Monday, April 27, 2015

Bestnya Naik Kuda!

Assalamualaikum,

Hari ini lambat sedikit update blog. Maklumlah hari Isnin, surirumah pun nak ber "Monday Blues" juga. Alhamdulillah, Sabtu yang lepas berpeluang ke sambutan hari ulangtahu sekolah anak-anak kami. Macam biasalah anak-anak aku awal pagi lagi dah bangun semangat nak pergi ke sekolah. Pagi tu aku pergi seorang bersama Haziq, Husna, Ashraf & Azzam. Aaliyah tak boleh bawa sebab kesiankan dia nanti mesti tak selesa kalau tempat ramai orang. En suami pula malam sebelum tu kerja sampai tak balik rumah jadi bagi peluang dia berehat.

Kami sampai betul-betul pukul 9 pagi kena beratur untuk pendaftaran. Haziq masuk pertandingan Susun Puzzle manakal Husna & Ashraf aku daftarkan untuk pertandingan mewarna. Kena bayar RM1 untuk setiap pendaftaran.


Masa ni tengah dengar penerangan guru bertugas. Haziq dah pandai bawa diri. Husna pun sama bila nampak kawan terus tak ingat mama dah



Masa ni tengah beratur nak daftar, hujan rintik-rintik pula tu. Ashraf dah bising lambatlah apa lah, adui mulut budak-budak memang takde insuran kan :P


Waktu pertandingan berlangsung mama tak pergi tengok pun Husna tu. Patutlah kalah sebab terlalu lama berfikir sampai habiskan masa termenung sahaja. Adoi anak perempuanku!


Haziq pun tak menang juga tapi tak mengapa lah. Janji ada kesanggupan nak masuk bertanding pun mama dah cukup bangga :)


Ashraf pun kebanggaan mama juga. Berani masuk pertandingan walaupun mulut pot pet pot pet tapi berjaya juga habiskan mewarna sebuah lukisan ni


Haziq dah nak siap sekali ada kawan langgar jatuh berterabur balik. Nasib lah nak


Ashraf pula warna sekejap mesti nak tengok orang sebelah. Tapi cukup berhati-hati bila mewarna


Aku tunggu sahaja sampai mereka selesai kemudian ke padang sekolah untuk melihat kuda. Masa ni orang tak ramai jadi bolehlah Ashraf nak naik kuda. Bayar RM5 untuk 2 kali pusing padang sekolah. Haziq tak nak sebab takut, Husna pula pakai baju kurung susah nak naik jadi Ashraf jelah pusing-pusing dengan kuda :)












Bangganya mama dengan Ashraf. Mula-mula ingatkan dia tak nak naik sekali ok je. Muka kontrol macho je tu :P

Selepas tunggang kuda Haziq masuk acara memanah pula RM5 untuk 8 anak panah. Nanti gambar menyusul entri lain pula, Macam biasalah, bila ke sekolah duit mama pun melayang sebab anak-anak dok minta macam-macam. Kalau pergi dengan papa mesti tak dapat habuan apa-apa tapi kalau dengan mama...Merasalah makan nasi arab juga :)


Inilah hasil Ashraf warnakan tadi. Kemas juga hasilnya walaupun dia seorang yang kidal (ada kaitan ke?) Yang pasti gambar ini menang tempat ke 10. HAHAHA Bolehlah kan:) Dapat hadiah juga tu.

Iklan sekejap :

SESIAPA YANG MEMPUNYAI MASALAH BAJU DI BAHAGIAN KETIAK BERWARNA KUNING BOLEH DAPATKAN MELALUI CARANYA TEKSKAN "UBAT KETIAK AJAIB" KE 012.970 6828 SEKARANG JUGA!

2 comments:

Iela Fazielah said...

wah...ok pe...top 10 gmabar mewarna..tp kan zaila..mmg kalau kita berjln dgn anak2...mcm2 dpt...dgn papa...hihi....mmg susah..... yg penting anak gembira dgn kita....

sukasukimylife said...

Jemput visit blog sy ye :)

http://naziramiswan.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015