Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 17 Disember 2015

Resepi Kek Carrot Gebus

Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama buat kek lobak merah ni (carrot cake), hari ini baru teringat nak letak resepi di sini. Macam biasa, resepi asal bukan dari aku tapi dari kenalan di facebook iaitu Kak Wan Raudzah Wan Ismail . Banyak betul resepi Kak Wan kongsi sampai kalau nak cari balik dah naik juling biji mata ni ;)

Aku ni bab buat kek memanglah tak terer mana, kebanyakannya selalu tak menjadi dari menjadi tapi syukur anak-anak memang penyokong setia dan penyuntik semangat untuk aku buat kek. Haziq tu siap cakap "Tahniah mama, kali ni kek mama menjadi" Ahaksss Padahal kalau dibandingkan dengan kek yang dibeli sudah tentu jauh bezanya tapi tak mengapalah, yang penting kita enjoy bila buat kek ni.


Gambar kek lobak merah pertama aku buat. Yang kat atas tu adalah lobak merah yang aku sagat lebih dan tabur dalam loyang. Kononlah nak buat hiasan kan :P

Ok, aku kongsikan di sini bahan-bahannya :

- 250gm Tepung gandum *
- 1 sdt soda bikarbonat *
- 1 sdt serbuk kulit kayu manis *

Bahan-bahan bertanda * diayak

- 1 sdb ovalette
- 200gm gula perang
- 5 biji telur gred A
- 1 sdt esen vanilla
- 125gm salted butter dicairkan & disejukkan
- 300gm minyak jagung
- 170gm hingga 200gm lobak merah yang diparut dan diperah airnya
- 100gm walnut yang dipanggang dan dicincang kasar
- Kulit dari 1 biji lemon (bahagian kuning sahaja)

Cara-caranya :

Panaskan oven suhu 160c.Lapik baking paper loyang saiz 10x10 inci. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang gebu.Dgn low speed masukkan esen vanilla.Masukkan tpg berselang seli dgn campuran butter cair dan minyak.Kaup balikkan carrot, kulit lemon dan walnut dgn senduk kayu. Bakar selama 45 minit atau hingga masak.
Creamcheese frosting 250gm creamcheese 125gm butter 3/4 cwn gula aising Sedikit esen vanilla atau perahan lemon Pukul sebati semuanya.


Tak sempat nak buat creamcheese frosting pun dah habis dimakan anak-anak. Nak kata sedap sangat tu takde lah tapi memang sedap bagi tekak aku. He he Penuh dengan kacang walnut aje



Teruja juga bila kek siap sebab yang tukang menunggu untuk makan ramai. Anak-anak aku ni kek coklat yang bertukar jadi "brownies" pun diorang bedal aje, ha ha ha Nak buat camne, mama diorang memang takde skill buat kek, agaknya kena masuk kelas dulu baru pandai :)

Oklah, hingga berjumpa lagi. Bye!

1 ulasan:

Nadiah Hanum berkata...

gebunyaaa..Nad tak pernah try lagi buat kek carrot.
Bak kata Haziq..tahniah yer mama..:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^