Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 23 Disember 2015

Pengalaman Mengandung Anak Ke 6

Assalamualaikum,

Hari ini Mekla pergi check up di klinik desa kat rumah ni, patutnya temujanji pada 3hb 12 yang lepas tapi biasalah aku kan, lepas tangguh punya tangguh punya tangguh, sampai rasa eh dah lama tak pergi ni, baik telefon dulu tanya misi supaya tak kena marah jika pergi lagi. Alhamdulillah, misi-misi klinik desa sekarang dah baik-baik sebab semuanya masih muda-muda lagi. Orang kata "bertenaga" gittew, baik je layan dalam telefon mahupun jumpa di kaunter. Bukan nak cakap misi "tua" tu garang tapi pengalaman dulu-dulu selalu juga kena "sound" jika terlepas temujanji. He he he

Tak sangka kandungan Mekla dah cecah 7 bulan lebih dah, sekejap aje masa berlalu ya. Dugaan mengandung kali ni sudah pasti lah emosi aku yang tak stabil mana. Kalau bab nak marah dan menangis tu sekejap aje boleh datang terutamanya apabila fikirkan tentang anak-anak dan kewangan. Hermm, lepas tu mengandung kali ini diuji dengan sakit gigi yang melampau-lampau, bukan sekali tapi berkali-kali. Kalau kandungan sebelum ni hanya gusi berdarah waktu gosok gigi tapi kali ini siap pakej datang dengan sakit berdenyut-denyut setiapkali lepas makan lagi. Semuanya berpunca dari gigi geraham yang berlubang. Hari tu aku dah pergi buat rawatan dah dan sudah ditampal tapi minggu lepas agaknya sudah bocor (untuk perhatian, masa mengandung doktor hanya sarankan buat tampalan sementara sahaja, bila dah bersalin baru buat tampalan kekal) jadi sakit balik apabila selepas makan.

Nak tak nak semalam aku pergi lagi mengadap doktor gigi buat kali kedua. Kali ni doktor buka balik tampalan dan letak ubat di gigi geraham tu dan buat tampalan balik dengan pesanan "kalau sakit balik datang lagi ya". Hermmm setakat ni alhamdulillah masih tak terasa kesakitan tu, nak makan pun kena hati-hati sangat ;( Setiap malam aku akan telan pil kalsium, multivitamin, vitamin C & kapsul minyak zaitun. Kita ikhtiar juga cara lain kan. Alhamdulillah hari ini check up semua ok cuma bab berat badan naik lebih sikit dari yang sepatutnya (ha ha ha Biasa lah aku, kalau mengandung selera makan tak pernah kurang) jadi kena minum air gula pula minggu depan.

Adoi, rasanya mengandung kali ni dugaan macam-macamlah kena buat dan ulang alik ke klinik. Tak mengapalah, untuk kebaikan aku dan baby juga kan. Insya Allah awal tahun pun dah mula buat temujanji dengan Dr. Siti di Salam Specialist untuk bersalin. Ya Allah semoga dipermudahkan segala urusan kami.

Buat teman-teman seperjuangan aku yang sudah bersalin dan masih menunggu giliran untuk bersalin, moga dipermudahkan segala urusan juga ya. Kalau tak tahu nak beli set bersalin jenama apa untuk digunakan selepas bersalin, boleh dapatkan set Tropical Herbs yang boleh dibeli dengan aku ya. Whats App 012-970 6828 untuk pembelian. Kat bawah ini adalah gambar testimoni pelanggan yang berpuas hati :-


Ada juga yang bertanya boleh ke guna sekiranya baby didapati ada kuning (jaundice). Ok ini jawapannya : Boleh berhenti dulu pengambilan pil yang makan tu tapi kalau yang pakai kat luar boleh teruskan seperti biasa aje. Apabila baby dah ok baru sambung balik makan pil-pil herba tersebut.

Jangan lupa ya, dapatkan set bersalin Tropical Herbs ni sebab ianya lengkap buat ibu dan baby (ada minyak angin untuk baby). Bengkung juga diberikan percuma dan penghantaran ke seluruh Malaysia.
Whats App aku di 012-970 6828 sekarang juga. Set ini dijual dalam satu pakej jadi memang tak boleh beli satu-satu ya. Tak payah nak pening kepala sebab nanti ada jadual pemakanan dan pemakaian siap di dalam kotak tersebut.


Kalau nak beli vitamin untuk ibu mengandung pun boleh juga. Pada usia yang makin meningkat ni jangan terlalu bergantung pada ubat yang klinik bagi sahaja tau. Yang penting kalau dah tahu kita ni jenis tak suka makan makanan seimbang atau makan sayur dan buah-buahan, sila makan vitamin sebagai sumber tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

Oklah, bye!

1 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

wah..dah nak msk 6.... mmg mcm2 pengalaman yg berbeza ikut anak kan.... harap semuanya selamat hingga melahirkan nnt...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^