Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 1 April 2015

Sembang-Sembang GST Eh!

Assalamualaikum,

Hari ini nak sembang-sembang kosong pasal GST. Siapa yang dah kena penangan dengan GST angkat tangan :P Tadi ternampak di facebook aku yang seorang kawan aku memuat turun gambar resit belian roti yang dikenakan GST. RM0.25 sen telah disedekahkan kepada pihak yang berwajib. Ingat niat bayar GST yang ustaz ajar? "Sahaja aku sedekahkan duit GST ini kerana Allah Taala". Kalau sudah sedekah, tolonglah lupakan sepertimana formula nak menarik rezeki, sedekah dan lupa sedekah dan lupakan. Bukan apa, nanti kita mengungkit habis hilang pahala sedekah ;)

Macam aku ni surirumah memang terselamat sikit dari terkena tempias GST. Tapi tak bermakna tak kena ya, sekarang pun en suami sudah memulakan dasar langkah penjimatan 100% dah, mana dah kami selalu makan di luar (sekali sekala bolehlah), barangan dapur pun sudah mula dikurangkan beli mana yang betul-betul perlu sahaja dan yang menyedihkan keperluan anak-anak seperti pampers pun dah di "down-grade" kepada yang lebih murah. Huhuhu Siapa cakap aku suka GST? Banyak perubahan yang telah berlaku dalam keluarga besar kami ni, kehidupan keluarga yang ada 5 orang anak di bandar sebenarnya lebih mencabar dari kehidupan keluarga yang punya 5 anak di kampung. Nak tak nak, aku sebagai seorang isteri yang kasihankan suami perlu lebih gigih mencari duit atau pendapatan sampingan iaitu dengan berniaga.

Anak-anak kami semuanya kami hantar ke sekolah persendirian (jangan pertikaikan apa rasional tindakan kami) tapi bagi kami ini semua adalah pelaburan masa tua kami. Bukan tak suka akan sekolah-sekolah yang kerajaan sediakan tapi kami memilih sekolah persendirian yang lengkap dengan ilmu agama sebagai bekalan untuk menjadikan anak-anak kami hamba Allah yang faham dan mengamalkan apa sebenarnya ISLAM. ISLAM bukan sekadar pada nama atau di IC sahaja ya. Jadi, tak mengapalah semoga Allah memberikan kami pertolongan dari segi rezeki untuk menyara anak-anak. Ya ALLAH murahkan rezeki suamiku dan murahkan juga rezekiku. Aamin.

Semalam Haziq balik sekolah terus masuk bilik aku cakap "Berita baik mama, Amirul dapat 100% markah Tauhid". Aku pun buatlah muka "WOOOOOWWW hebatnya". Nampak Haziq tersengih-sengih bila dapat pujian, terus ambil kertas dan tunjuk dekat aku. "Ustaz tanya, memang suka subjek Tauhid ke?" HAHA Nak tergelak pun ada sebenarnya sebab Haziq ni memang seorang anak yang sangat "RAJIN MEMBACA" (sila baca kata lawan pada perkataan ini) di rumah, kalau balik sekolah mesti melekat depan TV aje dan solat pun kalau tak ditanya mesti buat-buat lupa. Hadoi dugaan sungguh dalam mendidik anak ni kan? Tapi alhamdulillah, walaupun dalam kemalasan dia, kebanyakan markah ujian formatif dalam kelas dia dapat markah A. Sebenarnya aku pun tak ambil tahu sangat markah anak-anak ni (yerlah sibuk berniaga) tapi kadang-kadang HAziqlah yang balik bercerita. Tempoh hari Haziq yang excited bagitahu aku Husna dapat 100% Matematik, cikgu siap hadiahkan RM2 lagi bagi dekat Husna. Terkejut juga sebab aku ni suka pandang rendah pada keupayaan Husna. Maklumlah hari-hari mama asyik *tarik rambut* sahaja bila mengajar dia mengaji dan membaca.

Betul setengah orang cakap kita sebagai ibubapa memang susah nak didik sendiri anak-anak. Aku pun mengaku sebab aku ni bukan seorang yang sabar. Kalau lambat-lambat, rasa mulalah menyirap darah nak marah! HAHA Sebab itu aku jarang ajar mereka (alasan tu) tapi kalau nak masuk minggu peperiksaan tu adalah duduk semeja ulangkaji sama-sama, itupun sekejap sahaja bertahan sebab banyak gangguan dari askar kecil. T____T" Pendek kata, pengajaran yang aku dapat, jangan terlalu menaruh harapan tinggi sangat pada anak-anak, biarkan mereka belajar sendiri seperti mana mak ayah kita lepaskan kita dahulu. Masa aku sekolah dulu lagilah, mana ada abang dan kakak nak ajar tolong bantu buat kerja sekolah. Kadang-kadang sampai kecut perut sebab takutkan cikgu yang mengajar. Hehe Sekarang pun Husna ada satu subjek yang dia tak suka iaitu Jawi, katanya cikgu garang. Mana tak garang sebab semua tak tahu JAWI..HAHA (anak aku ler tew)


Mama snap gambar muat turun dalam Instagram, facebook & blog. Biasalah, mak-mak zaman sekarang. Kalau anak dapat 0 markah kita pakat senyap *krik*krik*

Seperti yang aku cakap di atas, sebenarnya malas nak letak harapan tinggi cuma biarlah tahun ini Haziq dapat nombor yang lebih sedikit dari tahun-tahun lepas. Asyik stuck di nombor 16 sahaja ni jadi memang KPI aku sebagai seorang mama mahu Haziq lebih fokus dalam belajar dan buat ulangkaji. Husna kita tengok dulu periksa pertengahan tahun, kalau tak ok mama kena pegang rotan hari-hari jadi cikgu besar yangs ememangnya besar ni. HAHA

Panjang pula melalut pasal anak. Cakap tadi nak sembang pasal GST. Kan dah lari tajuk sebenarnya :P

Ok berbalik kepada GST ni, surirumah macam aku ni mungkin tak berapa nak kena lah sebab aku kan tak keluar rumah, jarang membeli (kecuali beli belah online) pastu belanja dapur semua en suami yang belikan, aku tahu Whats App dia mengatakan "Beras dah habis yang" kemudian tahu-tahu balik kerja nanti en suami bawa balik beras jenama Thai King 10kg. Harga? Selalunya aku malas nak fikir, biar en suami aje yang putuskan belanjawan keluarga. Aku cuma menurut perintah dan membuat laporan jika produk yang murah itu tidak berkualiti :P

Malam tadi masak daging paprik dengan menggunakan periuk tekanan Noxxa. Memang memudahkan kerja aku lah sebab selepas tumis segala bahan-bahan, campak-campak masuk periuk dan masukkan daging. Tekan mod tekanan tinggi dalam 10 minit kemudian tutup periuk. Sambil-sambil tu buatlah kerja lain dahulu. Kemudian bila dah berbunyi buka masukkan sayuran dan tutup balik. Dah siap! Menu kegemaran kami sekeluarga, makan dengan telur dadar. Walaweh, bertambah-tambah en suami makan. Nak pikat hati suami kenalah pikat dengan masakan. Betul tak?


Aku buat satu periuk Noxxa (memang banyak) barulah puas hati, ini kalau makan di kedai Siam alahai dia bagi semangkuk kecil, kalau nak banyak sudah tentulah harga pun bertambah kan? Kalau masak sendiri, 500gm daging baru berapa aje kosnya. Tambah sayur kacang panjang (tak sampai seikat pun), lobak merah separuh batang, bunga kobis (sikit aje), serai, daun limau purut, cili padi, segala sos semua tu baru berapa sen sahaja penggunaannya. Murah dan jimat kan? Aku buka peluang untuk dapatkan periuk Noxxa dengan bermain kutu. Jika berminat sila PM / WA ke 012-970 6828 ya.

Jadi, antara tips untuk menangani GST dengan bergaya adalah dengan memasak sendiri semua masakan. Dengan periuk Noxxa ni, masak dalam kuantiti banyak dan kemudian bekukan dalam freezer. Labelkan dan boleh panaskan bila balik dari kerja (penat nak masak) atau hari-hari yang dilanda kemalasan untuk memasak. Mudah bukan? Yang penting perlu bijak untuk menangani situasi. Kalau kita membebel sebakul pun tentang GST tak akan membawa apa-apa perubahan pun. Percayalah!

Oklah, nak masuk opis bekerja pula. Harap-harap hari ini dapatlah seratus dua. Aamin :) Sekian sahaja bebelan Kak La pasal GST dan jangan lupa minum GCTea, agen terbaik diet santai anda. Pada yang mahu mencuba boleh PM / WA ke 012-970 6828 juga :)

Jangan serik masuk blog yang penuh dengan iklan berniaga ni. Aku teringat kata-kata mak aku haritu yang menceritakan tentang seorang kawan mak yang sudah menjadi arwah pun, beliau ada 12 orang anak dan beliau cakap apa "macam-macam aku buat untu sara hidup anak-anak aku, jual petai jual macam-macamlah". Arwah ini merupakan seorang guru tapi suka berbisnes. Pendek kata macam-macam dia buat untuk tambah pendapatan dan isterinya pula tidak bekerja (menjadi surirumah). Jadi, aku pun mengambil semangat dari situ lah, sebenarnya kita ni banyak kelebihan dah berbanding orang-orang dulu. Buangkan segala EGO dan cubalah berniaga, kalau tak nak besar-besar mulakan dengan kecil-kecil.

Insya Allah.

1 ulasan:

OKje berkata...

Tahniah untuk anak anak dan untuk mommynya juga . Ibu manalah tak suka tengok markah anak mencanak canak cenggitukan....

Selalu org sebut pasal pressure cooker Noxxa ni....

Betul betul...masak sendiri mmg puas makantapi tulah kekadang mood M pun datang tu yg jadi makan luar tu haha

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^