Monday, December 21, 2015

Promosi Kembali Ke Sekolah : Beg Galas Ergonomic Impact Ergo

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah nak menghampiri penghujung cuti sekolah bagi tahun 2015 dah kan? Cepatnya masa berlalu. Kawan-kawan dah beli semua dah ke persiapan sekolah anak-anak untuk tahun depan? Aku boleh dikatakan sejak awal bulan lagi memang ada beli sikit-sikit, bermula sewaktu balik kampung lagi beli kasut sekolah anak-anak, seluar dan minggu lepas setelkan beli buku sekolah dan baju sekolah anak-anak. Memang laju juga lah duit mengalir bak air terjun (mata air) lagi. Hu hu hu

Apakan daya, demi pendidikan anak-anak, kena lah berkorban sikit. Mesti uols kesian kan dekat anak-anak yang bawa beg berat ke sekolah gara-gara semua buku pun nak dibawa ke sekolah. Memang bahaya sangatlah sebab kalau dibiarkan lama-lama mesti anak-anak akan boleh mengidap sakit belakang dan postur badan juga akan berubah gara-gara selalu memikul beban yang berat setiap hari.


Jangan risau, Mekla ada jual beg galas Ergonomic Impact Ergo khas untuk anak-anak yang mahu kembali ke sekolah. Kalau tengok di pasaraya harganya memang boleh tahan "mahal" juga tapi Mekla nak bagi harga tawaran yang istimewa sempana kembali ke sekolah. Kenapa harus beli beg galas ni? Meh baca sikit :

*Sangat ringan
Bahan berkualiti tinggi, kalis air dan berciri pemantul – meningkatkan darjah penglihatan dalam keadaan cahaya malap
Product Features:
**Sistem Perlindungan Spina Ortopedik (OSPS)/Panel Perlindungan Spina 3D direka secara ergonomik supaya padan dengan bahagian belakang dan spina pengguna.
**Alur berlapik di bahagian belakang yang diudarakan dengan baik dan tali beg berlapik yang lebar memberi sokongan tanpa tekanan kepada bahu.
**Ruang fungsian untuk dokumen/buku. Tali suspensi bahagian dalam mengekalkan kandungannya dalam kedudukan menegak yang sebenar untuk kestabilan yang lebih baik.




Ada 2 pilihan warna iaitu Pink & Navy Blue khas untuk anak-anak anda. Beberapa testimoni telah mengatakan yang beg ini memang tahan lama dan sangat ringan jadi jika anak-anak perlu membawa banyak buku ke sekolah pun tidak mengapa kerana bentuk beg ini yang menegak sangat memudahkan anak-anak untuk membawanya tanpa perlu membongkok. Sesuai bagi anak-anak kecil dan yang mempunyai sakit tulang belakang.

Jika berminat, cepat-cepat Whats App ke 012-970 6828 kerana bulan ini ada tawaran percuma beg kecil yang comel. Jangan lepaskan peluang tau dan jangan bilang Mekla tak payung :P

Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015