Wednesday, August 5, 2015

Demam Robocar Poli Melanda Kanak-Kanak Di Malaysia

Assalamualaikum,

Sejak dua menjak ini asyik terngiang-ngiang pula lagu tema "Robocar Poli" di telinga aku ni. Iya lah, mana taknya, itu dah jadi rancangan kegemaran si Ashraf & Azzam, Aaliyah pun dah sama join the geng! Asal ada je kartun ni mulalah terhegeh-hegeh menari depan TV :)


Kalau dulu aku tak ambil "port" sangat pasal kartun kesukaan anak-anak ni tapi Ashraf tu setiapkali dalam kereta dan nampak kereta bomba terus aje cakap "Amirul, Roy lah" takpun kereta biru mereka gelarkan "Poli". Dan-dan tu mama pun terjebak sama. Lepas raya, masing-masing sibuk pujuk aku untuk belikan mainan kesukaan dengan menggunakan duit raya mereka. Herrmm, bertuah kan budak zaman sekarang, duit raya habis buat beli gadget aje. Lepas raya mak ayah pokai tapi anak-anak kaya :P

Tapi aku ni tak bagi sangat mereka berbelanja ikut suka, jadinya dah janji siap-siap untuk beli mainan dan selebihnya baki kena simpan dan beli buku. Haziq mula-mula tu nampak memberontak juga tapi setelah dipujuk dan diberikan alasan yang kukuh (tengoklah susah tau jadi mak bapak zaman milenium ni) nampak dah boleh terima. Sabtu lepas, macam biasalah pergi cari barangan parti harijadi untuk pelanggan aku dan rupa-rupanya kat situ berlambak-lambaklah wei mainan Robocar Poli ni. Apa lagi, macam cacing kepanasanlah budak-budak ni. Mama dia pula jenis otak bisnes terus beli lebih dan jual sekali. HA HA HA Tak sampai seminggu habis dan sekarang aku nak buka untuk pre-order pula.


Siapa berminat boleh PM / WA ke 012-970 6828 untuk jawapan yang pantas. Kalau nak email ke, P di fanpage ke selalunya lambat sedikit sebab aku selalu lupa nak check. Sekarang ni data memori telefon pun dah makin penuh sebab tu e-mel sudah tidak auto tele dengan telefon. Nak kena format balik ni, banyak sangat gambar-gambar tak berkenaan yang masuk dalam memori telefon aku ni :P

Harga? Sudah tentu lah kena PM dulu ya. Mainan di atas adalah yang boleh berubah bentuk kepada kereta. Saiz satu kotak ada sebesar tapak tangan aku jadi jangan ingat mainan ni besar sangat tapi agak besar jika dibandingkan dengan mainan di bawah ini :


Yang dalam kotak ni ada mainan yang kecil-kecil. KAlau tak silap ada dalam 12pcs. Sesuai sangat jika mahu berikan sebagai "door gift" atau "party pack" bagi tema ROBOCAR POLI. Tapi harus diingatkan jika mahu tempah kena sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum majlis sebab takut stok dah habis atau tak cukup ke apa, kalau bagitahu awal-awal senang sket aku nak cari dengan pembekal produk.


Yang ini pula siap dengan landasan keretapi. Boleh PM / WA ke 012-970 6828 tapi hanya untuk mereka yang serius sahaja.

Selain dari tema ROBOCAR POLI aku juga menjual pelbagai lagi tema kartun yang lain pada harga yang berpatutan. Paling femes adalah tema FROZEN lah di mana mudah untuk cari set barangan parti harijadi yang lengkap seperti pinggan, cawan, alas meja, baner bendera, plastik goodies, belon, kerawang dan kertas background. Kalau anak perempuan sesuai sangatlah buat tema ini ya :)


Untuk anak lelaki boleh pilih tema Spiderman atau Cars. Selalunya tema ini yang selalu dipilih dan senang untuk dicari. Kalau tema pelik-pelik, maaflah ya, aku pun malas nak berpeluh ketiak nak cari dari kedai ke kedai. Yang tu kena buat permintaan khas kepada penganjur parti (party planner) lah gamaknya :P


Oklah buat kawan-kawan yang berminat boleh like fanpage BARANGAN PARTI HARIJADI di facebook sekarang atau WA ke 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan harga. Maaf buat masa sekarang aku hanya ambil order secara online dan tiada COD melainkan kes-kes tertentu sahaja. Bukan apa, malas nak menghantar barang jauh-jauh sampai sesat-sesat lagi sedangkan untung yang dapat tak seberapa. Aku ni sudahlah agak lembab juga bab jalan-jalan ni, pernah kami nak hantar ke belah Ampang tu pergi dari pagi sampai ke malam baru balik kerana salah jalan dan jem yang kadang-kadang boleh buat aku stress. Jadi, kita serahkan sahaja kepada pihak yang berwajib iaitu POSLAJU untuk menjalankan tugas. Bukan mahal pun kos pos, yang penting sampai depan pintu rumah uols lagi :)

Ok bye!

3 comments:

Rizziela said...

anak2 saya pun sekarang bukan main suka lagi

Natrah Mohamed said...

Anak saya pun duk nyanyi n sibuk nak beli. Saya nak beli yang train, tapi anak nak yang seketul2 tu. Last2 x beli jgk. Hahaha.. Nanti nak jenguk FB kak Zaila. Kalau berkenan iolls oder.

Jemput singgah blog saya MamaBijakAnakSihat

Zaleha Awaluddin said...

assalam cikgu zaila..
wah.. nampak best je robocar poli.. jangan kata budak-budak, mak budak pun terikut2 suka nyanyi lagu kartun tu..hihi..
All the best cikgu zaila.
semoga terus sukses dalam bisnes!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015