Wednesday, December 2, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sudah masuk minggu kedua cuti persekolahan 2015. Mula-mula tu pening juga bila memikirkan keadaan anak-anak. Maklumlah tahun ini kami tidak merancang sebarang percutian keluarga lagi dek kerana kesibukan en suami dengan kerjanya dan kekurangan budget untuk bercuti :(

Tahun depan banyak nak pakai duit untuk terima kehadiran "orang baru" dan sudah semestinya anak-anak juga makin ramai yang mahu melangkah masuk ke alam persekolahan. Insya Allah Ashraf bakal memasuki tadika berdekatan dengan rumah jadi kena berjimat sedikitlah untuk perbelanjaan sekolah yang tak kalah macam nak masuk universiti tu!

Oklah, nak kongsikan jadual aktiviti anak-anak untuk minggu pertama yang lepas. Ini semua terinspirasi dari jadual anak Pn Ashikin Hashim salah seorang teman maya di facebook. Aku buat untuk setiap minggu bekerja aje sebab kalau hujung minggu ni selalunya memang akan ada aktiviti keluarga. Jadi gigihlah setiap hari fikirkan aktivti apa yang sesuai dilakukan bersama anak-anak terutamanya Haziq & Husna. Tak naklah nanti cuti dihabiskan dengan menonton TV dan bermain sahaja, paling kurang biar ada aktivti yang memberikan manfaat gitu. Biar mama penat atau habis duit takpe, asalkan anak-anak gembira :)


Hermm, ada juga mengelat dari lakukan aktiviti tu contohnya slot ke perpustakaan MBSA di Kota Kemuning tu digantikan dengan slot ke rumah sepupu mereka tapi nanti ganti lah balik pada hari yang berlainan. Macam biasalah, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kebetulan pada hari tersebut mak mertua ada di rumah adik ipar di Bandar Putera jadi aku terus bawa anak-anak ke situ ajelah. Seronok mereka dapat bermain dengan sepupu-sepupunya!

Alhamdulillah hari Rabu yang lepas memang terlaksana apa yang dirancangkan iaitu mahu membawa anak-anak ke MPH Subang Parade. Ikutkan hati memang malas (tambah-tambah duit tak berapa nak ada) tapi disebabkan dah tulis dan cetak kemudian anak-anak pun dah tampal dalam buku aktiviti cuti sekolah, nak tak nak kena lah juga cekalkan hati bawa anak-anak semua. Alhamdulillah semuanya mendengar cakap dan tak banyak karenah cuma biasalah sesekali mama kena naikkan suara juga bila nampak mereka terlampau "galok" (ceria).


Sebenarnya aku suka bulan Disember sebab mesti akan ada hiasan krismas yang menarik dan lawa-lawa. Masa ni masih dalam proses pemasangan lagi, nak bergambar pun dari tepi sahaja :)


Gigih tak mak buyong bawa 4 orang kanak-kanak ribena ni. Aaliyah aku tak bawa tinggalkan dengan Aini di rumah. Nasib baiklah ada stroller yang banyak membantu memudahkan kerja aku. Ini baru pergi Subang Parade, kalau pergi Midvalley tak tahulah macamana (rasanya tak mampu kot nak pergi seorang diri bersama anak-anak je).


Masuk MPH anak-anak sibuklah lari sana-sini pilih buku, rambang mata budak-budak ni tapi akesudahan hanya boleh beli sikit sahaja sebab aku takde dana (tabung) buku. He he he Takpe kita claim dengan en suami nanti :)


Hiasan krismas di Subang Parade, aku suka juga bawa anak-anak di sini sebab kalau pergi hari bekerja parking senang dapat dan tak perlu nak berjalan jauh sangat untuk ke setiap kedai. Sangat sesuai bagi ibu pemalas macam aku ni, orang pun tak ramai dan tak sesak macam shopping mall yang lain. Sempatlah juga aku selit untuk beli baju untuk diri sendiri :)


Kat bahagian belakang MPH ada sudut buku-buku Inggeris untuk anak-anak, memang banyak sangat sampai rasanya boleh termuntah kalau nak baca semua. Jadinya, aku pilih aje mana-mana buku yang mereka suka dan bacakan di situ. Pakat-pakat bersila atas karpet, he he lantaklah mata-mata lain memandang pun sebab mak buyong dah tak larat nak berdiri lama-lama :)

Best juga sebab rasa macam satu terapi dapat beli buku untuk diri sendiri juga. Tak perlu beli buku yang tebal dan mahal, cukuplah buku yang nipis tapi padat pengisiannya. Antara buku yang sempat aku beli ;-


Buku di bawah tu semua mama yang punya, baru RM15 seketul, he he he Nanti kalau ada masa insya Allah aku kongsikan kupasan hasil dari bacaan buku-buku tersebut. Semuanya menarik untuk dibaca :)

Oklah, nak kemas ruang SOHO yang dah berhabuk ni. Nanti ada masa aku menulis lagi, tata!

1 comment:

Rizziela said...

wah..siap ada listing lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015