebab nak bagitahu percuma) kalian dapatkan dahulu ebook Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden di sini : Tempah Ebook Panduan 44 Hari Pantang Tradisional & Moden dan kemudian buat ulasan ebook tersebut. Susulan nanti ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu akan menjadi milik kalian juga. Tawaran ini sah sehingga 30hb Mac 2014 ini sahaja sebab selepas ini harga sudah lain. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menampah semasa tawaran masih ada ini.

Sehingga bertemu lagi.

Laluan iklan sat :

Jom dapatkan pes segera masakan kurma, daging masak hitam dan ayam masak merah dari Selera Wawasan ini. Aku dah cuba dan memang sedap. Boleh hubungi nombor di atas untuk tempahan.

Bagi mereka yang ingin mengiklankan produk /servis / perniagaan anda, boleh hubungi aku di zailamohamad@yahoo.com atau 012-3228651 untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^