Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 21 Mei 2015

Antara Kehendak & Keperluan

Assalamualaikum,

Kalau masuk aje blog ni tak sah kalau tak ada gambar masakan kan? Nak buat macamana, inilah kehidupan seorang surirumah. Nak tayang baju baru takde (kalau ada pun terbantut sebab tak suka tengok badan yang "chubby" ni) nak tayang henbeg baru pun dah setahun lebih berjaya puasa, hehe

Jadinya tayang jelah gambar hasil masakan semalam iaitu kari daging dan roti nan (yang en suami beli). Ini semua menunaikan hajat en suami lah yang mahu makan kari daging cicah roti nan. Sekarang ni memang kami selalu beli daging sebab dah ada acik Noxxa kan, kalau dulu tak suka beli sebab kat sini susah nak cari daging yang lembut. Kadang-kadang lepas makan daging sampai gusi bengkak dan "spoilkan" mood untuk makan berminggu-minggu tau!

Sekarang alhamdulillah masalah itu sudah berjaya diatasi. Buat kari daging pun sekejap sahaja dan sudah pasti lembut bangat *over selalu Mekla bab bercerita, aku pasti ramai yang hati panas aje di luar sana sebab nak cepat-cepat dapatkan acik Noxxa ni


Sekejap sahaja habis anak-anak dan en suami makan. Beli sepeket roti nan tu ada 4 sahaja pastu faham-fahamlah mulut yang nak makannya banyak. Jadi, terpaksalah daku makan ala-ala kadar sahaja T____T

Oh ya, sebenarnya nak luahkan perasaan jap ni. Sebenarnya aku ni rasa macam nak beli kereta sendiri sebab senang nak bergerak untuk buat bisnes. Macam sekarang ni, walaupun Poslaju boleh datang ke rumah tapi kadang-kadang perlu juga keluar untuk urusan lain seperti pergi bank ke, jumpa prospek ke (haha ini tipu) jadi aku bagitahu en suami yang aku mahu kereta baru (siap bagi cadangan Honda Jazz lagi). Inilah yang dikatakan tak sedar diri. Ha ha ha Sebenarnya buat apa aku nak beli kereta yang aku tahu aku tak mampu nak bayar. Jadi aku cadangkan pada en suami beli Viva jelah tapi en suami kata mana ada dah Viva sekarang semua Axia kan? Tak tahulah betul ke tak tapi en suami dah siap pergi Econsave tolong tinjau-tinjau harga. Alhamdulillah, nampak gaya en suami pun macam menyokong (sebab dia pun nak tumpang guna juga lah tu) HA HA HA

Tapi biasalah bila nak melibatkan duit ni aku selalu tak tergesa-gesa. Banyak benda nak fikirkan lagi. Kalau boleh tak nak bayar bulanan mahal sangat dan kalau boleh biarlah ianya tak mengganggu ekonomi keluarga. Lepas tu mulalah hati kecil ni nak minta en suami belikan oven 3 in 1 Noxxa ni dengan harapan boleh buat bisnes jual roti. He he *otak bisnes kan? :P


Aku pernah pergi demo belajar buat roti di Kota Kemuning, sebab itulah semangat. Rasanya kalau beli ni boleh jimat berganda-ganda dah sebab anak-anak aku memang hantu roti dan aku pun suka je masak (eh dan-dan tu cakap suka masak roti padahal selama ni buat roti cara tradisi pun tak lepas). Tapi bila tengok demo tu alahai memang MUDAH untuk buat roti ni, serah sahaja pada Noxxa Breadmaker untuk membuat dan membakarnya terus.


Gambar di atas adalah chef yangs edang membuat roti berintikan bun. Sekejap sahaja dah siap :)


Walaupun kat rumah ni dah ada oven tapi hati (atau nafsu) tetap kata nak beli sebab aku boleh nampak yang produk ini akan memudahkan kerja aku di dapur. Hanya masukkan bahan-bahan, tekan-tekan dah siap. Kalau rajin boleh buat banyak-banyak dan minta en suami jual di pejabatnya. Eh! :P

Hermm, agak-agak kawan-kawanlah, mana satu yang harus aku beli dulu? Kereta atau acik Noxxa ni? Mohon jawapan ikhlas dari kawan-kawan :)


Iklan : Ada sesiapa nak join kutu oven Noxxa 3 in 1 ni tak? Jomler, macam dah tergoda aje nak beli ni :) Hubungi aku melalui :

Emel :zailamohamad@gmail.com
SMS / WA : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.


1 ulasan:

Unknown berkata...

mcm2 kegunaan rupanya oven noxxa ni ye...

Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com



Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^