Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan

Ahad, 6 Disember 2015

Big Bad Wolf Kembali Lagi

Assalamualaikum,

Aku rasa mesti ramai yang dah tahu akan kewujudan serigala jahat ni di The Mines. Sebenarnya sejak Jumaat lagi dah ramai yang "tayang" hasil tangkapan di dalam facebook. Adoi berasap je Mekla ya sebab tak dapat pergi lagi. Tak tahulah larat ke tak nak heret perut yang makin membesar ni. Sebenarnya kalau en suami bagi kebenaran, rasanya Mekla dah awal-awal lagi melompat pergi :)


Setiap tahun pun berlangsung di tempat yang sama juga. Bagus kan sebab setiap tahun mesti orang akan ingat akan BBW. Boleh like fanpage mereka di sini : Big Bad Wolf Books. Pada yang tak tahu, ini sebenarnya adalah tempat jualan buku terbesar di Malaysia dan harga juga memang dikatakan sangat murah. Sesuai sangat bagi penggemar buku :)


Buku-buku yang dijual pada harga yang murah dan berbaloi-baloi. Aku tak pernah lagi pergi tapi aku selalu juga baca komen mereka yang pernah pergi di dalam laman fanpage mereka :)


Khabarnya dibuka 24 jam. Kalau tak nak bersesak-sesak apakata pergi waktu tengah malam. Senang sikit nak memilih dan beratur untuk membayarnya :)

Tahun lepas semasa BBW dijalankan, aku dan keluarga sedang bercuti di Sabah tapi sempat juga buat teknik BAD (bertanya Allah dahulu) di mana aku aplikasikan apa yang telah dibaca dalam ebook BAD. Walaupun kita tahu yang kita tak dapat pergi tapi tak semestinya tak dapat dapatkan juga buku-buku dari sana. Alhamdulillah, Allah hadirkan adik Nor Amirah (salah seorang pelajar kelas asas blog & fanpage) dan paling gembira lagi bila beliau sedekahkan aje semua buku-buku yang dibeli dari sana. Rezeki kan?


Buku Peter Rabbit memang menjadi kesukaan anak-anak aku manakala buku Kitchen Table Tycoon pula kesukaan aku. Ada banyak sangat ilmu mengenai ibu-ibu yang bekerja dari rumah. Buku Safe Money in Tough Times aje tak sempat nak baca lagi. Mungkin sebab melibatkan hal kewangan terasa bagai mengantuk aje mata ni :P

Apa-apa pun, tahun ini aku nak buat teknik BAD juga semoga dapat menjejakkan kaki di BBW ini. Kalau takpun semoga Allah hadirkan insan-insan pemurah yang mahu sedekahkan buku buat aku :) *wink*wink* Nanti habis baca aku akan kongsikan di blog. Boleh sama-sama kongsikan ilmu tersebut :)

Oklah, masih ada masa lagi untuk buat BAD. Ya Allah semoga terlaksana azam mak buyong nak jejakkan kaki ke BBW :) Aaamin.

Rabu, 2 Disember 2015

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sudah masuk minggu kedua cuti persekolahan 2015. Mula-mula tu pening juga bila memikirkan keadaan anak-anak. Maklumlah tahun ini kami tidak merancang sebarang percutian keluarga lagi dek kerana kesibukan en suami dengan kerjanya dan kekurangan budget untuk bercuti :(

Tahun depan banyak nak pakai duit untuk terima kehadiran "orang baru" dan sudah semestinya anak-anak juga makin ramai yang mahu melangkah masuk ke alam persekolahan. Insya Allah Ashraf bakal memasuki tadika berdekatan dengan rumah jadi kena berjimat sedikitlah untuk perbelanjaan sekolah yang tak kalah macam nak masuk universiti tu!

