Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 17 Jun 2015

Marhaban Ya Ramadan 2015


Assalamualaikum,

Esok umat Islam di Malaysia sudah mula berpuasa. Tiba-tiba aku rasa macam berdebar-debar pula, maklumlah tahun lepas sebulan tak dapat menunaikan ibadah puasa kerana melahirkan Aaliyah dan berpantang. Tahun ini semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan untuk menggumpul balik pahala dan melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Kalau boleh nak "cover" balik yang tahun lepas tapi tak nak cakap besar juga. Moga aku sentiasa diberikan peringatan agar dapat menggunakan masa dengan sebaiknya.

Kalau sekolah Haziq siap bagi kit Ramadan dan jadual sekali. Tahun lepas Haziq tak puasa penuh pun sebulan tapi dah mula boleh berpuasa penuh. Husna pun sama juga. Tahun ini aku doakan moga mereka berdua dapat penuhkan sebulan dan menghayati betul-betul bulan puasa ni. Bukan sekadar puasa tahan lapar sahaja.

Persiapan raya memang tak buat lagi tapi hari tu dapat tahu baju raya dah siap dijahit dah. Alhamdulillah, tak payah nak pening-pening cari baju raya last minute dah :P Cuma tinggal nak cari selipar atau kasut raya aje tapi anak-anak aku pun bukannya kisah sangat pasal ni, jadi takde lah rasa nak tension sangat. Persiapan nak sambut puasa pun biasa-biasa aje, takde pun senarai menu sebab aku ni dah tahu sangat perangai diri sendiri yang tak suka ikut apa yang dirancang :P Cuma kalau sesekali teringin bolehlah cuba. Tahun ini macam biasa memang tak akan jejak kan kaki ke pasar ramadhan sebab sejak berhenti kerja memang sentiasa masak aje untuk keluarga. Makan ala kadar pun bertambah-tambah (tak pernah nak kurus) kalau pergi beli agaknya lagi membazir kan?

Oklah, bisnes aku pun berjalan macam biasa, kalau tahun-tahun lepas menjual produk makanan tahun ini aku pelbagaikan lagi dengan menjual produk kesihatan dan barangan elektrik seperti periuk ajaib Noja dan macam-macam lagi. Maklumlah, dah itu kerja aku. Tak dapat untung juta-juta pun takpe lah janji tahun ini raya masih seperti tahun-tahun lepas dapat bagi duit raya untuk anak-anak buah dan mak ayah. Walaupun harga barang dah naik tapi jangan pula jadikan alasan duit tak cukup untuk bersedekah pada kanak-kanak. Kalau tak nak bagi pun takpe tapi janganlah nampak sangat kedekutan itu ya *opss macam mengata diri sendiri aje* He he he

Selamat berpuasa buats emua pembaca blog ini dan maafkan salah dan silap aku sepanjang menulis di sini. Maklumlah aku ni hanya insan biasa sahaja :)

Iklan : Bulan puasa ni mahu kekal bertenaga kena lah amalkan minum Nano Centa. Tambah susu badan dan muka juga insya Allah makin berseri-seri. Jom WA ke 012-970 6828 untuk beli dan amalkannya!


Emel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Stokis GC Tea & Nano Centa Shah Alam

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^