Wednesday, February 17, 2016

Resepi Tepung Boko Ubi Kayu

Assalamualaikum,

Seperti dijanjikan kali ini aku kongsikan resepi kuih "zaman jepun" eh gurau aje resepi kuih tradisional Kelantan iaitu tepung boko ubi kayu. Jangan ditanya dari mana namanya diambil atau bersempena apa, yang pasti apabila teringatkan kuih ini rasa macam nak makan lagi T____T"

Maaflah resepi aku jenis sempoi takde sukatan. Pandai-pandailah agak atau sukat ikut citarasa sendiri ya.

Bahan-bahan :

- 3 tongkol ubi kayu sederhana besar dibuang kulit dan diparut kemudian ditapis
- 3 mangkuk air pandan (kisar daun pandan bersama 3 mangkuk air dan tapiskan)
- Gula
- Pewarna hijau jika mahukan warna yang lebih terang tapi aku lebih suka warna air pandan sahaja.

Bahan untuk kuah santan

- 1 mangkuk santan
- 1 mangkuk bancuhan tepung beras (dalam 2 sudu tepung beras)
- sedikit garam

Cara-caranya :

- Ubi kayu diparut dan ditapis (buang airnya). Kemudian masukkan ke dalam periuk. Ada setengah orang akan kukus tetapi cara aku ni masak terus di dalam periuk. Masukkan air daun pandan dan kacau sentiasa sehingga ubi kayu menjadi likat dan bersinar. Jangan sesekali tinggalkan sebab takut hangit dan masukkan gula sambil terus kacau. Sesekali buang isi atau pulur ubi kayu yang masih ada.

- Untuk kuah santan pula panaskan santan di atas api dan masukkan bancuhan tepung beras. Kacau sehingga menjadi pekat. Masukkan garam dan kacau lagi. Kalau mahu cair tambahkan air tapi jika mahu pekat tambahkan air bancuhan tepung beras.

- Apabila siap, hidangkan bersama. Kalau nak sedap simpan dahulu di dalam peti sejuk kemudian baru dimakan. Wallah! Sedapnya :)


Pada mereka yang menggemari kuih tradisi memang berbaloi buat sendiri. Kalau tak, baik beli aje lebih cepat T_____T

Tapi kalau di Shah Alam ni susah sangat nak jumpa yang sedap. Ubi kayu pun jarang-jarang ada. Hu hu hu


Kacau sehingga likat seperti dalam gambar. Agak-agak ubi dah masak apabila ia kelihatan bersinar.

Jangan lupa cuba buat tau. Sedapnyaaaa lah (terus mengidam nak makan lagi)

Bye!

2 comments:

Malinda said...

tengok resepi je dah terasa2 kesedapan kuih ni...akak baru pestime tau pasal kuih ni dik...cam senang nanti kalau ada ubi kayu akak nak try buat...ngences dah ni...:D

dalilayusof said...

Sedapnya kak...tapi saya ngidam lepat pisang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015