Oklah, nak kongsikan jadual aktiviti anak-anak untuk minggu pertama yang lepas. Ini semua terinspirasi dari jadual anak Pn Ashikin Hashim salah seorang teman maya di facebook. Aku buat untuk setiap minggu bekerja aje sebab kalau hujung minggu ni selalunya memang akan ada aktiviti keluarga. Jadi gigihlah setiap hari fikirkan aktivti apa yang sesuai dilakukan bersama anak-anak terutamanya Haziq & Husna. Tak naklah nanti cuti dihabiskan dengan menonton TV dan bermain sahaja, paling kurang biar ada aktivti yang memberikan manfaat gitu. Biar mama penat atau habis duit takpe, asalkan anak-anak gembira :)


Hermm, ada juga mengelat dari lakukan aktiviti tu contohnya slot ke perpustakaan MBSA di Kota Kemuning tu digantikan dengan slot ke rumah sepupu mereka tapi nanti ganti lah balik pada hari yang berlainan. Macam biasalah, kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kebetulan pada hari tersebut mak mertua ada di rumah adik ipar di Bandar Putera jadi aku terus bawa anak-anak ke situ ajelah. Seronok mereka dapat bermain dengan sepupu-sepupunya!

Alhamdulillah hari Rabu yang lepas memang terlaksana apa yang dirancangkan iaitu mahu membawa anak-anak ke MPH Subang Parade. Ikutkan hati memang malas (tambah-tambah duit tak berapa nak ada) tapi disebabkan dah tulis dan cetak kemudian anak-anak pun dah tampal dalam buku aktiviti cuti sekolah, nak tak nak kena lah juga cekalkan hati bawa anak-anak semua. Alhamdulillah semuanya mendengar cakap dan tak banyak karenah cuma biasalah sesekali mama kena naikkan suara juga bila nampak mereka terlampau "galok" (ceria).


Sebenarnya aku suka bulan Disember sebab mesti akan ada hiasan krismas yang menarik dan lawa-lawa. Masa ni masih dalam proses pemasangan lagi, nak bergambar pun dari tepi sahaja :)


Gigih tak mak buyong bawa 4 orang kanak-kanak ribena ni. Aaliyah aku tak bawa tinggalkan dengan Aini di rumah. Nasib baiklah ada stroller yang banyak membantu memudahkan kerja aku. Ini baru pergi Subang Parade, kalau pergi Midvalley tak tahulah macamana (rasanya tak mampu kot nak pergi seorang diri bersama anak-anak je).


Masuk MPH anak-anak sibuklah lari sana-sini pilih buku, rambang mata budak-budak ni tapi akesudahan hanya boleh beli sikit sahaja sebab aku takde dana (tabung) buku. He he he Takpe kita claim dengan en suami nanti :)


Hiasan krismas di Subang Parade, aku suka juga bawa anak-anak di sini sebab kalau pergi hari bekerja parking senang dapat dan tak perlu nak berjalan jauh sangat untuk ke setiap kedai. Sangat sesuai bagi ibu pemalas macam aku ni, orang pun tak ramai dan tak sesak macam shopping mall yang lain. Sempatlah juga aku selit untuk beli baju untuk diri sendiri :)


Kat bahagian belakang MPH ada sudut buku-buku Inggeris untuk anak-anak, memang banyak sangat sampai rasanya boleh termuntah kalau nak baca semua. Jadinya, aku pilih aje mana-mana buku yang mereka suka dan bacakan di situ. Pakat-pakat bersila atas karpet, he he lantaklah mata-mata lain memandang pun sebab mak buyong dah tak larat nak berdiri lama-lama :)

Best juga sebab rasa macam satu terapi dapat beli buku untuk diri sendiri juga. Tak perlu beli buku yang tebal dan mahal, cukuplah buku yang nipis tapi padat pengisiannya. Antara buku yang sempat aku beli ;-


Buku di bawah tu semua mama yang punya, baru RM15 seketul, he he he Nanti kalau ada masa insya Allah aku kongsikan kupasan hasil dari bacaan buku-buku tersebut. Semuanya menarik untuk dibaca :)

Oklah, nak kemas ruang SOHO yang dah berhabuk ni. Nanti ada masa aku menulis lagi, tata!

Selasa, 16 Oktober 2012

Jom Beli Buku Tulisan Roza Roslan (Bukan Sekadar Resepi, Travelog Impian Abadi & Travelog Kehidupan Abadi)


Assalamu'alaikum semua,

Haritu aku dah bercerita serba sedikit tentang buku Bukan Sekadar Resepi hasil tulisan Roza Roslan. Kali ni aku nak perkenalkan lagi 2 buah buku hasil tulisan Roza Roslan ini iaitu Travelog Impian Abadi & Travelog Kehidupan Abadi.

Sinopsis Travelog Impian Abadi :

Esok, saya tidak pasti apa yang bakal saya lalui. Esok terlampau panjang. Sejam daripada saat ini tidak jelas dan nyata, apatah lagi bagi memikirkan hari esok". 
 
