Semalam terlayan cerita ini di saluran Diva HD. Mula-mula macam tak menarik sangat tapi memandangkan mutu gambar yang cantik (aku kalau tengok cerita mat salleh mesti nak tengok rumah mereka) dan aku suka bila tengok rumah makcik ni (lupa lah pula namanya). Cerita ini mengisahkan tentang 2 beradik yang baru kematian ayah mereka. Yang kakak bernama Terri dan tinggal di bandar (kiranya kerja besar lah duduk bandar rumah besar segala) dan adik bernama Mandy hanya tinggal di kampung bekerja dengan mak mereka. Setelah kematian ayah mereka, baru mak mereka dapat tahu yang perniagaan mereka bakal bengkrap (macamana nak eja sebetulnya eh?). Jadinya mak diorang pun sedihlah kan, sudahlah kematian suami lepas itu perniagaan keluarga juga bakal terkubur.
Sebagai anak yang baik, si Terri ni berjanji nak naikkan balik perniagaan mak mereka. Kalau nak tahu mak mereka ni ada sebuah nurseri bunga dan menjual bunga-bunga. Mereka mengusahakannya secara tradisi maksudnya tidak menggunakan bahan kimia sebagai baja dan masih menggunakan tulang empat kerat untuk menjaga nurseri tersebut. Sehinggalah Terri memperkenalkan dunia internet kepada mak mereka dan membina sebuah laman web untuk mempromosikan produk mereka.
Wah! Terus dapat order sebanyak 120 set gubahan bunga untuk konvensyen bunga di sebuah bandar. Yang bagusnya kisah ini dekat dengan hati aku, HAHA Bagaimana menggunakan kemudahan internet dan laman sosial untuk mempromosikan produk. Terri juga ada menyebut tentang SEO (search engine optimization) yang boleh membuatkan laman kita berada di carian teratas Google. Memang rugi sangat-sangats ebab maknya lambat tahu akan semua ini :P
Terri dan Mandy ni selalu bergaduh juga kerana rupa-rupanya Mandy ni cemburu dengan perhatian yang diberikan oleh mak mereka kepada Terri. Maklumlah Terri ni jarang sangat berada di rumah kerana dia bekerja di bandar manakala Mandy pula memang sepanjang masa berada di rumah bekerja di ladang ternakan.
Awal-awal tu si Terri banyak merakam gambar bunga-bunga yang ada di dalam nurseri mak mereka dan banyak bertanya Mandy tentang kebaikan tanaman mereka dan kelebihan nurseri mereka bagi menarik pelanggan untuk membeli produk dari mereka. Selain itu, Terri juga berjaya memujuk mak mereka supaya keluar kepompong dan berniaga di pasar tani untuk mempromosikan produk mereka iaitu gubahan bunga yang mak mereka buat.
Sayangnya aku tak sempat menonton sampai habis cerita ini kerana biasalah kalau anak-anak aku ni, nampak aje mama tak ada kerja (kerja menonton TV) mesti lah nak itu dan ini. Tapi rasanya aku boleh bayangkan kesudahan cerita ini. Sudah semestinya "happy ending" kan?
Herm, tiba-tiba berangan nak beli rumah di kawasan yang sejuk macam Cameron Highland atau Kundasang. Beruntung kan kalau boleh duduk situ, pagi-pagi suasana sejuk lepas tu tanam bunga apa pun mesti hidup kan? *ini angan-angan sahaja
Pernah tak uols terfikir nak setel down buat rumah kat kampung halaman dan ada laman yang luas. Aku pernah juga berangan *yang tak sudah-sudah angannya* nak buat reban ayamlah, nak buat rumah atas pokoklah tapi itu semua angan-angan sahaja sebabnya aku rasa jiwa aku lebih kepada jiwa bandar. Balik kampung sekarang ini panasnya ya ampun, lepas tu rasa tak sanggup nak duduk kampung yang penuh dengan mat pit. Asalkan terlupa letak barang sikit mulalah diorang nak ambil kesempatan.
Tapi di bandar pun apa kurangnya juga kan? Bahaya ada di mana-mana, tak kira bandar atau desa cuma buat masa sekarang izinkan aku berangan dahulu. Mungkin bila dah sedia baru terfikir nak balik buat rumah "agam" di kampung :) Rumah tak semestinya besar tapi biarlah penuh dengan kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang tinggi. Bagus juga kalau dapat jaga mak dan ayah sekali. Insya Allah.
Ternampak gambar ini yang kawan aku kongsikan di dalam facebook. Aduh, best kan kalau balik kampung bela ayam dan bercucuk tanam, again berangan memang mudah. Cuba bayangkan hidung terhidu bau tahi ayam moner sudah tentu sumpah seranah ayam yang berak depan tangga aku mana? HAHA Ibarat kata macam itu lah :)
Bukan senang untuk senang ya. Moga kalian semua mendapat pengajaran dari kisah cerita The Bouquet dan segala bebelan merapu aku ini. Bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan