Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 22 Mei 2015

Resepi Sayur Campur Paling Senang


Assalamualaikum,

Haaa jangan stress kalau masuk aje blog ni gambar makanan. Dah nak buat macamana, perkataan "makanan" rupa-rupanya sinonim dengan diri aku ni. Patutlah di UPM dulu belajar Kejuruteraan Proses & Makanan, rupa-rupanya lepas kahwin sibuk "proses" buat makanan aje :P He he he
Sudahlah asyik bercerita pasal makanan, jual pula produk makanan. Memang nak jadi usahawanita makanan yang KAYA & BERIMAN ni. Aamin *doakan aje

Semalam puasa, mula-mula ingat nak masak nasi dagang guna periuk Noxxa sekali banyak bahan yang dah habis. Jadi terpaksalah kita tunda ke hujung minggu. Jadinya semalam buat kari kepala ikan bawal dan sayur campur sahaja. Cukuplah 2 menu, layan makan dengan budu pun dah rasa macam makan tak ingat dunia :P Kalau ada 10 menu rasanya memang tak bangun-bangun dari makan ye tak? He he Gurau je, jangan serius sangat ya. Hari ni pun aku puasa dan tadi masa solat pun dah terfikir-fikir nak masak apa (jahat kan masa solatlah sibuk nak fikir macam-macam)!

Nak kongsikan resepi sayur campur paling mudah abad ini, sesuai bagi orang yang pemalas macam aku. Kalau yang rajin sudah pasti banyak lagi menu dan kandungan sayur dalam tu ;P

Bahan-bahan :

- 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih *mayang atau tumbuk
- 1 biji lada merah *hiris serong nipis-nipis
- 1 genggam ikan bilis
- 1 genggam sawi hijau potong dan asingkan batang dan daun
- 1/2 batang lobak merah potong halus panjang-panjang
- 1 genggam taugeh segar
- garam & gula sebagai perisa

Cara-caranya :

- Panaskan minyak dan tumiskan ikan bilis dahulu
- Bila ikan bilis sudah garing masukkan bawang dan cili
- Perisakan terus dengan garam dan gula
- Masukkan sayur bermula dengan batang kemudian lobak merah, daun sawi dan taugeh.
- Siap untuk dihidangkan

Kadang-kadang yang senang itulah yang paling sedap. Badan kita memang perlukan nutrien yang cukup dan selalunya anak-anak mesti akan kurang gemar makan sayur kan? Sebab itulah kita sebagai ibu kena kreatif; samaada masukkan sayur dalam masakan atau bekalkan mereka dengan vitamin atau makanan tambahan yang dapat menampung keperluan badan. Bukan setakat anak-anaklah, kita yang dewasa ni lagilah. Terus terang aku katakan sejak dua menjak ni aku selalu sakit gusi, tak pernah sepanjang hidup aku menangis kerana tak boleh makan nasi. Sebelah sini gigi berlubang dan sebelah sini gusi membengkak menjadikan tak selesa untuk mengunyah nasi.

Sepanjang sakit tu memang membuatkan aku terfikir yang badan aku ni dah tak macam dulu lagi. Orang kata kita kaum wanita lagilah sejak mula mengandung melahirkan anak menyusukan badan keperluan kalsium dalam tubuh badan kita perlu perbanyakkan lagi. Kalau tak mulalah masalah seperti aku melanda. Nasib baik gigi ni tak tercabut lagi. Jadinya, aku telah tanam dalam diri untuk konsisten mengambil supplemen iaitu pil kalsium 4 biji setiap hari. Aku juga telah menukar jenama ubat gigi aku dari dulunya Colgate Total ke jenama Glister. Alhamdulillah, baruku tahu selama ini Colgate tu memang rasanya manis, patutlah gigi sensitif akan menjadi semakin sensitif. Apabila telah bertukar selama beberapa minggu, memang ada perubahan yang ketara iaitu gusi aku tak ada masalah lagi untuk mengunyah makanan yang keras. Boleh PM / WA ke 012-970 6828 untuk mendapatkan ubat gigi Glister tersebut ya :)

Sekian perkongsian jujur dari aku. Sama juga untuk berubah, selagi kita tidak pernah berikan peluang untuk diri kita berubah, selagi itu kita tak akan tahu kemampuan diri kita. Alhamdulillah, sejak aku melepaskan kerjaya 2 tahun yang lepas, banyak perubahan positif yang berlaku pada diri dan bisnes aku. Walaupun banyak perkara yang aku masih belum tahu tapi sebenarnya semakin seronok untuk belajar. Jika dulu, aku selalu bagi alasan yang aku tidak ada masa untuk mencari ilmu tapi sekarang ini rasa rugi pula bila tak dapat menyertai mana-mana kelas yang mengajar ilmu. Apa-apa pun aku gembira dengan pilihan yang aku buat 2 tahun lepas dan semoga aku tidak akan menyesal dengan apa yang aku lakukan sekarang ini.

Panjang pula luahan hati ya. Bukan apa, lama dah tak menulis perkongsian motivasi dengan pembaca (ada ke yang baca blog ni). Semoga kaum ibu di luar sana dapat berhenti kerja dan berada di rumah berbisnes sambil menguruskan keluarga. Insya Allah.

Iklan :

Bagi sesiapa yang sedang mencari servis mereka dan mencetak kad bisnes boleh hubungi di bawah ini :
Shawaludin Che Mat
Creative Director/Founder
DGTAL Creative
Hotline : +6 016-645 6837
Office : +6 03-8070 1377
E-mail  : dgtal.creative@gmail.com

Tuan Shawal ini yang mereka cover ebook sulung dan kedua (bakal terbit nanti) aku. Jadi boleh hubungi nombor tertera untuk mendapatkan khidmat Shawal! Langkah seterusnya selepas mempunyai kad bisnes adalah jalan terus dan usah pandang belakang lagi. Sesiapa yang ingin mendapatkan bimbingan khidmat bisnes gaya surirumah bersama aku boleh hubungi aku melalui :

E-mel : zailamohamad@yahoo.com
WA : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

1 ulasan:

Long Cham berkata...

sesuai utk org2 bujang mcm kh nanti bln puasa kan leh jimat skit hehe
www.kucinghitam.net

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^