"Jika sampai masanya dipanggil pulang, entah sempatkah saya berlari pulang ke pangkuan mereka yang tersayang. Mampukah saya memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal..."

Penulis menyingkap dan mentafsir makna kehidupan yang dilaluinya dari sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini untuk memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi? 
Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul? Atau kita banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh nafsu dan emosi melulu, bukannya akal sihat, sesuai dengan ajaran-Nya?

Sinopsis Travelog Kehidupan Abadi :

Sebagaimana siri yang terdahulu, Travelog Kehidupan Abadi: Perjalanan Menuju Dewasa ini meneruskan perjalanan penulis mencari cinta abadi milik Allah. Buku ini adalah sambungan daripada perca hidup penulis. Paling menarik penulis menceritakan kisah lintasan hati seorang anak kecil yang ingin ke luar negara. Ia adalah hasrat hati yang tidak pernah luntur.

Pada yang berminat untuk mendapatkan siri buku Roza Roslan, bolehlah like MKS Kedai Buku Online atau dengan cara :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Phone No : 012-3228651 (sms sahaja)

Harga Pakej : RM73 (SM) RM79 (SS)
Kos pos : RM10 (SM) RM15 (SS)

Kalau beli pakej, boleh jimat di kos pos so jangan tangguh-tangguh lagi..Order sekarangs ebelum kehabisan stok:) Resit disediakan bagi mereka yang mahu cuma perlu nyatakan awal-awal ya:)

Pada sesiapa yang nak mulakan bisnes kain cotton Vietnam, pembelian min adalah 10 helai..Boleh PM aku untuk mengetahui harga yang ditawarkan..

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Rabu, 10 Oktober 2012

Tips & Persediaan Sebelum Menjadi WAHM, SAHM, SOHO


Assalamu'alaikum,

Ramai yang bertanyakan aku, apa itu WAHM, SAHM, SOHO?? Rupanya masih ramai yang masih belum biasa dengan istilah-istilah ini so meh sini aku bagitahu apa maknanya yaa

WAHM : Working At Home Mummy - ibu-ibu yang bekerja dari rumah sambil-sambil menjaga anak, selalunya mereka yang menguruskan perniagaan secara online atau mereka yang mengambil upah menjaga anak jiran, mereka yang berniaga kuih-muih atau apa sahaja pekerjaan yang dilakukan dari rumah.

SAHM : Stay At Home Mummy - ibu-ibu yang berada di rumah menjaga anak..Istilah lain adalah surirumah sepenuh masa yang hanya menumpukan sepenuh perhatian membesar & mendidik anak-anak mereka.

SOHO : Small Office Home Office - Bagi ibu-ibu yang bekerja dari rumah, selalunya apabila bisnes sudah berkembang, mereka akan memerlukan satu ruang di rumah (tidak kiralah besar atau kecil) untuk menyimpan segala maklumat bisnes & juga stok yang semakin bertambah.

Tidak kiralah anda tergolong dalam golongan yang mana, keputusan berhenti kerja atau tidak mahu bekerja dengan mana-mana institusi adalah tindakan paling berani yang pernah dilakukan di dalam hidup anda sebagai seorang ibu/isteri. Tapi jangan takut kerana, dalam dunia yang serba canggih ini, dengan adanya kemudahan internet, segalanya mungkin memudahkan para wanita bekerja dari rumah:)

Tapi, harus diingatkan..bukan mudah untuk memulakan langkah dalam membina sebuah empayar perniagaan alam maya. Aku sendiri mengambil masa selama lebih 2 tahun untuk membiasakan diri dengan lumrah perniagaan & karenah pelanggan. Perniagaan ini ada pasang surutnya, tidak selalu akan mendapat permintaan so sebelum menjadi seorang WAHM, haruslah ada persediaan fizikal & mental yang kuat. Paling penting tulang belakang kita iaitu suami kita memberikan sepenuh sokongan & mampu untuk menampung perbelanjaan keluarga sepanjang kita tidak bekerja nanti.

