Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 20 Mei 2015

Mudahnya Masak Bubur Pulut Hitam

Assalamualaikum,

Semalam aku puasa ganti (lagi) hehe. Nampaknya sudah masuk bulan Syaaban dah, huhu berdebar-debar sebab masih belum habis ganti puasa lagi. Huwaaaaaaa ya Allah Kau berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang akan datang untuk ganti puasa. Hermm, tapi hari ni tak puasa. Acaner tu? Takpe, kita sambung esok pula. Insya Allah.

Kebetulan balik kampung yang lepas aku ada beli beras pulut hitam di pasar Tumpat. Sepanjang hayat aku tak pernah masak bubur ini. Bukan apa, sebab aku tak reti nak agak waktu memasak tu lama mana. Kalau makan yang mak mertua buat memang selalu lah kan. Tapi sejak ada periuk ajaib *uhuk*uhuk* Noxxa ni, nak tak nak aku kena atasi ketakutan (atau lebih menarik dikatakan kemalasan) dan cuba untuk buat sendiri. Ok, mula-mula langkah pertama adalah tanya kawan-kawan dalam group memasak Noxxa dulu. He he he Nasib baik ada geng seangkatan jadi memang mudah nak rujuklah kan.

Bahan-bahan :

- beras pulut hitam (semalam aku guna mungkin dalam 4 cawan)
- air 4 cawan
- santan 4 cawan
- daun pandan
- nise (gula melaka 2)
- sedikit garam

Cara-caranya :

Mula-mula basuhkan beras pulut dan masukkan dalam periuk noxxa, masukkan air dan tutup. Setkan mod tekanan tinggi selama 26 minit. Selepas siap, lepaskan wap air dan tekan mod "fry" sambil-sambil tu masukkan santan, nise, daun pandan & nise. Kacau sehingga masak.

Sekejap sahaja dah boleh makan. Semalam suami kata sedap. Amboi terus semangat nak buat lagi. Yang bagusnya kalau guna Noxxa ni boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Bila nak makan hanya panaskan aje. MUDAH CEPAT KEMAS! Haaa gittew. Memang ramailah terbakar sebab hari-hari aku masukkan gambar hasil masakan guna Noxxa ni. Maaflah ya, dapur alaf moden yang banyak membantu surirumah memasak :P


Semalam juga buat nasi kerabu "bodoh". Macam biasalah, tak cukup bahan tapi asal ada sebab nasi kerabu memang kegemaran kami sekeluarga. Alhamdulillah, anak-anak dan suami makan bertambah. Jimat kalau masak sendiri.


Iklan :


Pada sesiapa yang ingin merasai kesedapan rempah ayam tandoori ni boleh beli dengan aku ya. Serious sedap. Asalnya seorang pelajar kelas aku memberikan sampel dan selepas beberapa kali buat, anak-anak dan suami cakap sedap. Insya Allah produk ini akan dimasukkan ke dalam Gedung Makanan Sunnah & Produk Bumiputera Online Anda. Boleh beli melalui :

Emel : zailamohamad@yahoo.com
Sms / WA : 012-970 6828
Facebook : Gedung Makanan Sunnah

1 ulasan:

Nadiah Hanum berkata...

Sedapnya bubur pulut hitam...;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^