Saturday, January 2, 2016

Peluang Buat Dropship Barangan Parti Harijadi

Assalamualaikum,

Selamat menyambut tahun baru sekali lagi. Cuti tahun baru kami tidak ke mana-mana. Hanya berada di rumah menyediakan masakan buat anak-anak dan mengemas keperluan anak-anak untuk kembali ke sekolah. Semoga tahun 2016 akan menjanjikan tahun yang lebih baik buat kita semua. Tahun ini rata-rata ibubapa mengeluh dengan perbelanjaan anak-anak sekolah. Bukannya terbeban dengan anak-anak cuma kadang-kadang biasalah kita sebagai manusia ni terluah juga pada kawan-kawan yang harga barang sudah tidak sama seperti dulu. Tambahan pula bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai macam Mekla ni. Nak tak nak, memang kena pejam mata dan jangan memilih sangat dalam jenama pakaian kelengkapan sekolah anak-anak. Seawal cuti sekolah lagi aku dah beli mana-mana yang boleh dibeli dan alhamdulillah semua dah setel kecuali balut buku sekolah aje (yang ni lambat sikit sebab mak buyong malas).

Panjang pula Mekla membebel ya, sebenarnya kat sini aku nak bagi peluang (sebenarnya nak ajak) mereka yang berminat (terutamanya surirumah yang ingin mencari pendapatan lebih) dengan menjadi ejen jualan barangan parti harijadi. Ramai yang memperlekehkan bisnes ini kerana katanya bisnes ini bermusim tapi bagi aku setiap bisnes ada keunikan dan perluannya sendiri. Macam bisnes makan pun kadang-kadang akan mengalami penurunan dalam permintaan juga. Jadi, tak salah jika mencuba semua bisnes yang kita tahu dan "enjoy" dalam melakukannya.

Macam aku ni, al kisahnya bermula apabila mencari barangan parti harijadi untuk majlis anak-anak. Memang aku ni jenis suka berniaga dan suka kepoh pula dalam blog, alhamdulillah memang sepanjang aku berhenti kerja tak dinafikan ini merupakan sumber utama aku mencari sesen dua pendapatan untuk bayar bil-bil bulanan :) Rezeki Allah ni ada di mana-mana, yang penting kita usaha dalam mencarinya.


Sebenarnya aku sudah ada beberapa orang ejen jualan tapi memandangkan keadaan aku yang tak dapat bergerak ulang-alik mencari stok menyebabkan aku menghadkan pengambilan ejen dropship. Alhamdulillah, tahun lepas dalam bulan Oktober kehadiran cik Axia sangat membantu aku dalam menguruskan bisnes ini. Jadinya tahun ini aku mahu tawarkan peluang untuk menjadi ejen dropship barangan parti harijadi kepada surirumah mahupun mereka yang betul-betul mahu cari pendapatan sampingan. Antara syarat-syaratnya :

- Kena rajin : rajin tu maksudnya janganlah buat promosi sekali lepas tu kau dah berhenti sebab tak ada orang layan promosi dan tawaran kau. Jangan risau, nanti uols akan diajar bagaimana untuk buat promosi melalui blog & fanpage & instagram.

- Jangan mudah give up : ini penting apabila ada masalah seperti barang habis stok ke, barang lambat sampai ke atau barang rosak ke tertukar ke, itu adat berniaga jadi pastikan uols bukan jenis lembik macam nasi basi. Sepanjang aku jual barangan parti harijadi pun macam-macam kes juga aku dah lalui dan semuanya tak mematahkan semangat aku untuk terus berniaga. Walaupun bukanlah tahap boleh buka kedai tapi sekurang-kurangnya ada juga duit untuk dibelanjakan sendiri.

- Jangan demand : Aku suka ejen yang jenis berdikari dan tak kisah kalau gambar-gambar yang aku bekalkan tidak berapa cantik di mata mereka. Kita kena faham juga yang bisnes aku pun bisnes kecil-kecilan dari rumah jadi ada banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Jadinya, kalau uols jenis yang tak berkira bolehlah "apply" untuk menjadi sebahagian #teamBPH ini :)

- Kena kreatif : lebih kurang juga dengan maksud berdikari. Sebolehnya cuba fikir ayat-ayat jualan sendiri, gambar edit sendiri dan kena catatlah harga-harga semua. Sebolehnya jangan bergantung harap pada aku sangat. Nanti uols juga yang rugi :P

Oklah, antara gambar-gambar majlis harijadi yang pelanggan hantar melalui Whats App kepada aku. Pada yang bertanya, maaf aku tak buat deko-deko, ini semua idea pelanggan, aku hanya jual barangan parti harijadi aje macam pinggan kertas, cawan kertas, tisu dan adalah benda lain lagi. Harga pula boleh dapatkan pada harga borong sekiranya beli dalam kuantiti yang banyak. Itu aje ya dan aku tak buat "customize order" sebab aku bukan seorang yang kreatif dalam merekabentuk majlis atau kata-kata. Kalau nak buat benda tu sila cari orang lain ya.


Pelanggan dari Sarawak yang memilih tema Spiderman. Kalau Sabah Sarawak dan Brunei memang aku ambil tempahan cuma kena tempah awal sekurang-kurangnya sebulan dari majlis supaya kita boleh kurangkan kos penghantaran dengan menggunakan khidmat pos biasa. Kalau guna Poslaju mahal woooooo


Tapi bukan semua barang dalam gambar ni aku bekalkan ya, kalau dalam ni pinggan kertas, cawan kertas, alas kek cawan sahaja. Cuma nak bagitahu bendera segitiga, tisu, alas meja pun ada cuma mungkin waktu ni pelanggan dah beli dengan orang lain dulu.


Yang ni tema Frozen untuk anak-anak perempuan. Bolehlah uols cari idea untuk hias majlis. Bukan nak membazir tapi sesekali nak ceriakan anak-anak sendiri dan kawan-kawan mereka :)


Yang ini dari pelanggan di Pulau Pinang. Memang kreatiflah uols, jangan ingat barang-barang ni mahal. Sebenarnya kalau kita buat perancangan dari awal dan beli sikit-sikit, insya Allah lebih murah dari upah "event organizer". Alah, lainlah kalau kita retis kan, ramai orang nak taja. hu hu hu

Oklah, pada yang berminat, boleh hubungi aku melalui WA 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan dan tawaran ini terbuka untuk bulan Januari sahaja. Aku hanya mahu mencari 10 orang sahaja ejen yang betul-betul berminat. Kalau main-main, maaflah Mekla takde masa nak layan. Akhir kalam, bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015