Friday, January 1, 2016

Masak Nasi Dagang 7 Minit Sahaja? Biar Betul


Assalamualaikum,

Gambar di atas hasil kedua masakan nasi dagang menggunakan Noxxa. Memang cepatlah kan, dalam 7 minit sahaja tak payah nak rendam beras semalaman dan tak payah nak kukus kemudian harung santan banyak-banyak kali.

Nak kata sedap macam yang mak mertua aku buat tu takde lah cuma adalah rasa nasi dagang (bukannya rasa nasi lemak). Cuma cara ini lebih moden berbanding dengan cara mak mertua atau mak aku buat. Maklumlah lebih cepat dan tak payah nak buat kerja dua tiga kali. Muka pun tak panas kena ngarung nasi banyak kali ;)

Seronok sangat bila ada gadget seperti Noxxa Pressure Cooker ni. Sangat-sangat membantu mempercepatkan masa untuk memasak. Iyalah, masa itu emas, kalau dah siap satu menu boleh buat menu yang lain pula. Yang pasti boleh masak banyak dan teruskan memanas sampai habis, takde nak risaukan hangit ke apa. Dapur juga bersih. Sesuai sangat mulakan tahun baru 2016 dengan membeli periuk ajaib ni. Kalau nak beli, boleh hubungi aku melalui WA 012-970 6828 dan bimbingan untuk menggunakannya juga ada disediakan. Jangan risaulah, resepi nasi dagang ni aku boleh kongsi juga :)

Selamat memasak. Memasak dari hati dan masaklah dengan ikhlas :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015