Friday, December 4, 2015

6 Idea Dekorasi Ruang Makan Dari Ikea

Assalamualaikum,

Beberarapa hari yang lepas ternampak gambar-gambar ini yang dikongsi di laman Ikea di Facebook. Jadi, aku kongsikan balik di sini. Macam biasalah, aku memang peminat idea dekorasi Ikea, berlambak-lambak juga gambar idea dekorasi dari Ikea yang aku letak dalam blog ini. Kebanyakan produk dalam rumah aku pun banyak yang dibeli di Ikea tapi yang murah-murah aje lah, yang mahal-mahal hanya mampu berangan aje buat masa sekarang. Hu hu hu

Kita ni kalau ikutkan nafsu semua nak beli, semua nak cantik di mata kita. Bagi yang bekerja dan mampu tu sudah tentulah boleh beli segala-galanya kan, tapi pada yang tak mampu cukuplah sekadar rumah yang kemas dan tidak bersepah (ayat nak sedapkan hati). Ok lah, jom cuci mata dengan idea dekorasi ruang makan dari Ikea. Semoga satu hari nanti aku dapat beli meja makan idaman hati dari Ikea. Meja makan kat rumah ni dah hampir 9 tahun dah dan makin lama makin kecil pula meja ni (mana taknya semua nak letak atas meja) hehe

Tengoklah 2016 macamana, kalau ada rezeki insya Allah tak ke mana :)


Kerusi putih pun lawa kan


Meja idaman hati aku adalah yang boleh sambung bagi panjang bila ramai tetamu datang. Hermmm, sekarang ni ada 6 kerusi kalau nak makan tu kena buat 2 kali jamu T____T



Kabinet kaca tu pun dah lama mengidam tapi tak pernah dapat. Asal ada duit je habis. Hu hu hu Sejak ada anak ramai ni memang keinginan untuk hias rumah terpaksa ditahan-tahan dulu, biarlah anak-anak besar dulu baru boleh kasi lawa sikit rumah ni



Suka kalau ruang makan diterangi cahaya matahari dari luar. Aku pun sebenarnya suka rumah konsep macam ni tapi kalau tinggal di KL ni macam seganlah pula terbuka macam tu ye tak? Nanti jiran kita nampak kita makan budu hari-hari. Opssss


Yang ini bukan gambar Ikea ya, tu gambar ruang SOHO aku. Gatal tangan nak kemas buku jadi tukar rak buku baru (ambil dari bilik anak-anak) tapi kesudahan masih tak cukup tempat juga untuk letakkan semua buku-buku. Best kan kalau ada bilik bacaan sendiri, boleh buat rak buku macam dalam perpustakaan :)

Berangan itu percuma tapi mana tahu satu hari nanti bakal terlaksana. Jadi jangan takut untuk berangan :)

Bye!

2 comments:

dorsett pink said...

simple and nice. I like!

btw, meja akak tu kemas jer, cantik

Amy Hilmirda Daud said...

samalah kita peminat deko ikea.
tak dapat beli dapat berangan pun jadilah kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015