Tuesday, March 17, 2015

Selamat Hari Jadi Ashraf Hariz


Assalamualaikum,

Ya Allah, lupa sangat-sangat semalam adalah hari jadi anak ke 3 aku iaitu si bijak Ashraf Hariz. Masya Allah, macamana lah boleh sampai terlupa tarikh bersalin ni? Kakak aku cakap, ini baru 5 orang anak, belum 16 orang lagi..hu hu hu

Mungkin mama sibuk sangat dengan berniaga, dengan kesihatan yang tak menentu dua tiga hari yang lepas diserang cirit birit yang super memenatkan. Bukan aku sahaja, en suami, kemudian berjangkit pula kepada Aini dan Ashraf. Memang dugaan sungguh sebabnya kalau ikutkan plan asal en suami mahu hantar kami sekeluarga pulang bercuti ke kampung kerana en suami akan ke Abu Dhabi untuk urusan kerja. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kami, kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, terpaksa batalkan percutian ke kampung :(

Semalam dah petang baru teringat yang semalam tarikh 16 Mac iaitu hari Ashraf Hariz diinduce dan dilahirkan. Rasanya beranakkan Ashraf Harizlah yang paling menyakitkan di antara 5 anak ni kerana salah satu sebabnya telah diinduce (paksa dengan ubat) dan sakitnya dari tengahari sampai ke petang. Alhamdulillah, dari berat 2.3kg sekarang dah membesar bagai juara. Juara bercakap, juara memberikan alasan, juara bergaduh, juara menyakat, juara macam-macam lah! Mama doakan semoga anak mama yang bernama Ashraf Hariz ini menjadi anak yang soleh kebanggaan mama & papa satu hari nanti. Insya Allah

Kami memang tak sambut mana dah majlis harijadi, kalau dulu masa anak seorang dua rajinlah juga nak membuat majlisnya tapi sekarang ini tahap kemalasan mama ini semakin menggunung. Cukuplah dengan mendoakan sahaja keberkatan hidup anak-anak. Semoga mereka lebih menghargai kehidupan setiap hari dan bukannya nak tunggu harijadi baru nak bagi ucapan (cewah! pandai mama bagi alasan ya).

Sekarang ini jarang sangat ambil gambar anak-anak. Ya Allah, bila difikir-fikirkan sayang juga sebab mereka membesar dengan cepat. Tengok-tengok dah nak sampai paras mama dah! Insya Allah semoga lepas ini mama akan lebih rajin lagi menempek dan berceritakan tentang kisah anak-anak syurga mama ini. Jom layan gambar ulangan Ashraf Hariz.





Mama sayang kamu Ashraf Hariz, kena rajin baca buku dan jangan "ganas" sangat tau!

2 comments:

Mizz ErMa said...

hihi selamat hari lahir juga buat ashraf hariz..nie anak yg ke berapa drpd 5 beradik kak? hihi

Shamsiah Abdul Rahman said...

Sanah helwa ya habibi..
Semoga sentiasa di bawah barakah serta lindunganNya.
Amiinnn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015