Friday, March 27, 2015

Mudahnya Masak Nasi Arab Menggunakan Periuk Noxxa

Assalamualaikum,

Semalam berbuka puasa sempat masak mandy kambing menggunakan rempah nasi arab Al-Bayt. Gara-gara terliur dengan masakan kawan, semalam gagahkan juga untuk masak nasi arab versi mudah gaya aku. Nasib baik dalam peti sejuk beku ada stok daging kambing lebihan kenduri adik ipar. Ingat tak tempoh hari kami sekeluarga diserang cirit birit yang teruk? Masa itu adik ipar aku buat kenduri naik rumah baru, jadi ada disediakan menu kambing golek. Tak dapatlah nak makan banyak masa majlis tersebut tapi ada lebihan aku bawa balik simpan dalam peti. Hehe

Jadi, jom kita gunakan apa yang ada sahaja. Nak masak mandy kambing tak payah gunakan tomato puri macam nak masak mandy ayam. Hanya gunakan air rebusan kambing sahaja tapi aku terus rebus ketulan kambing dan masukkan rempah sup sekali (untuk dijadikan kuah nasi arab). Rebus guna periuk Noxxa pada tekanan tinggi selama 10 minit untuk melembutkan daging kambing.

Apabila dah siap kuahnya, untuk masak nasi kena rendam beras yang diberi selama 20 minit atau lebih. Kemudian tumiskan bahan-bahan rempah ratus yang diberikan sekali di dalam beras macam dalam gambar ini :


Apabila dah siap tumis, masa ni ikutlah arahan di kotak yang mengatakan kena masukkan bawang banyak mana dan tumis hingga kekuningan, lepas itu masukkan beras dan air sebanyak 600ml (aku main agak-agak aje). Oh ya, guna air rebusan daging kambing ya. Lepas itu masukkan garam, pewarna kuning dan aku masukkan helaian saffran juga. Tutup periuk Noxxa dan mod tekanan tinggi selama 8 minit. Alhamdulillah, kali ni puas hati sangat-sangat sebab beras nasi arab ni elok je panjang-panjang tak seperti selalu jika dimasak menggunakan periuk biasa (guna dapur gas). Kalau gunakan periuk elektrik biasa pun akan menjadi juga cuma masa tu lambat sedikit berbanding dengan menggunakan periuk Noxxa ya :)


Sekotak dapat sepinggan besar seperti dalam gambar di atas. Banyak bagi aku tapi cukuplah untuk kami sekeluarga. Semalam ada lebih sedikit aje memandangkan Aini tak makan kambing (satu kerugian yang nyata)


Semalam makan macam tu sahaja tak buat sos pedas pun sebab tak cukup bahan. Tapi anak-anak makan bertambah juga. Alhamdulillah, jimatlah RM50 lebih kan? Kalau masak sendiri modalnya hanya RM15 sahaja sekotak :))

Mahu rasa? Mahu buat? Mahu masak? Boleh dapatkan di sini : Tempahan Pes Nasi Arab atau WA ke 012-970 6828.

Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015