Friday, March 13, 2015

Jangan Takut Untuk Menulis Impian


Assalamualaikum

Sesiapa yang ikuti blog aku sudah pasti tahu yang aku dulunya pernah bekerja. Iya, semasa aku masih baru dalam dunia blog aku masih lagi bekerja dan masih baru lagi dalam dunia bisnes online. Masa tu jual tudung dan kain ela secara online kemudian berani ke offline iaitu secara part time di bazar-bazar sekitar Selangor. Setelah bertahun-tahun juga melakukan secara "part-time" akhirnya tahun 2012 aku melepaskan juga kerjaya aku di salah sebuah syarikat kontraktor bumiputera di Shah Alam. Setelah berkali-kali mencuba untuk mengupgrade diri untuk menjadi seorang pekerja yang produktif, namun tuntutan untuk berada di rumah bersama anak-anak nampaknya lebih besar lagi. 

Alhamdulillah tahun ini nak masuk tahun ke 3 dah aku menjadi surirumah. Jika dulu pada tahun 2009, pernah aku suarakan untuk menjadi surirumah dalam entri ini : Dilema (sila abaikan ayat manglish aku tu, ya ampun waktu itu baru mula blogging konon macam bestlah jika dapat menulis dalam BI padahal hancusss). Ok, aku "copy paste" di sini ayatnya :

"Actually, Zaila still dalam dilema ~~seperti tajuk di atas~~ sebab;- yerlah Zaila ni kerap sangat amik EL (Emergency Leave), last week Ameera tak sihat, this week Haziq pula..memang Zaila sudah inform bos (they all know that my son pernah masuk wad disebabkan lelah) tapi deep down in my heart, Zaila teringin terfikir untuk resign & be a 24/7 housewife..Hubby banyak kali juga menyuarakan hasrat agar Zaila resign & jaga anak2 tapi itulah..i'm in dilemma rite now.. "

Masa tu macam samar-samar je lagi impian untuk jadi surirumah. Masih takut-takut sebab tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Namun, kuasa Allah maha besar, sesungguhnya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diri kita kan. Cumanya kita tak akan terus nampak apa hidayah yang tersembunyi di sebalik setiap dugaan. Merasa jugalah aku ni episod mencari kerja, pergi temuduga, pergi periksa dan macam-macam sehinggalah sampai satu masa rasa macam dah tak sanggup lagi nak teruskan. Jadi, di sinilah aku duduk depan PC mengetuk keyboard :)

Apa yang pasti, baru aku sedar yang kata-kata pakar motivasi itu ada benarnya juga. JANGAN TAKUT UNTUK MENULIS IMPIAN kerana kita tidak tahu bila Allah akan makbulkan. Selagi kita usaha, sudah tentulah Allah akan beri cuma ianya mungkin akan mabil masa 3 tahun, 5 tahun atau paling cepat esok lusa (tapi jarang sangatlah boleh berlaku macam ni). Sekarang ini pun aku memang akan tulis impian tahun baru aku di dalam diari dan kadang-kadang bila ada masa buka balik untuk baca sebagai peringatan kembali. Maklumlah, makin lama diri ini makin berusia jadi nak kena membaca selalu supaya tak lupa ;)

Jadi, apa tunggu lagi. Jom menulis segala impian yang kita mahu dan tak semestinya impian itu adalah impian untuk berhenti kerja sahaja, boleh jadi impian untuk pergi ke Mekah menunaikan haji, boleh jadi untuk berbakti kepada mak ayah, boleh jadi untuk bawa anak-anak melancong. Macam-macam boleh sekiranya kita mahu untuk menulis impian dan berusaha ke arahnya. Seperti kata abang Nazali Noor penulis buku ULU YAM DI LIVERPOOL :

"Dalam hidup ini, manusia yang berjiwa besar akan mengatur satu per satu impian yang mereka inginkan. Bukan mudah untuk mengejar setiap impian. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang menunggu di luar sana. Salah satunya adalah 'pencuri impian'. Pencuri-pencuri impian ini akan sentiasa memandang sebelah mata akan kebolehan anda. Sering menyindir dan memandang sinis setiap usaha baik anda. Tujuannya supaya anda terus jatuh dan tidak bangkit-bangkit lagi. Jadi, kenapa cepat mengalah? Positifkan diri, dan pandang terus ke hadapan."

SELAMAT MELAKAR IMPIAN KAWAN-KAWAN SEMUA!

Gambar di atas adalah buku "BEKERJA & BERNIAGA" hasil tulisan pn Azura Abdullah, salah seorang teman blogger dulu yang aku kenali dengan nama Comey Blako. Sekarang sudah mengorak langkah menjadi seorang penulis buku. Insya Allah didoakan semoga kak Zura terus sukses dan salah satu impian aku juga mahu memiliki buku yang ditulis sendiri dengan penuh kasih sayang dan sekarang sudah cukup bangga dengan e-buku "SURIRUMAH JUGA BOLEH BERBISNES".

Terima kasih atas sokongan dan jika mahu dapatkan e-buku ini boleh hubungi aku melalui zailamohamad@gmail.com atau 012-970 6828.

Salam sayang buat semua.



2 comments:

mama leen said...

Setuju. Mula2 impian tapi kena usahakan sampai dapat

Shamsiah Abdul Rahman said...

Alf mabrook..
Semoga terus sukses dik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015