Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 16 Februari 2015

Resepi Home-made Sardin Yang Sedap & Mudah

Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama mendapat resepi sardin di dalam group WhatsApp Noxxa cuma semalam aje berkesempatan untuk mencubanya. Ternyata memang mudah dan sedap juga apabila membuat sendiri ikan sardin ni, tak perlu dah en suami beli sardin ikan jenama Ayam Brand lagi ;P

Aku kongsikan resepinya di sini dan sudah pastinya cara masak menggunakan periuk tekanan Noxxa. Main campak-campak aje dah siap :)

Bahan-bahan :

- 1 kg ikan sardin (kalau orang Kelantan panggil ikan selayang) pastikan yang segar-segar sahaja
- 1 tin tomato puree (aku gunakan jenama Kimball saiz sederhana)
- 3 biji tomato (boleh kisar atau belah-belah sahaja)
- Garam & gula secukup rasa
- Dalam resepi tak masukkan sos cili tapi aku kan suka pedas jadi aku tambahlah sedikit ;)

Cara-caranya :

Masukkan ikan yang telah dibersihkan ke dalam periuk Noxxa. Masukkan tomato puree, tomato yang dikisar dan garam gula secukup rasa. Oh sos cili juga. Kemudian setkan mod tekanan tinggi selama 90 minit. Siap untuk dihidangkan.

Sebenarnya aku haritu tak sempat nak tunggu 90 minit pun, buat 50 minit sahaja tapi tulang ikan dah lembut. Hermm, sedapnya sebab rasa ikan yang segar manis-manis bercampur dengan kuah tomato. Lepas ini boleh buat lagi, nak buat banyak-banyak dan bekukan dalam peti ais :)


Selamat mencuba ya!

Bawah ni pula spaghetti yang dimasak dengan menggunakan periuk Noxxa. Mula-mula masakkan kuah seperti biasalah gunakan mod menggoreng dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yang didadu. Masukkan tomato puri, isi ayam / daging yang telah dicincang, mixed herbs, sos cili dan garam gula. Jangan lupa masukkan hirisan cendawan butang. Kemudian basuhkan spaghetti dan masukkan dalam kuah. Tekan mod tekanan tinggi (high pressure) selama 5 minit (bergantunglah kalau keras tambah lagi) dan siap! Oh lupa pula, aku tambahkan 2 keping keju dalam kuah sebelum masukkan pasta tu. He he Saje nak bagi kuah pekat dan sedap dan berlemak *ayayayaaaiiiii memang hancuslah diet*


Yang penting anak-anak suka. Sampaikan en suami tak sempat nak makan dah habis. He he Dulu awal-awal Aini tak suka kalau aku masak pasta tapi sekarang laju je dia makan sama :) Keh keh keh. Baru dia tahu yang masakan aku sedap. Eh! masakan barat ni sedap ;P Terpuji diri sendiri pula, habislah uolss muntah hijau

Oklah, sehingga bertemu kembali. Assalamualaikum. Baca tips dan panduan untuk bekerja dari rumah online & offline di sini ya : www.zailamohamad.com

Bye!

1 ulasan:

Unknown berkata...

Nice receipe....kalau buat sendiri lebih terjamin bersih...puas hati juga some more..

ohh...nad pernah tgk perium noxxa...macam2 boleh masak kan...semua campak2 je dlm tu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^