Tuesday, February 16, 2016

Cara Gubah Bunga Versi Budget

Assalamualaikum,

Semalam (Isnin) macam biasa aku akan ke Plaza GM Klang untuk mencari stok barang niaga. Memang hampir setiap minggu sejak ada cik Axia ni memang wajib pergi sendiri untuk mengambil stok barangan niaga. Kalau tak larat selalunya aku akan pergi pada hujung minggu di mana en suami yang akan tolong jadi pemandu, tapi kan haritu balik bercuti di kampung jadi terpaksalah angkut anak-anak semua dan bawa mereka sekali.

Sambil-sambil pusing tu termasuk ke kedai barangan perkahwinan dan saja je gatal mulut pergi tanya harga bunga-bunga hiasan kat luar tu, memang dah lama berkenan dengan tema putih dan orkid. Kiranya terjebaklah juga beli apabila akak dalam kedai tu bagitahu harga RM30 untuk 8 tangkai bunga orkid. Tak tahu lah murah atau mahal tapi kalau hati dah berkenan, beli aje :)

Oleh kerana aku ni bukan ada bakat sangat dalam bidang gubahan bunga. Pasu pun takde yang lawa jadi kita gunapakai sahaja apa yang ada di rumah. Pasu corak kayu ni en suami beli di Sarawak khas buat bini dia. Dulu-dulu kan en suami selalu outstation jadi memang selalu belikan barang hiasan rumah. Agaknya en suami pun tahu minat dan hobi bini dia ni, selain dari suka "beranak" dia juga suka hias rumah. Eceh hover plak angkat bakul ya :)


Balik rumah semangat mendeko-deko meresap dalam jiwa mak buyong ni. Ha ha ha Abaikanlah kalau rasa macam tak lawa ke apa tapi aku rasa tetap cantik di mata aku :) Mungkin kalau gunakan pasu tinggi jenis kaca atau tembikar cina akan lebih menarik lagi :)


Pada yang bertanya selamat ke ada hiasan tembikar atau pinggan kaca di rumah untuk ditayang macam tu? Maklumlah rumah Mekla kan ramai rakyat jelata yang masih hingusan, kadang-kadang memang pecah juga disebabkan tangan-tangan kecil rakyat jelata. Macam tembikar peninggalan atuk saudara aku yang warna biru tu sebenarnya tutup dia dah pecah tau sebab jatuh tapi en suami gamkan balik dan alhamdulillah sekarang "masih" selamat. Bekas tembikar yang sebelahnya pula dulu bertutup tapi tutupnya baru aje pecah angkara tangan Aaliyah. Sabar jelah, kena tunggu mood baik baru kita gamkan balik :)

Kalau dah minat kan. Sebenarnya dah lama berangan nak beli almari kaca tu (boleh rujuk entri lama) tapi sampai sekarang pun masih belum beli. Usahkan almari kaca, nak tukar sofa pun masih belum tercapai lagi. Tak apa lah, untuk ciptakan ruang yang "sejuk" mata memandang sebenarnya tak perlu berhabis ribuan ringgit pun, cukuplah dengan tukar kedudukan atau letakkan apa sahaja yang boleh menumpukan mata ke ruang tersebut. Antara contohnya adalah dengan memasukkan elemen bunga atau kusyen-kusyen kecil. Bunga pun kalau suka yang segar boleh aje tapi kalau malas nak tukar air setiap hari boleh guna yang plastik. Macam rumah aku dah lama sebenarnya tak deko-deko rumah memandangkan mood mak buyong yang terjun entah ke laut mana ;)

Tahun 2016 ni memandangkan ruang dapur pun dah berubah, jadi semangat tu datang kembali. Takpe, kita deko cara kita aje. Jangan terus nak tukar semua benda sebab harus ingat duit bukan tumbuh di belakang rumah ya :)

Oklah, hingga jumpa lagi. Bye!

1 comment:

lia ummiirfan said...

cantikk! nampak macam reall ..:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015