Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Khamis, 11 Jun 2015
Ramai Yang Mahukan Periuk Ajaib Untuk Bulan Puasa Ni
Assalamualaikum,
Masih lagi bersiaran di kampung. Kali ini percutian percuma bersama anak-anak. Menumpang rumah mak ayah di kampung sahaja, dapat free sauna dan kasih sayang tanpa sempadan. He he he
Anak-anak suka dapat main bebas depan rumah tapi tak tahan cuaca panaslah sket :P
Oklah bukan nak cerita pasal percutian kami tapi aku nak cerita tentang periuk ajaib serbaguna Noxxa yang telah aku gunakan sejak awal tahun 2015 lagi. Alhamdulillah, memang puas hati dan bersyukur sangat-sangat sebab memilikinya (terima kasih pada Af kerana berjaya memujuk aku membelinya). Sehingga saat ini, memang macam-macam menu yang sudah dicuba; ada yang menjadi dan ada yang tak (bukan sebab periuk tapi diri sendiri yang selalu derhaka resepi) he he he
Alhamdulillah juga sejak guna ramai kawan-kawan yang tertarik dan berikan feedback yang bagus. Antaranya salah seorang kawan aku yang pembantu rumahnya akan pulang bercuti jadi nak tak nak beliau kena cari gadget-gadget yang boleh membantu beliau memasak dengan cepat di dapur. Maklumlah dengan kerjaya sebagai pensyarah, sambung belajar lagi dan mempunyai 4 orang anak yang masih kecil lagi, jadi keputusan membeli periuk ajaib ini adalah satu keputusan yang tepat. Sekarang ni nak masak apa pun cepat aje, hari-hari dok hantar gambar masakan ke dalam Whats App Group kami :)
Apabila ramai yang tahu akan harganya, memang ramailah yang berfikir 2, 3 kali kerana maklumlah ada setengah orang merasakan yang harga terlalu mahal tapi bagi aku, harga adalah perkara nombor 2, jika ianya dapat menjimatkan masa, memudahkan kerja kita apa salahnya kan? Sejak aku guna periuk ni, tak pernah pula bil elekrtik naik segingga ratus-ratus. Satu pelaburan yang berbaloi-baloi juga ni :) Dapur pun kemas kerana tak perlu pelbagai perkakas memasak yang lain dah kerana satu periuk dah dapat buat kukus, goreng dan yang bagusnya fungsi delayed yang pasti menjadi kegemaran bagi setiap surirumah atau suri bekerja untuk digunakan pada bulan puasa nanti.
Nak tahu apa itu delayed function? Kenalah beli dulu dan bimbingan akan diberikan berterusan. Aku sendiri dulu xpernah terlintas nak memasak macam-macam menu tapi sekarang ni alhamdulillah setakat pulut kuning, rendang daging, bubur pulut hitam sekejap sahaja dah boleh buat (waaaaah stetmen berani mati ni). Cakap banyak tak guna, kena beli dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya. Jangan ada virus M sahaja, kalau ada virus ni memang beli lah 10 gadget pun tak akan menjadi, he he
Whats App 012-970 6828 (Zaila) untuk pertanyaan mengenai periuk ajaib ini ya :)
Iklan :
Untuk puasa, aku juga ada menjual kek buah. Sesiapa yang berminat untuk mencubanya boleh beli dan dapatkan sampel sebelum terlambat :) Hubungi aku melalui :
Emel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad
Bye!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan