Sunday, December 6, 2015

Big Bad Wolf Kembali Lagi

Assalamualaikum,

Aku rasa mesti ramai yang dah tahu akan kewujudan serigala jahat ni di The Mines. Sebenarnya sejak Jumaat lagi dah ramai yang "tayang" hasil tangkapan di dalam facebook. Adoi berasap je Mekla ya sebab tak dapat pergi lagi. Tak tahulah larat ke tak nak heret perut yang makin membesar ni. Sebenarnya kalau en suami bagi kebenaran, rasanya Mekla dah awal-awal lagi melompat pergi :)


Setiap tahun pun berlangsung di tempat yang sama juga. Bagus kan sebab setiap tahun mesti orang akan ingat akan BBW. Boleh like fanpage mereka di sini : Big Bad Wolf Books. Pada yang tak tahu, ini sebenarnya adalah tempat jualan buku terbesar di Malaysia dan harga juga memang dikatakan sangat murah. Sesuai sangat bagi penggemar buku :)


Buku-buku yang dijual pada harga yang murah dan berbaloi-baloi. Aku tak pernah lagi pergi tapi aku selalu juga baca komen mereka yang pernah pergi di dalam laman fanpage mereka :)


Khabarnya dibuka 24 jam. Kalau tak nak bersesak-sesak apakata pergi waktu tengah malam. Senang sikit nak memilih dan beratur untuk membayarnya :)

Tahun lepas semasa BBW dijalankan, aku dan keluarga sedang bercuti di Sabah tapi sempat juga buat teknik BAD (bertanya Allah dahulu) di mana aku aplikasikan apa yang telah dibaca dalam ebook BAD. Walaupun kita tahu yang kita tak dapat pergi tapi tak semestinya tak dapat dapatkan juga buku-buku dari sana. Alhamdulillah, Allah hadirkan adik Nor Amirah (salah seorang pelajar kelas asas blog & fanpage) dan paling gembira lagi bila beliau sedekahkan aje semua buku-buku yang dibeli dari sana. Rezeki kan?


Buku Peter Rabbit memang menjadi kesukaan anak-anak aku manakala buku Kitchen Table Tycoon pula kesukaan aku. Ada banyak sangat ilmu mengenai ibu-ibu yang bekerja dari rumah. Buku Safe Money in Tough Times aje tak sempat nak baca lagi. Mungkin sebab melibatkan hal kewangan terasa bagai mengantuk aje mata ni :P

Apa-apa pun, tahun ini aku nak buat teknik BAD juga semoga dapat menjejakkan kaki di BBW ini. Kalau takpun semoga Allah hadirkan insan-insan pemurah yang mahu sedekahkan buku buat aku :) *wink*wink* Nanti habis baca aku akan kongsikan di blog. Boleh sama-sama kongsikan ilmu tersebut :)

Oklah, masih ada masa lagi untuk buat BAD. Ya Allah semoga terlaksana azam mak buyong nak jejakkan kaki ke BBW :) Aaamin.

1 comment:

dorsett pink said...

OK. kene pergi cepat2 ni. nanti habis pulak buku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015