Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 7 Ogos 2015

Suka-Suki Di Janda Baik 2015

Assalamualaikum,

Ini kisah Ahad yang lepas, baik abadikan cepat-cepat di dalam blog ini sebelum terlupa. He he he Maklumlah #makramaianak macam ini lah, tanda-tanda penuaan sudah muncul dan kemalasan tahap melampau :P

Ahad lepas kami sekeluarga bersama dengan adik beradik belah en suami ke Janda Baik. Lamanya kami tidak pergi sampaikan hampir tersesat juga. Ingatkan dekat aje dari simpang yang nak masuk tu, rupa-rupanya jauh ke dalam juga. Hampir 2 tahun sudah sejak kami ke sini berkumpul berbbq bersama. Boleh rujuk entri ini : Berbbq Di Tepian Sungai Janda Baik

Kami pergi ke lokasi sama, wakaf sama & rumah chalet pun sama. Tapi nampak gayanya macam dah ada banyak perubahan pada sungai, air sudah tidak sejernih dulu dan sungai pun dah banyak batu-batu dan sampah. Pendek kata, rasanya yang sebelum ini lagi tenag dari yang sekarang. Chalet ada sedikit penambaikan di mana tandas pun sudah bermozek ala-ala batu marmar & bayaran pun sudah tentu lah meningkat lagi :) Apa-apa pun, semua berpuas hati kerana pada hari tersebut memang anak-anak mandi sepuasnya (anak-anak aku hanya Haziq & Husna aje yang turun main air, Azzam & Ashraf turun jika berteman). Antara menu tersohor adalah nasi kerabu, bihun goreng, pulut durian, durian kampung, bbq ikan, kambing, jagung bakar & macam-macam lagi. Penuh perut kami hari tu. Orang lain pergi beraya di rumah terbuka tapi kami lari masuk ke dalam hutan untuk cari durian :P


Semua sampai dalam pukul 10 pagi. Awal-awal semuanya pakat lapar sebab masing-masing nak simpankan perut sebab tahu nak makan nasi kerabu. Masa ni tokei nasi kerabu tak sampai lagi walaupun tokei tinggal di Karak. Maklumlah sibuk mencari durian :) Jadi apa sahaja makanan yang ada semua kami bedal dulu buat alas perut. Aku pun sepatutnya janji nak buat makaroni goreng tapi tak buatlah sebab risaukan kelambakan makanan yang terlampau kan, awal-awal je macam takde makanan tapi lepas tu sampai tak boleh nak sumbat lagi dah :P


Puas hati dapat makan durian. Ada yang mahal ada yang murah. Siap boleh bawa balik rumah lagi. Nasib baiklah anak-anak aku semua makan durian kalau tak rugi sahaja papa diorang bayar untuk bahagian kami :P


Tengoklah air dah tak macam dulu, mungkin hujan agaknya di bahagian atas bukit sebab itu nampak macam air keruh sedikit. Aku memang tak turun langsung lah memandangkan banyak batu, risaulah nanti licin terjatuh macam badak air lah nanti :P


Jangan risau bekalan makanan mencukupi dan tukang menjual pun ramai. Ada tukang bungkus nasi kerabu samah (50 sen) lagi :)


Adik en suami sedang bbq daging kambing (limited edition sebab tak banyak), yang baju hitam tu adik ipar terbaru dalam keluarga. Alhamdulillah, kahwin bulan 12 tahun lepas dan sekarang isterinya juga telah hamil. Dijangka tahun depan mak mertua dapat 2 orang cucu baru lagi. Tahun ini pun 2 orang, meriah kan?


Aku tak sempat pun nak rasa bbq daging kambing ni. Banyak sangat makanan sampai perut penuh dan tak boleh nak sumbat lagi dah


Yang penting anak-anak ler enjoy mandi sungai. Sepupu yang sebaya Azzam (yang tak pakai baju tu) lagi lah mandi dari mula sampai hingga petang. Memang jaguh kampung betul.


Yang dewasa pula makan je lebih, asyik mengadap makanan sajork :P


Ashraf bersungguh sangat makan apa tu? 


Sesi berendam mak-mak dan anak-anak badak Opssssss


Azzam ni penakut air, asyik menempel aje dengan mama tapi yang bagusnya dia makan semua apa yang mama makan. Budak ni kuat makan tapi badan tetap kerempeng juga


Tengok gambar durian ni terus rasa nak muntah, tak makan banyak pun tapi entahlah mungkin sebab lepas makan durian perut aku memulas kot. Hari tu dua tiga kali juga ulang masuk tandas, nasib baiklah sewa chalet tu. Kalau tak, jenuh juga nak cari tandas.


Lala sepupu Husna yang baru balik dari Vietnam, kelakar sungguh bila dia cakap "ohh this rock hurts me" Amboi kemain lagi ko Lala ya, tak suka pasir lah dan macam-macamlah dia membebel dalam loghat omputehnya. Maklumlah sebab di Vietnam dia bersekolah di International School, so memang omputehlah snagat slangnya. Nasib baik "kecek klate" masih faham lagi, he he he


Haziq dan sepupu-sepupu mereka. Nampak tak anak buah aku sedang usung kotak apa tu? Kotak Noxxa ler tu. Jangan main-main ya, sambil bercuti beriadah bersama keluarga urusniaga tetap dijalankan. Ha ha ha


Gambar ulang tayang makan durian lagi. Sila jangan terliur ya, kalau nak makan durian pergi cari tepi-tepi jalan pasti ada cuma harga tu tak pastilah macamana.


Aaliyah yang manja dan melekat aje dengan mama. Tapi gambar di atas Aaliyah di atas mak saudaranya yang tinggal di Kuala Selangor tu, baik pula duduk senyap aje tak berani nak menangis ke apa


Akhir sekali, acara macam ni memang best tapi kadang-kadang terlalu banyak sangat makanan sampai tak tahu nak makan apa dah. Tambahan pula perut aku pun tak berapa "sedap" sejak balik dari kampung lagi. Biasalah, bila puasa perut kosong tapi balik kampung beraya macam-macam sumbat. Kesian kan dekat perut kita terpaksa bekerja keras untuk proses segala makanan yang masuk. Oleh itu jaga lah kesihatan demi masa depan hari tua anda. Boleh ambil vitamin atau makanan kesihatan jenama Nutrilite edaran Amway, jangan lupa beli dengan aku ya :) *iklan sekejap hew hew hew

Oklah, sehingga bertemu lagi. Bye!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. www.efficient2me.com
"

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^