Selain itu, kita juga haruslah mempersiapkan diri dengan menimba lebih banyak ilmu & pengetahuan tentang cara-cara untuk menjadi wanita hebat yang bekerja dari rumah, pandai menguruskan masa & perlukan juga buku-buku motivasi sebagai pembakar semangat untuk terus nekad bekerja mencari rezeki dari rumah. Di sini, aku perkenalkan siri buku-buku yang WAJIB dibaca & harus ada bagi setiap wanita yang berkeinginan untuk menjadi seperti aku & beribu wanita lain di luar sana yang sedang memulakan langkah bekerja dari rumah masing-masing.

Jom dapatkan buku-buku ini dulu :


Pakej Mula Bisnes (WAHM, SAHM, SOHO) yang mengandungi 4 buah buku :

- Teknik Terhebat Bereskan Kerja
- Wanita Juga Boleh Berbisnes
- Nota Jutawan Nota Perniagaan
- Super Wife Super Mom Super Women

Harga Pakej :
RM87 (SM) RM99 (SS)

Atau boleh juga dengan membeli satu-satu dengan harga :


1) Nota Jutawan Nota Perniagaan
Harga : RM30 (SM & SS)
Kos pos : RM5

2) Super Wife Super Mom Super Women
Harga : RM17 (SM) RM19 (SS)
Kos pos : RM5


3) Teknik Terhebat Bereskan Kerja
Harga : RM14 (SM) RM16 (SS)
Kos pos : RM5


4) Wanita Juga Boleh Berbisnes
Harga : RM16 (SM) RM19 (SS)
Kos pos : RM5

Aku juga sedang berusaha untuk menghabiskan buku Wanita Juga Boleh Berbisnes : Berguru Kepada Khadijah..Insya Allah akan aku kongsikan beberapa isi kandungan yang menarik & boleh dijadikan panduan bersama nanti.

Oklah, pada yang berminat..blehlah order sekarang kerana buku-buku ini memang mendapat permintaan tinggi. Takut kehabisan stok pula, tak rugi beli buku untuk dibaca ni..Jangan beli buat perhiasan fulak ya:P

Jom like MKS Kedai Buku Online sekarang!

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Selasa, 9 Oktober 2012

Buku-Buku Yang Bagus Dibaca Sepanjang Kehamilan

Assalamu'alaikum

Tak ramai yang tahu yang sekarang ni aku juga ada menjual buku-buku pilihan yang terdiri daripada pelbagai jenis buku agama, motivasi sesuai bacaan untuk semua peringkat umur..Sudikan klik like untuk facebok MKS Kedai Buku Online untuk melihat buku-buku yang aku jual:)

Ok, di sini aku up (perkenalkan) Pakej Kehamilan di mana ianya terdiri dari 4 jenis buku yang sesuai dibaca untuk ibu-ibu mengandung di luar sana..Antara buku-buku yang terdapat dalam pakej ini adalah seperti di bawah:-


Pakej Pembacaan sepanjang kehamilan :

Harga Semenanjung Malaysia : RM68 kos pos RM10 (penjimatan RM10)
Harga Sabah & Sarawak : RM74 kos pos RM15 (penjimatan RM5)

Atau nak dapatkan satu-satu pon boleh juga :


1) Soleh & Solehah Sejak Dalam Rahim : Panduan Merancang Dan Mengarahkan Janin Menjadi Soleh/Solehah
Harga : RM15 (SM) RM17 (SS)
Kos pos : RM5


2) Diari Hamil : Menanti Detik Keindahan Bersama
Harga : RM26 (SM) RM28 (SS)
Kos pos : RM5


3) Amalan Ibu Mengandung & Nama-Nama Islam
Harga : RM12 (SM) RM14 (SS)
Kos pos : RM5


4) Pesona Didik Anak Secara Sunnah
Harga : RM15 (SM & SS)
Kos pos : RM5

Pada yang berminat untuk mendapatkan koleksi pakej pembacaan sepanjang kehamilan ini, bolehlah dapatkan sekarang dengan cara :
Email : zailamohamad@yahoo.com (tajuk : Buku Kehamilan 1/2/3/4 atau pakej pembacaan kehamilan)
Phone No : 012-3228651

Nantikan banyak lagi buku-buku motivasi yang akan aku up kan di entri yang akan datang..Bagus untuk pembacaan bagi mereka yang baru nak memulakan langkah sebagai seorang SAHM, WAHM atau SOHO macam aku ni:P

Lagi bagus kalau beli sekali dengan Pakej Pantang yang aku jual ni..hehehe

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^